Friday, September 30, 2011

Cerita Raya..

Assalam..


2-3 hari ni badan tak berapa kuat dah.  Waktu pagi kepala pening, kekadang terasa mual macam kena morning sickness balik. Lepas subuh, terus minum dan makan untuk elak perut kosong. Biasanya pagi, pukul 8 kena juga baringkan badan balik walaupun tak mengantuk sebab badan lemah dan pening. Akhirnya tertidur gak sejam dua ngan Amjad. Bangun tidur, masak, makan, sambung rehat..itulah rutin harian. Petang lepas zohor baru badan rasa kuat sedikit dan barulah dapat buat kerja menjahit dan kerja-kerja rumah yang lain.
Perut pun dah makin berat, jalan pun rasa menekan pada paha dan kaki. Biasalahkan, setiap kandungan berbeza2. Masa mengandungkan Amjad, badan takde sakit2 tapi selalu semput dan pitam sebab kurang darah. Kali ni, semput tu kurang sikit tapi sakit-sakit badan. Mungkin sebab urat saraf dalam badan pun dah berubah selepas lahirkan anak pertama. Lepas bersalin ni, rasanya kena berurut sakan.
Cerita pasal raya, Syawal dah pun habis saya baru nak cerita pasal raya..hehe. Tahun ni balik raya kat Kelantan sebab dah beberapa tahun tak balik raya kat sana pada raya pertama. Selalunya raya kedua atau ketiga baru balik. Kali ni kenalah tukar lagipun raya haji dah tak balik sebab dah nak bersalin atau dah bersalin pun.. :?



Ni 2 hari sebelum raya kat rumah mak (nenek). Ni Ayah tengah menolong mak buat tapai pulut..hehe, romantiknya :). Bila dah berumur tinggal berdua je. Begitu jugaklah kita nanti.. Tapi akhirnya sorang-sorang je kat alam barzakh. Moga amalan baik jadi peneman kita.



Amjad main bunga api. Risau tengok dia main, tapi  ada ramai yang memantau. Alhamdulillah, takde apa-apa. Bukan main seronok lagi dia main. Ni pak udanya tengan melayan main bunga api. Lepas dapat main , tiap2 malam minta pak uda ngan tok pa nya pasang 'fire', katanya (pelita ngan bunga api).




Tahun ni tema coklat. Lepas makan dan bergambar, kami ziarah kubur arwah mama dan ke rumah mak dan sedara-mara kat kampung. Raya pertama, kereta takdelah banyak sanagat.  Raya kedua, jalan sesak macam kat KL. Memang beraya atas jalan rayalah jawabnya.
Raya ketiga kitaorg dah balik Shah Alam, alhamdulillah jalan tak sesak. Dalam 6-7 jam kain dah sampai rumah.



Tuesday, September 27, 2011

2 in 1 Purse


Minggu lepas saya cuba buat purse ni. Tak perlu banyak menjahit untuk cantum kedua-dua purse cuma kena ketuk rivet ngan snap button.




Tapi sebab jarang guna rivet ngan snap button, terkial-kial juga mengetuknya.  Rosak juga rivet 4 bijik T_T.
Saya guna kain dari Ikea, ni bahagian kedua purse tu. Untuk bukaan pertama ada satu poket pada bahagian belakang purse kedua.






Bila buka butang kedua, ada 3 poket kat bahagian dalam.
 Ada yang berminat nak tempah purse ni? Kalau purse ni insyaallah boleh buat dalam masa terdekat ni sebab simple dan senang. Purse ni sesuai untuk isi kad, syiling, lipstik dan sebagainya.
Berminat boleh contact saya ye ^_^.
Have a nice day everyone.

p/s : Jom join fabric swap kat sini

Jom join FabricsSwap


Jom join fabrics swap.
Sesiapa berminat boleh klik kat gambar.
Jom pakat meriahkan swap!! ^_^

Monday, September 26, 2011

Alamat untuk Exchange Link

Untuk kawan blogger yang menggunakan blogspot, boleh add alamat blog Sweetlilcraft Collections pada alamat di bawah:

http://sweetlilcraftcollections.com/feeds/posts/default


Insyaallah, post entry pada bloglist akan diupdate ^_^.

Thursday, September 22, 2011

Masalah blog lagi..tolonggggg!!

Saya confuse.....

Pening..

Taktahu mana satu nak pilih..


2 hari lepas, web hosting ada hantar email beritahu yang blog Sweetlilcraftcollections.com tu dipindahkan ke server baru. Saya pun tak kisah sgtlah sbb dah pakai blogspot.

Semalam, sesajalah buka blog lama. Rupanya blog tu dah elok balik. Takde dah redirect ke alamat blogspot ni.

Beberapa kelebihan blogspot:
Senang nak manage
New post update dan senang utk kwn2 yg pakai blogspot
Free

Masalahnya sekarang, dot com tu mmg saya bayar tiap2 tahun. Tak mahal pun, puluh2 hinggit je. Tak guna, syg pulak. Name card pun atas nama blog tu. New post boleh gak update cam blogspot, cuma skrg saya kena betulkan feed blog tu barulah ok utk kwn2 yg tak dpt nak trace new post kat blog saya.

Tapi hari tu dah tukar alamat kat Craftzone ngan Cotton House, nak kena tukar lagi ke? Huhu, kesian kat diorang. Kalau boleh taknak susahkan kawan2. Huhu, asyik problem je ngan blog saya ni.
Paling senang, saya masukkan kedua-dua blog lah kan??
Satu hal juga dgn kawan2 yg dah tukar address baru ni. Sorry susahkan korang semua..

Jadi sekarang, saya rasa kena guna balik laman web lama dan blog ni saya guna juga tapi untuk update barangan handmade yang ready stock. Apa pendapat kawan-kawan??
Huhu..confuse, ***%6#@

Wednesday, September 21, 2011

{ Sulam I } Budak Perempuan Biru

Ni produk sulam pertama hasil dari NV90e. Gambar saya download dari internet. Sepatutnya redwork, jadi guna benang sulam warna merah. Tapi benang merah belum beli lagi jadilah warna biru.


Hasil sulaman jadi cover penutup bekas. Ni bekas kurma bulan puasa hari tu, saya buat make over sikit. Tampal dengan kain perca dan penutupnya saya tampal denga kain felt yang telah disulam tadi. Kerja tak berapa kemas sebab buat kerja nak cepat dan 'kurang rajin' sikit..hehe.

Sekarang bekas ni buat isi pita pelekat yang warna-warni. Kena sembunyikan pita tu, Amjad asyik ambil buat main je. Bila nak guna, satu rumah kena cari..huhu.

Sunday, September 18, 2011

My New Baby

Hari Selasa lepas saya dimasukkan ke wad. Hah, dah bersalin ke? Taklah..sebenarnya, saya kena buat blood transfusion dalam 2 pain sebab hb saya rendah sangat. Ni kali kedualah, kali pertama masa pregnantkan Amjad. Terasa perit dan sakitnya masuk darah ni. Sepatutnya untuk 2 pain darah ambik masa lebih kurang 12 jam tapi untuk satu pain je telah ambik masa 8 jam. Mula2 cucuk tangan kiri, tapi sebab sakit sangat dan tangan dah bengkak, cucuk belah kanan then baru habis 1 pain. Bila masukkan darah yg kedua pun lambat jugak dan baru sampai suku, tangan dah sakit dan bengkak. 



Jadi Subuh hari Rabu tu, stop masukkan darah. Fuhh, lega rasanya. Tak tahan rasa sakitnya, sambil tidur, sambil gosok tangan. Hari ni pun masih lagi terasa sakit dan lebam pada kesan cucuk. Apa taknya ada 4 kesan cucukan jarum..huhu. Sebelum dimasukkan darah pun, doa banyak2 supaya dapat darah yang bersih dan dari orang muslim sejati. Takut jugakkan..apa2 pun tawakkal je pada Allah.


What a new baby? Jeng, jeng tengahari Rabu keluar dari hospital, petang tu orang hantar 'new baby' saya selepas pujuk suami untuk belikan satu... 


Kenalkan..





Brother NV90E atau Innov-is 90E..



Sekarang tengah promosi sampai 20hb Sept, dari harga RM2499 dapat harga RM1499. Mana nak dapat mesin sulam pada harga tu. Memang murah sangat. Saya beli dari LSN tapi saya suruh dia hantar sebab jauh dan tak ada luang masa nak pergi sana. Saya minta dia bawa benang sulam sekali, tapi warna yg ada tak banyak, jadi belilah sikit sementara nak pergi kedai. Satu benang RM4.00, murah ke?


Kak Mila, Kak Sha, Kak Zila..I'm joining your club :D. Terpengaruh betul. Mulanya ingat tak nak beli. Dok fikir,

Beli ke tak? beli ke tak? 

Karang tak guna sangat. Nak beli kena pujuk suami dulu ni sebab dia yang sponsor..hehe (Sayang abangg..). Jadi akhirnya beli gak, sebab ntah bila nak dapat diskaun tu. Insyaallah, banyak projek baru akan datang. Sesiapa nak letak nama kat beg, wallet ke atau apa saja saya boleh sulam je. Sebelum bersalin ni, ada lagi beberapa projek yang nak disiapkan. Nanti saya update ye. Jumpa lagi.. ^_^



Monday, September 12, 2011

Simple Black Flower Tote Bag


Ni order dari Khairiyah. Tote beg simple bolehlah jahit buat masa sekarang, masa untuk jahit pun sekejap je.
Terima kasih buat Khairiyah sebab sudi order dari Sweetlilcraft ^_^.

Thursday, September 8, 2011

Sweet Booties & Amjad

Kandungan saya dah masuk 8 bulan. Penatnya bertambah, lebih2 lagi bila kurang darah. Masa mengandung Amjad dulu kena masukkan darah gak 2 pain. Kali ni tak tahulah macamana nanti. 

Mood nak menjahit kekadang datang, kekadang pergi. Saya jahit booties ni sebelum raya hari tu. Yang kecik2 cam ni bolehlah jahit. Yang besar2 dah tak larat nak jahit, duduk kejap je dah semput. Booties ni bukan untuk sesapa pun, yang dalam ni taktahu boy ke girl. Saje je jahit untuk projek akan datang. Susah jugak jahit booties ni, sebelah jadi elok, sebelah lagi belum tentu menjadi. Jadi kena practice lagi dan lagi..



Raya pertama kat Kelantan, Amjad sibuk nak pergi beach. Raya ketiga balik ke S.Alam, dalam perjalanan balik masih sebut-sebut nak pergi beach. Jadi petang Sabtu lepas, bawa dia pergi Pantai Kelanang. Masa tu air surut, jadi main lumpur lah jawabnya. Seronok main sampai matahari pun nak terbenam. Hari ni sebut nak pergi beach lagi. Hemm, dia bukan nak mandi sangat tapi nak buat sand castle katanya, siap bawa bucket dan bulldozer dia..^_^.

Oklah, nak rehat kejap. Sampai jumpa lagi ye ^-^..




Tuesday, September 6, 2011

Frustnya..


Tak tahu nak cakap macamana?

Sedihh..

Frustt..

Buang masa..

Huhu..

Semua ada..

Blog Sweetlilcraft Collections.com tak dapat nak buka sebab tersalah copy file masuk folder blog. Sepatutnya masuk dalam folder lain tapi dah tersalah tekan, masuk folder blog jadi overwrite atas file blog. Blog pulak takde back up.. terus hilang tak dapat nak recover. Huhuhu..

Boleh buat blog lain guna hosting tu tapi dah frust. Jadi saya rasa nak guna blogspot jelah. Pening kepala dah dengan website blog tu. Tapi kedai masih lagi operasi guna hosting.
Jadi sekarang ni sesiapa masuk address sweetlilcraftcollections.com akan redirect ke blog ni.
Ada yg nak exchange link amatlah dialu-alukan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...