Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Thursday, September 8, 2011

Sweet Booties & Amjad

Kandungan saya dah masuk 8 bulan. Penatnya bertambah, lebih2 lagi bila kurang darah. Masa mengandung Amjad dulu kena masukkan darah gak 2 pain. Kali ni tak tahulah macamana nanti. 

Mood nak menjahit kekadang datang, kekadang pergi. Saya jahit booties ni sebelum raya hari tu. Yang kecik2 cam ni bolehlah jahit. Yang besar2 dah tak larat nak jahit, duduk kejap je dah semput. Booties ni bukan untuk sesapa pun, yang dalam ni taktahu boy ke girl. Saje je jahit untuk projek akan datang. Susah jugak jahit booties ni, sebelah jadi elok, sebelah lagi belum tentu menjadi. Jadi kena practice lagi dan lagi..



Raya pertama kat Kelantan, Amjad sibuk nak pergi beach. Raya ketiga balik ke S.Alam, dalam perjalanan balik masih sebut-sebut nak pergi beach. Jadi petang Sabtu lepas, bawa dia pergi Pantai Kelanang. Masa tu air surut, jadi main lumpur lah jawabnya. Seronok main sampai matahari pun nak terbenam. Hari ni sebut nak pergi beach lagi. Hemm, dia bukan nak mandi sangat tapi nak buat sand castle katanya, siap bawa bucket dan bulldozer dia..^_^.

Oklah, nak rehat kejap. Sampai jumpa lagi ye ^-^..




7 comments:

ct as said...

wah..sume pink2 ni..confirm dpt gegirl la ye..^^

Ayu@Sweetlilcraft said...

belum tahu lagi kak as. maybe boy gak:). Ni sbb kain pink je byk..hehe.

NoEn said...

wah..comel bangat booties tuuu

Tie said...

Alaa..... comel sangat! Rasa nak makan lak booties tu...

Ayu@Sweetlilcraft said...

Noen, tq. Hehe..tu guna kain perca je sbb baru try nak buat. dah expext betul baru guna kain elok.

Tie, tq gak. Jgn, nanti lekat pulak :P

Yati said...

Baru perasan. Ayu dah 8 bulan ya. Dah dekat dah tu. Sweet booties Ayu buat. :)

Ayu@Sweetlilcraft said...

yati, aa..sehari dua ni pulak perut asyik mengeras je.

Booties sesaja buat..tq yati :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover