Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Thursday, February 7, 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Rupanya dah berlalu bulan Rabiulawal. 12 Rabiulawal yang lepas adalah hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Sepatutnya post ini automatik posting minggu lepas tapi tersalah set, jadi tak dapat post seperti yang dijadualkan. Tapi saya tetap ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Bulan lepas televisyen dan di masjid meriah dengan sambutan hari kelahiran baginda S.A.W. 

Sebagai umat Islam, mengingati dan berselawat kepada Rasulullah bukan hanya pada hari kelahiran baginda tapi pada setiap saat dan ketika. Malunya kita sebagai umatnya tidak berselawat keatasnya sedangkan Allah dan para malaikat pun berselawat ke atas baginda. Tidak cintakah kita pada baginda sedangkan disaat nafas yang terakhir, baginda masih lagi menyebut ummati-ummati; umatku-umatku.

Betapa jahat, ego dan sombongnya mereka yang menghina Rasulullah sedangkan mereka langsung tidak membaca dan mengkaji kisah sebenar Rasulullah S.A.W. Sebagai umat umatnya, kita memang marah dan mengutuk pada mereka yang berbuat demikian tapi bila kembali pada sifat pemaaf baginda dan kita sebagai umatnya kita tidak boleh melampaui batas, Islam bukan begitu. Jadi kita marah dan disudut hati berdoa moga mereka ini diberi hidayah oleh Allah. Jika sebaliknya, Allah jualah yang layak menghukum mereka. Yang pasti, azab Allah maha pedih.

Beberapa minggu lepas, tv Al-Hijrah ada siarkan sedutan filem Innocent of Muslim yang menghina Rasulullah. Saya tak pernah tengok bila orang sibuk bercakap pasal tu tapi bila tengok sedutannya, memang rasa sakit hati sangat. Orang yang melakonkan watak Rasulullah itu menunjukkan akhlak yang tercela. Memang sakit hatilah. Jahat betul orang yang buat filem ni. Senjata orang Islam yang paling ampuh adalah doa, berilah azab yang pedih kepada mereka yang sombong ini ya Allah.

Saya nak kongsi cerita yang Ustaz Zamri mengenai bermimpi Rasulullah. Lebih kurang macam nilah, ada seorang hamba Allah ni berjumpa dengan gurunya dan bertanya bagaimana untuk dia bermimpi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Gurunya tidak menjawab sebaliknya menyuruh anak muridnya makan tapi tidak diberi minum. Malam itu, anak muridnya tidur tanpa minum air dah terasa haus sangat. Keesokkan harinya, gurunya bertanya apa yang kamu mimpikan malam tadi, jawabnya "aku bermimpi air laut". Dia mimpi air laut disebabkan kehausan dan keinginan untuk minum.

Jadi kesimpulan di sini, mimpi itu akan datang apabila kita TERLALU berkehendakkan sesuatu. Begitu juga untuk bermimpikan Rasulullah S.A.W, mahukan kita berjumpa Rasulullah? Semua mesti mahukan tapi apakah amalan yang boleh kita lakukan. Jelas Ustaz Zamri lagi, tak ada amalan khusus untuk itu cuma ada pendapat ulama mengatakan paling kurang selawat pada Rasulullah adalah sebanyak 300 kali sehari. Dan saya rasa setiap kali lepas solat fardhu, kita selawat 100kali dah dapat 500kali sehari kan. Kalau dapat lebih dari tu dengan penuh keikhlasan, alhamdulillah. Moga kita sama-sama mendapat syafaat dari Rasulullah S.A.W.


Wallahu'alam, we love Rasulullah S.A.W.. ^ ^.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover