Friday, February 22, 2013

Cotton Belleboo at Sweetlilcraft


English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage




English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage


English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage




English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage




English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 
RM80 EM, RM85 WM including postage



English Cotton 

RM80 EM, RM85 WM including postage
(RM20 semeter exclude postage) 


PM via Facebook or email

sweetlilcraftshop@gmail.com

Buy more and get special price. 
Thank you, happy shopping ^^!!

Thursday, February 7, 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Rupanya dah berlalu bulan Rabiulawal. 12 Rabiulawal yang lepas adalah hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Sepatutnya post ini automatik posting minggu lepas tapi tersalah set, jadi tak dapat post seperti yang dijadualkan. Tapi saya tetap ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Bulan lepas televisyen dan di masjid meriah dengan sambutan hari kelahiran baginda S.A.W. 

Sebagai umat Islam, mengingati dan berselawat kepada Rasulullah bukan hanya pada hari kelahiran baginda tapi pada setiap saat dan ketika. Malunya kita sebagai umatnya tidak berselawat keatasnya sedangkan Allah dan para malaikat pun berselawat ke atas baginda. Tidak cintakah kita pada baginda sedangkan disaat nafas yang terakhir, baginda masih lagi menyebut ummati-ummati; umatku-umatku.

Betapa jahat, ego dan sombongnya mereka yang menghina Rasulullah sedangkan mereka langsung tidak membaca dan mengkaji kisah sebenar Rasulullah S.A.W. Sebagai umat umatnya, kita memang marah dan mengutuk pada mereka yang berbuat demikian tapi bila kembali pada sifat pemaaf baginda dan kita sebagai umatnya kita tidak boleh melampaui batas, Islam bukan begitu. Jadi kita marah dan disudut hati berdoa moga mereka ini diberi hidayah oleh Allah. Jika sebaliknya, Allah jualah yang layak menghukum mereka. Yang pasti, azab Allah maha pedih.

Beberapa minggu lepas, tv Al-Hijrah ada siarkan sedutan filem Innocent of Muslim yang menghina Rasulullah. Saya tak pernah tengok bila orang sibuk bercakap pasal tu tapi bila tengok sedutannya, memang rasa sakit hati sangat. Orang yang melakonkan watak Rasulullah itu menunjukkan akhlak yang tercela. Memang sakit hatilah. Jahat betul orang yang buat filem ni. Senjata orang Islam yang paling ampuh adalah doa, berilah azab yang pedih kepada mereka yang sombong ini ya Allah.

Saya nak kongsi cerita yang Ustaz Zamri mengenai bermimpi Rasulullah. Lebih kurang macam nilah, ada seorang hamba Allah ni berjumpa dengan gurunya dan bertanya bagaimana untuk dia bermimpi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Gurunya tidak menjawab sebaliknya menyuruh anak muridnya makan tapi tidak diberi minum. Malam itu, anak muridnya tidur tanpa minum air dah terasa haus sangat. Keesokkan harinya, gurunya bertanya apa yang kamu mimpikan malam tadi, jawabnya "aku bermimpi air laut". Dia mimpi air laut disebabkan kehausan dan keinginan untuk minum.

Jadi kesimpulan di sini, mimpi itu akan datang apabila kita TERLALU berkehendakkan sesuatu. Begitu juga untuk bermimpikan Rasulullah S.A.W, mahukan kita berjumpa Rasulullah? Semua mesti mahukan tapi apakah amalan yang boleh kita lakukan. Jelas Ustaz Zamri lagi, tak ada amalan khusus untuk itu cuma ada pendapat ulama mengatakan paling kurang selawat pada Rasulullah adalah sebanyak 300 kali sehari. Dan saya rasa setiap kali lepas solat fardhu, kita selawat 100kali dah dapat 500kali sehari kan. Kalau dapat lebih dari tu dengan penuh keikhlasan, alhamdulillah. Moga kita sama-sama mendapat syafaat dari Rasulullah S.A.W.


Wallahu'alam, we love Rasulullah S.A.W.. ^ ^.


Tuesday, February 5, 2013

Kebangkitan dari Timur.


Assalamualaikum..

MasyaAllah, lamanya tak update blog. Ada banyak perkara nak cerita tapi luang waktu tak mengizinkan. Bila ada masa terluang, otak pula tak ada idea untuk menyusun kata.

Tahun lepas saya sertai seminar yang diadakan oleh Islamic Parenting Network. Seminar Mengajar Anak Mudah Menghafal Al-Quran. Banyak tip dan kaedah yang dikongsikan serta keperluan untuk mengajar anak menghafal pada usia kecil. Di sini saya bukan nak bercakap mengenai perkara tu tapi saya tertarik pada satu hadis mengenai Islam akan bangkit dari Timur yang telah disebut semasa seminar tersebut. 


Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. (dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)

Beberapa minggu lepas ada program di masjid negeri Shah Alam. MasyaAllah, ramai yang datang mengimarahkan masjid. Rasa sebak pun ada, ramai anak-anak muda yang turut serta. Para muslimat pun ramai yang berniqab. Kalau dulu, jarang sangat nak tengok muslimat yang berniqab tetapi sekarang dah ramai. Pelajar tahfiz pun dah ramai. Ramai anak-anak muda yang berjubah, berserban. Sejuk mata dan hati yang memandang. Walaupun masih ada lagi yang terpesong tapi ramai juga yang bangkit menuju jalan Allah. 

Bila bercakap pasal Islam akan bangkit dari Timur. Pernah terfikir tak, negeri manakan timur itu? Saya rasa tidak menjadi hal negeri yang mana; Malaysia, Indonesia, China dsbnya. Yang pasti kita adalah orang timur, kita berada dalam kelompok negeri Timur. Jadi ayuh bangun persiapkanlah anak-anak kita untuk menagih janji Allah ini. Jadikan zuriat keturunan kita adalah sebahagian yang memegang panji-panji hitam dari timur, kalau bukan kita maka jadikanlah anak-anak sebagai umat Islam yang dinantikan dan diberkahi. Moga Allah gerakkan hati kita untuk persiapkan Timur itu. Boleh baca juga mengenai kebangkitan dari timur kat sini atau sini.

Saya baca kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Kota Konstantinopel. Setiap pagi ketika usia yanng masih kecil, ibu baginda akan membawa baginda naik satu bukit dan menunjukkan Kota Konstantinopel di seberang Laut Selat Bophorus. Kata ibunya, "Itulah adalah Kota Konstantinopel, Rasulullah pernah bersabda; Ia akan ditakluki oleh raja yang terbaik, askar yang terbaik dan rakyat yang terbaik. Kamulah raja/pemerintah itu." Kata-kata semangat ini ditanam oleh ibunya, walau hakikat sebenar ibunya tidak pernah tahu siapa yang Rasulullah maksudkan. Semua berlaku dengan izin Allah, dengan mengerakkan hati seorang ibu dan bapa untuk membentuk pemerintah yang terbaik, maka secara langsung membentuk askar terbaik dan rakyat yang terbaik. 

Jadi tidak mustahil jika kita atau zuriat keturunan kita adalah kelompok Timur yang Rasulullah maksudkan. Semua atas kehendakNya. Seperti "Law of Attractions",  kita menarik kehidupan kita mengikut apa yang kita fikirkan. Begitu juga yang terjadi dalam kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, ibunya menarik kehidupan dan keinginan itu dalam diri Sultan Muhammad Al-Fateh seterusnya membentuk natijah dengan kehendak Allah S.W.T. 

Walau apapun, jihad kita sekarang adalah membentuk anak-anak kita, generasi kita untuk menjadi Umat Islam yang dinanti dan diberkahi. Jika tidak, generasi dan zuriat kita akan turut hanyut dalam arus fitnah dajjal..Nauzubillahiminzalik. Allah memberi pilihan, kita yang memilih yang benar atau batil. Semoga kita sama-sama berjihad, bermujahadah untuk mencapai kemenangan akhirat. Sememangnya bukan senang, sebab syurga Allah itu mahal harganya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita keranaNya. Moga zuriat keturunan kita, adalah zuriat yang mendirikan solat dan yang berjuang di jalan Allah. Semoga kita semua dapat berkampung di syurga nanti. Amin, amin Ya Rabbal Alamin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...