Tuesday, October 18, 2011

{Sulam 2} Bless to be Ummi & others

Memang berbaloi beli Brother NV90E baru-baru ni. Banyak benda boleh buat dan beli pulak dangan separuh harga. Kalau dibandingkan dengan mesin sulam Epal, harganya lebih mahal dan tak ada sambungan USB. Tapi NV90E ni ada sambungan USB, jadi boleh download design dari internet. Jadi designnya tidak terhad kat dalam mesin je. Rasanya dah beratus design saya dah download..hehe ^^. Tapi projeknya masih slow sebab benangnya ada sikit je.
Semalam saya sulam baju ni. Saya beli baju ni murah je, RM10 kat Carefour Bukit Rimau.  Murah kan? Bajunya pun labuh dan paling penting ada butang so senang nak breastfeed baby nanti. Rancangnya nak pakai masa balik dari hospital lepas bersalin nanti. Bajunya kosong, jadi saya sulam kat bahagian bawah baju; Bless to be Ummi ^^.





Inilah hasilnya. Sebenarnya banyak lagi kekurangan pada hasil kerja saya ni, saya perlu banyak baca tutorial dan practice lagi supaya lebih cantik dan kemas. Benang pun berapa kali putus, kerja yang sepatutnya beberapa minit je jadi berjam-jam. Tapi dalam memilih design pun memakan masa gak..


Ini pulak kerja suka-suka..hehe. Sebenarnya saya nak tampal pada organizer pouch dan beri pada Tasha (rakan fabric swap). Rancangnya nak bagi 3 organizers tapi sempat buat satu je. Jadi yang lain tu simpan jelah dulu, ada luang nanti boleh buat lagi.



Kat atas ni organizer pouch yang saya bagi pada Tasha. Kain dari cotton US. Bunga rose tu adalah design sulam cross stitch yang dah ada dalam NV90E.



Bolehlah simpan pen, pensel atau gunting dalam tu. Biasanya kat atas meja terhad, jadi boleh gantung je organizer ni. Saya pun baru ada satu. Nanti nak tambah koleksi lagi ^^. Ada yang nak order? Tunggu lepas saya bersalin dan habis pantang nanti ye..hehe ^^. Ohya, nanti saya update mengenai fabric swap pulak.

Monday, October 17, 2011

Pouch for Calculator


Ada 40 pieces semuanya. Inilah hasilnya dari pelbagai jenis kain - ada heavy cotton, jeans, designer cotton dan Japanese cotton.




Ini tempahan terakhir sebelum saya bersalin ^^. Projek kecil-kecilan untuk diri sendiri ada lagi saya buat. Nanti saya post kat entry jika ada kesempatan ye.
Nak pergi makan malam dulu. Jap lagi sambung untuk entry lain ^^ .

Friday, October 7, 2011

Sales at Sweetlilcraft Collections's Shop

WE ARE HAVING A SALES RIGHT NOW.
COMES AND VISIT US AT:


Tuesday, October 4, 2011

Polka Dot Wallet & Cute Car







Wallet ni untuk Illiani. Dia minta polka dot dan simple. Saya attached zipper puller atau kepala zip pada zip. Sesiapa nak beli zipper puller boleh singgah katsini.
Wallet yang dah siap pun masih ada dan dijual kat sini. Sekarang ada diskaun dari 10% - 11%. Sesiapa yang berminat bolehlah singgah, boleh dapat pada harga diskaun sementara masih ada stok ^_^.




Ni pulak cute felt car; soft toy untuk Amjad. Nak bagi adik, dia cakap adik belum keluar lagi. Jadi dia yang main dulu...hehe. Sesiapa yang berminat dengan soft toy ni pun boleh order. Insyaallah, lepas pantang boleh saya buatkan ^_^.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...