Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Saturday, August 1, 2009

Frame for Album

Minggu lepas balik kampung, tidur sana semalaman kat sana. Memang tak dapatla nak menjahit.
Tapi saya bawa kain2 felt dan bahan2 yg lain untuk kraf.
Makcik saya minta saya buat frame album macam yang Amjad punya hari tu. Jadi masa inilah boleh buat kraf ni sbb ada adik2 sepupu yang boleh jagakan Amjad. Kalau balik rumah, sibuk nak menjahit pulak.
Dan
.
.
.
.
Inilah hasilnya.
Simple je.


Makcik nak hadiahkan pada anak kawannya.
Baru 2 hari lahir, disahkan sakit jantung berlubang. Sekarang dah setahun lebih, masih di hospital.
Anaknya lebih kurang baya Amjadlah.
Moga Izzul Afif cepat sembuh, membesar dengan sihat nanti..amin ^^




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover