Saturday, January 31, 2009

:: Jawab Tag Madihays ::

**RULES***

The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.

***END***

What were you doing 5 years ago?
Tahun 2004 ye? Masa tgh study lg kt UiTM..semester akhir. Dah kawin dah pun, baru lepas miscarriage akhir thn 2003 tu.

What were the 5 things on your list today?
Hari ni..
1. Masak bubur nasi Amjad
2. Basuh baju, jemur kain
3. Lipat kain, kemas rumah
4. Basuh bilik air
5. Masak

Hihi..semua kerja surirumah la tu.

What are 5 snacks that you enjoy?
Makanan ringan ni suka..
1. kerepek..*apa2 kepekla*
2. kek coklat
3. agar-agar
4. roti goreng
5. biskut tiger yg ada cream tu

What are 5 jobs you've had?
Ada 5 ke? Sat pikir jap...................
1. Praktikal kat dapur hotel-kira keje gak la tu. Ponet keje tu..takmoh dah.
2.Cikgu kt sekolah agama rakyat..*ahaks*-lepas abis degree.
3. Cikgu lagi kat sekolah swasta di Subang Jaya.
4. Surirumah..hahaha.
5. takde dah..xtau la kalau sethn dua lg.

5 people you want to tag
5 org ye, hmmm..
Kawan-kawan yg tersenarai kt bawah tolong jawab ye :-
Photobucket Kak Inahar
Photobucket Honey
Photobucket Sya
Photobucket Cik Anie



Image Hosted by ImageShack.us

:: Perjalanan yg Jauh ::

Kira2nya dah hampir seminggu balik dari kg. Tak lama balik pun..pagi sabtu bertolak, hari Isnin dah balik rumah. Sabtu tu bertolak pukul 6.30 pagi, pukul 6.00 petang baru sampai..bayangkanlah..12 jam dlm perjalanan. LETIH tul. Mulanya nak balik ikut Cameron Highland, tp pikir awal lagi tak ramaila kot..tup2, smpai Karak..fuhh,punya byk kete. Jadi sampai Bentong, kami pusing hala ke Kuala Terengganu. Bukan apa, bila tgk bnyak kete ni..takut dan fobia jadi cam balik hari tu, accident. Jalan ke KT memang lenggang, yg seronoknya bila sampai Terengganu..permandangan pantai sepjg perjalanan. Sempat gak singgah kat Marang makan keropok lekor, sotong goreng tepung dan nasi goreng. Sambil2 tu, suami pun bolehla rest kejap. Banyak kali gakla berhenti tuk rehat dan solat. Amjad baik je..menyusu dan tido spjg perjalanan, bgn main kejap pastu tido balik. Dah 10 jam suami drive, dia dah kepenatan, jadi sy ambil alih. Fuhh..dah lama tak drive jauh ni. Bolehla bawak, tp serius je bwk kete, rasanya kepala pun tak bergerak..haha. Adalah dalam 2 jam bawak sampai ke rumah. Alhamdulillah..

Dibawah ni gambar2 dlm perjalanan balik. Okla..enjoy the view.:pandacloud_19:

Masa ni angin bertiup kuat..ombak pun besar. Lupa lak nama pantainya. Tapi tenang tengok pantai..:pandacloud_25:


Kat Marang, berhenti rehat dan makan. Amjad pun makan sikit.

Image Hosted by ImageShack.us

:: Pengumuman ::




Hihihi..macam ada pengumuman penting je . Saje je nak bagitau, skrg sy ada blog satu lg. Tapi blog tu tuk simpan alamat blog kawan2 je. Selain dari toybox, list blog kawan2 pun ada kt situ supaya senang sy nak keep update. Jadi kalau 'pindah rumah' atau tukar cat kt sini, blog list tak hilang. Sapa nak tgk umah baru sy yg tak seberapa tu, boleh jenguk klik kt gambar atas tu ye..hihi, . Satu lagi kt gambar toybox kt sidebar tu, klik kt perkataan nak x-change link??.

Akhir sekali, haha..sy tukar cat baru lagi. *berapa kali tukar da..* hihi..n3 tak seberapa tukar cat je lebih *ahaks*. Biorla apa org nak kata..sy suka mengecat umah ni... Apakata 'juri'?? ok tak?? . Kalau tak lawa jgn cakap apa2 ye.. *nti kang tukar lg*..ahaks...

Image Hosted by ImageShack.us

Friday, January 23, 2009

:: Bai bai ::

:crab1:

Cuti raya cina ni, nak balik Kelantan. Naik kete Photobucket cam biasa, harap jln tak sesak. Tuk elakkan kesesakkan ni, kitorang turun pagi2 lagi sok. Malam ni kena pack Photobucket baju Photobucket siap2. Esok pagi, tinggal angkat jela. Makanan Amjad kena masak Photobucket malam ni gak. Simpan dalam bekas, sok pagi panaskan. Esok angkat amjad tak mandila..Photobucket , takpe2..tetap wangi..Photobucket sayang Amjad. Balik jumpa opah ye..

Kawan2 semua, jumpa nanti lepas raya cina ye..bai bai wink

Image Hosted by ImageShack.us

:: Salahkah Aku? ::

Hari ni, aku bengang dgn sorang budak bukan budak kecik dah besar dh pun. Umur dh 20++, tapi masih tak berubah perangai. Salahkah aku kalau aku terus prejudis terhadap sikapnya yg tak pernah berubah. Aku masih bersyukur dia tak terlibat dgn dadah,tapi kalau perempuan..dia tetap puja. Biar poket kosong asal bergaya..tuk penuhkan poket, pinjam dgn org.Kerja..tapi duit tak pernah cukup. Aku sayang dia..tapi perangainya buat aku geram.

:crab1:

Aku sedih..entah cukup tak solatnya lima waktu. Kalau masih belasan tahun, masih boleh ku bebelkan..ini dah besar panjang. Nak kahwin, tapi mampu ke nak bagi anak orang makan? Rezeki di tangan Allah..tp cukupkah rezeki Allah kurniakan padanya kalau tak pandai nak bersyukur? Ntahla..hanya doa mampu dititipkan. Moga dirimu sedar suatu hari nanti, bila saat tiada lagi tempatmu untuk bergantung. Moga kau berubah jadi orang yang lebih baik dan berguna. Hanya doa..



Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, January 22, 2009

:: Ada ke patut?? ::

:crab1:

Semalam pagi elok je panas , bolehla jemur kain ..berlambak nak jemur sejak adik ngan parents dok sama. Rupanya panas sekejap je, ptg tu hujan lebat . Yang peliknya bangun pagi ni, penuh kacang kuning yg tak kuning dah kat balkoni . Takkan hujan kacang kot..question . Ni takde lainla, mesti org atas. Suka hati diorg je buang sampah. Setiap kali diorang buang sampah, memang terpelanting masuk balkoni rumahlahhh.GERAMM tul, baru2 ni segumpal rambut, plastik pad, kotak sabun, putung rokok tak tersenarai kt sini..ada ke patut?? Tak reti nak buang sampah dalam tong sampah ke?? :pandacloud_17: . Tu kes buang dari balkoni, thn lepas lak buang kat muka pintu rumah den!! Melampau betul..dahla sampah busuk, berair lak tu. Terpaksala husband pegi buangkan kat bilik sampah..bukan jauh pun bilik sampah tu, malah bersih je. Apalah salahnya jalan skit buang kat tmpat yg disediakan. Perbuatan yg takde sivik ni berlaku byk kali, hinggala terkantoi..org ni buang sampah kertas, jadi suami sy selongkar dan jumpa alamat rumahnya. Alahai, memang org dpn rumahla. Jadi, tuk ajar org camtu..suami sy letak balik kt depan pintu rumah dia. Barula skrg dah tak buang kt dpn pintu rumah den. Napela ada gk org cam gini??? TENSENN :pandacloud_17: !! Hihi..sabor2.




Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, January 21, 2009

:: Award and homework ::

N3 ni pasal award n homework..sapa nak kenal sy baca n3 ni ye..hihi :pandacloud_47:. Ok, rules tuk award ni spt di bawah:-

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - dari kak inahar , tq kak for this award n homework.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

10 fakta/hobi diri sendiri ... hmm, yg ni kena nilai diri sendiri ni.:pandacloud_45:

1. Sy ni pendiam, jd secara tak langsung..suka pendam dalam hati tak elok perangai ni, suami selalu marah, hihi :pandacloud_34:
2. Kawin 5 tahun lebih, n baru je dikurniakan zuriat..waiting for so long.
3. Suka buat dessert n cake..dan makannn tapi still kurus, bilala nk gemuk skit :pandacloud_36:
4. Tak kerja dah sekarang ni, jaga my sweet little caliph..Muhammad Amjad.
5. Suka sewing, drawing dulula,skrg skill dh tumpul n craft.
6. Suka surf internet, blogging.
7. Org kampung, asal Kelate.
8. Kawin ngan org Selangor, menetap kt Shah Alam.
9. X-student UitM..
10. Ambik course culinary & food service..tp tak suka masak kdg2 je rajin..hihi.

4. Anda perlu memilih 5 orang penerima Award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda..ada yg nak buat homework ni sila angkat kaki tangan. Sapa2 yg nak award n tag ni bolehla ambik ye..cekedout :pandacloud_35:

Image Hosted by ImageShack.us

I got awards..

Yeye..dapat award lagi. Hihi, award kat atas ni saya dapat dari kak tirana dan della. Terima kasih byk2 buat kak tirana dan della..sayang semua. Sy memang suka lawat blog kak tirana yg penuh info dan blog della yg pink n comel tu. Hampir tiap2 harila mesti lawat blog kak tirana n della ni.
Award ni khas tuk sahabat alam ghaib maya, jadi saya khususkan juga 2 award kat atas tu tuk semua sahabat alam maya sy sahabat sy yg tersenarai kat sini ye, dan sesiapa yg baca n3 ni..hihi, sila ambik ye.


Kad Hello Kitty ni lak sy dpt dr della gak. Comel Hello Kitty ni, suke sgt dpt kad ni..hihi sengihnampakgigi . Terima kasih ye della, you are a gooooood friend..thanks again..luv you .


Image Hosted by ImageShack.us
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...