Friday, December 20, 2013

New pattern: Granny Bag

Assalamualaikum,

Dah lama tak menjenguk blog, dah bersawang dah. Hari ni masuk blog, tengok Michelle ada pattern baru. Granny Bag. Cantik jugak granny bag tu dan designnya lain dari yang lain.



Cantikkan, siap ada piping. Kalau nak belajar boleh beli pattern ni. Kt blog Michelle pun ada bagi tip macamana nak jahit piping.


Bahagain dalam pun luas. Hmm, macam nak beli je patternnya..hihi. Sekarang sale 5usd, hari Isnin kembali harga pada harga asal. Sesiapa yang nak beli boleh klik kat sini

Happy sewing ^^/.

Monday, October 28, 2013

Hooded Towel

Hi..
Lamanya tak update, memang sejak guna facebook ni jarang sangat buka blog. Rindu pulak kat blog, kalau dulu inilah tempat kongsi hasil kraf, cerita harian dan sebagainya.

Anak baru dua, tambah lagi ntah sempat ke tak nak update. Tapi sekarang canggih, update guna hp je sambil baring..hihi.

Banyak juga hasil kerja yang terhasil tapi tu pun tak sempat nak upload semua.

Hari ni saya share hasil terbaru sayalah, hooded towel! Dah jadi kesukaan Amjad dari dulu, biasanya orang lain gambar binatang dia nak Thomas juga.



Jadilah inilah hasilnya yang pertama. Amatlah sesuai bawa pergi pantai atau taman tema air lebih-lebih lagi kalau waktu panas, adalah penutup untuk lindung kepala dari kepanasan.



Saturday, October 5, 2013

Last Sale at Michelle Pattern!!

Salam semua,

Hi..



Biasanya setiap Jumaat, Michelle buat sales yang dipanggil $5 Friday tapi mulai hari ini hingga Isnin, 7 Okt 2013 Michelle Pattern adakan jualan murah buat KALI TERAKHIR untuk tahun ini dan $5 Friday juga akan berakhir. No more $5 Friday anymore next time!!

Semuanya ada 22 patterns termasuk bag, pouch dan wristlet dan juga 2 dokumen iaitu - How to Format a PDF Sewing Pattern in Open Office dan Determine Your Price Worksheet.

Jadi rebutlah peluang ni sebelum terlambat ye. Saya pun rasa nak beli pattern yang belum ada dalam simpanan..hihi ^^. 

Jom2.. Happy sewing everyone ^^.


Wednesday, September 4, 2013

Reviseable Bag, Grab Bag & Make Up Pouch

Salam semua,

Ni projek lepas raya.

  
Satu set dari kain yang sama - reviseable bag, grab bag and make up pouch


Grab bag
Make up Pouch or boxy pouch





Reviseable bag

Tuesday, August 27, 2013

Pattern Sale at I Think Sew.

Hi..

Hari ni nak potong kain tapi Fateh datang nak bf pulak. Jadi sambil bf saya update blog. Selain dari pattern Michelle, saya juga suka pola atau pattern dari I think sew. Setiap pembelian pula akan diberikan pola percuma, best kan. 

Sekarang ithinksew adakan sale sempena "Back to school sale", ada banyak pattern yang separuh harga. Antaranya adalah seperti di bawah:




Sesiapa yang berminat dan nak tahu lebih lanjut bolehlah singgah Ithinksew. Selamat menjahit kawan-kawan ^^.


Monday, August 26, 2013

Tak sihat



Kita masih lagi di bulan Syawal, jadi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua muslimin muslimat. Sejak balik raya saya kurang sihat. Tak boleh salah makan, masuk angin satu badan. Semalam kena gastrik, teruk juga penangannya. Kesian pulak Fateh yang menyusu. Dia yang mula muntah-muntah dinihari semalam, lepas tu petang semalam ibunya yang kena gastrik.

Alhamdulillah hari ni dah beransur pulih. Hari ni, suami pun terpaksa ambil cuti sebab kena jaga saya dan anak-anak. Kesian, memang penatlah dia. Saya sakit, kesian pada anak-anak dan suami. Itulah kesakitan tu buat kita sedar dan bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan. Dengan nikmat sihat, macam-macam boleh buat. Jaga anak, jaga suami. Dengan nikmat sihat ini jugalah nak rebut peluang beribadat kepadanya. Seperti sabda Rasulullah S.A.W, rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Semalam juga sambil terbaring tu saya dengan Dr. Zulkifli Al-Bakri bercerita mengenai seseorang yang begitu berterima kasih pada doktor yang telah menyembuhkannya dari penyakit jantung. Tapi adakah kita berterima kasih pada Allah yang beri kita jantung, hati, mata dan sebagainya?? Astagfirullah, moga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Saya pun masih belum mula menjahit. Seminggu lepas baru siapkan wallet tapi tempahan lain masih lagi dalam proses yang 'siput'. Maaf ye, badan tak berapa sihat. Insha Allah, esok saya mula sambung menyiapkan tempahan yang ada. Harap sabar menunggu. Doakan saya sihat, cepat sembuh dan kuat untuk bekerja ^^. Sampai jumpa lagi. Wassalam.

Sunday, June 30, 2013

Reviseable Bag





 Antara yang di jual di Subang Parade hari ni.

Map I Love Bazaar

Map kedudukan meja di I love bazaar, subang parade. Kami di meja no. 51

Sweetlilcraft at I Love Bazaar, Subang Parade.

Salam semua..

Saya harap belum terlambat merwar-war kannya di blog. Saya betul2 sibuk hingga terlupa nak cerita di blog..

Sweetlilcraft akan berada di Subang Parade pada 30/6, tingkt 1, meja no.51.. dekat dgn pakson, (boleh tgk map). Kami mula pukul 11.00 pagi - 9 malam. Ada beberapa jenis barangan hasil tangan Sweetlilcraft akan dijual. Antaranya, cluth, pouch dan bag.

Gambar pun xsempat nak ambik. Ni pun tgh sibuk lagi buat persiapaan akhir. Tidurkan khalifah kecik ni dulu pastu sambung kerja.

Oklah, jumpa di sana. Ohya, 3 pelanggan pertama akan dapat free gift dari kami. Jom ke sana esok ye.. ^^

Thursday, June 6, 2013

Baby Bedding Set

Salam..

Cuma nak update projek yang baru siap. Satu set tilam bayi. Next projek banyak lagi sebelum prepare untuk bazaar. Aduh sempat ke nak prepare ni. Fateh pantang tengok saya duduk nak menjahit. Dia terus datang tak bagi menjahit. Kerja saya menjawab email atau browse tutorial dan cari inspirasi sambil menyusukan dia. Dia tidur baru sambung menjahit.


Gambar kat bawah tak terang sangat. Saya snap malam tadi jadi kurang pengcahayaan. Nak baiki lagi dah tak sempat dah.


Oklah, jumpa lagi. Tempahan ditutup sehingga raya ye.. ^^

Sunday, May 19, 2013

Granny Bag, Clutch, Car accessories & Pouches

Saya blogger yang teruk kan. Susah nak uruskan masa untuk buat satu posting dalam seminggu. Biasanya masa tak dapat menjahit dan menyusukan fateh, saya akan buka laptop dan jawab email atau message dari FB. Masa dia tidur, saya sibuk buat kerja rumah dan menjahit. Sekarang mood untuk menulis jarang pulak datang. Nak menjenguk blog kawan-kawan lagilah susah. Suri rumah bukan goyang kaki je tau, penuh dengan aktiviti je..hehe. Alhamdulillah, sekarang ni ringan sikit kerja sebab adik ada untuk hantar atau ambil Amjad di sekolah. Lepas adik masuk universiti nanti kembalilah rutin biasa, hantar dan ambil Amjad di sekolah. Kalau hari Jumaat lagi penat sebab dia ada teakwando pulak pada waktu petang. Tapi syukurlah, anak2 membesar depan mata.

Minggu lepas, ma dan papa datang dari Kelantan dan tinggal kat sini selama 5 hari. Amjad memang sukalah Tok Pa dan Tok ma ada. Fateh pun ada juga orang jaga. Jadi dapatlah saya siapkan satu Granny Bag. Beg ni dari kain linen sepenuhnya. Harap ada kesempatan untuk buat satu lagi untuk saya sendiri ;). Ada juga 2 helai tuala saya sulam untuk jadikan hadiah pada cucu saudara Ma tapi lupa nak ambil gambar.




Bahagian dalam, guna kain linen juga. Ada satu poket yang besar dan saya guna flat magnetic button sebagai penutup. Memang best guna magnetic button tu, melekat elok dan takde bonjolan atau buckle pada beg. Magnetic button ni saya beli dari Zilakassim. Kalau buat wallet, elok sangat guna magnetic button ni.

Tapak beg 6.5cm lebar.



 Yang ni pulak 2 set aksesori kereta dari kain cotton belleboo.  Sulam N.N pada felt dan jahit pada kain. Saya cuba juga sulam pada kain terus tapi tak nampak dan tak cantik pulak, jadi jahit pada felt lah yang terbaik.

Aubrey clutch, pattern dari Ithinksew. Cluth ni jadi hadiah tukaran dengan geng penjahit beg di FB. Kain ni dah habis stok. Saya guna kain cotton us, beli kat local shop di Subang Jaya pada tahun 2008 tapi kedai tu dah pindah ke Ara Damansara tahun 2008 atau 2009 kot. Sejak kedai tu pindah, belum ada kesempatan lagi saya ke sana. 


Akhir sekali, dumpling pouch. Dah bertahun kain-kain ni disimpan akhirnya dipotong dan menjadi pouch juga. Semua kain adalah kain cotton US, beli pun dari US tapi secara online la bukan pergi sana pun..hehe. Insha Allah, akan dijual di bazaar hujung bulan 6 nanti. Cakap pasal bazar, dah 2 kali tukar tarikh. Sepatutnya bulan 3 pastu 26 Mei ni tapi tarikh tu saya ada kenduri di Kedah pulak. Jadi saya tukar pada 29 Jun. Hm, harap bazar Sweetlilcraft betul-betul dapat dibuka hujung bulan Jun nanti, Insha Allah.

Saya  akan berusaha untuk menulis posting yang lebih memberi inspirasi dan berkongsi ilmu yang ada dan menjadi lebih kosisten untuk menulis blog. Terima kasih kepada pembaca blog saya dan rakan-rakan yang setia menjenguk blog dan meninggalkan komen. Setiap komen amatlah saya hargai dan saya akan cuba untuk singgah di blog rakan yang memberi komen. Terima kasih juga pada para follower yg setia. 
Saya amat hargai anda semua. 
Have a great week friends! 

Friday, April 26, 2013

Harap dapat menunggu

Assalamualaikum..

Buat pelanggan yang menempah. Saya minta maaf banyak2, tempahan mungkin agak lewat disiapkan kerana saya perlu tumpukan perhatian pada anak sulung saya, Amjad. Dia kurang sihat kerana dijangkiti HFMD atau dikenali penyakit kaki, tangan dan mulut.
Dia dah tak demam tapi kena kuarantin agak tak merebak pada adiknya pulak.(nauzubillah..moga dijauhkan Allah).

Adiknya pulak, bila abang takde jadi makin merengek nak ibu je sebab tak ada kawan nak 'dibuli..'. Jadi ibulah mangsanya.

Pengajaran buat saya, kena tingkatkan lagi kawalan kebersihan pada anak2. Ingatkan dah besar sikit, saya biarkan Amjad mandi sendiri. Rasa bersalah pulak. Dia pula agak sensitif, 2 minggu lepas baru je baik dari demam sebab tonsil, kali ni kena Hfmd pulak, kesian anak ibu makin kurus..

Semoga Amjad cepat sembuh, dapat pergi sekolah dan jalani aktiviti seperti biasa.

Maafkan saya jika terlewat siapkan order anda. Saya akan cuba sebaik mungkin. Terima kasih semua.

Wednesday, April 10, 2013

Plushies

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak share hasil kerja saya yang terbaru. Dua tiga minggu lepas suka pulak buat benda-benda softies ni. Semuanya sebab Amjad yang minta. Minta satu, banyak pulak yang  turut sama terhasil.



Yang ni Amjad punya. Buat peluk tidur. Amjad letak nama Mr. Blacky. Tapi sekarang dah minta Mr. Bluwie pulak.



Pink color tentulah untuk girl kan, tapi saya belum ada anak perempuan..hehe. Yang ni untuk Zara, hadiah untuk anak kawan.



Mulanya buat ni untuk Amjad, tapi dia taknak sebab ada bentuk love. Uih, dah pandai memilih. Jadi, Fateh jelah yang ambil. Nak tidur mesti dia tanya, ane? ane? Minta owl dia nak peluk tidur. 

Yang 3 atas ni BUKAN untuk dijual ye. No remake or reproduce sebab copyright pattern kawan.



            Yang ni pulak Bunny Taggies hadiah untuk Syuhada yang tempah set bedding for her baby.








Born: 28 Mac 2013
Name: Polka Dot Willy
Size: 20" x 10"
Intro price: RM30

Whale pillow or bolster ni boleh buat bantal peluk. Ni yang pertama, harga pengenalan RM30 sahaja sebab perlu buat improvise sikit pada patternya. But it still nice to cuddle ^^.



Born: 9 April 2013
Name: Owlie Pillow
SOLD

Yang ni nak cepat. Semalam buat petang siap, tuannya terus ambil. Jadi nak tambah apa-apa lagi dah tak boleh. Saiznya memang besar dan boleh buat bantal tidur, 20" lebar x +-15" tinggi.

Taggies, whale & owlie pillow boleh remake. Sesiapa nak boleh email tapi kena sabar menunggu ye. Bulan 6-7 baru saya boleh jahit. Jahit plushies ni bulan puasa ok je sebab tak pening dan susah sangat nak buat.  But limited for a few order only. Malam saya nak rehat dan terawih ^^. Jadi kalau berminat kena email cepat2 ye sebelum saya tutup tempahan.

Oklah, sampai jumpa lagi..^^

Monday, April 8, 2013

Sale at Michelle Pattern

Assalamulaikum semua..

Biasanya setiap hari Jumaat, Michelle ada $5 sale untuk 1 pattern. Tapi kali ni lebih istimewa sebab $5 sale untuk 29 patterns!! Wah, best ni.. :). Sale ni berlangsung selama 3 hari. Hari Isnin sale tamat. Sesiapa yang suka dengan patternnya atau baru nak berjinak untuk jahit clutch atau bag, boleh cuba dengan pattern dari Michelle. Patternnya memang popular dan langkah untuk menjahit pun senang nak ikut. Hasil dari patternnya memang cantik. Ipad sleeve atau Idea pouch yang saya jahit beberapa bulan lepas pun dari patternnya. Ni sebahagian dari contoh clutch dan beg dari Michelle Pattern. Sesiapa yang berminat boleh klik kat gambar di bawah ye.


Happy sewing everyone ! ^^


Friday, March 29, 2013

Needle Book

Hye there..

Hasil kerja bulan ni juga tapi baru update kat blog.  Gambar mesin jahit tu disulam mesin tapi dengan design cross stitch.






Bahagian belakang saya guna kain biru yang sama dengan bahagian tepi tu tapi saya lupa nak ambik gambarnya. Jahit mesin dan tangan untuk bahagian bias tape. 




Bahagian dalam ada felt sebagai tempat untuk pin jarum dan 6 slot poket untuk simpan gunting kecil dan benang. Needle book ni dah terbang ke Kelantan jumpa tuannya. Happy crafting kak ^^.


Thursday, March 28, 2013

Fabric Cotton - Sale on March

Jualan murah kain cotton sempena bulan kelahiran saya ^^. 



Semuanya RM16 sementer
(tidak termasuk pos)



Butterfly
100% cotton, imported
Available 2m 
RM16 semeter (normal price: RM20)



Patchwork
100% cotton, Imported
Available 3m
RM16 semeter (normal price: RM20)




Stripe Roses
100% Cotton, Imported
Available 4m
RM16 semeter (Harga biasa: RM20 semeter)
RM70 sepasang termasuk pos (Harga biasa: RM80 sepasang)






Pink Dot
100% cotton, imported 
Available 4m
RM16 semeter (Harga biasa: RM20 semeter)
RM70 sepasang termasuk pos (Harga biasa: RM80 sepasang)


An Envelope Clutch and Other Story.

Hi semua, saya perlu susun masa untuk update blog dan fokus, fokus, fokus! Kalau yang dah lama kenal saya pasti tahu, blog saya juga banyak kali berubah. Tak kosisten, dah 5 tahun blogging pun jagi macam baru je blogging..huhu. Bila satu keputusan salah dibuat, banyak benda yang terjejas sama. Apapun redha, semua tu ujian dan yakin rancangan Allah pasti lebih baik :)

Kraf terkini dan yang lama tu banyak tapi belum sempat update. Kita update satu-satu ye. Ni yg terbaru, Ballerina Envelope Clutch. Alah, lupa ukurannya. Besar jugaklah, boleh isi macam2.




Tambah bow ribbon atas permintaan tuan punya clucth :)



Saya guna magnetic snap sebagai penutupnya. Yang ni jenis nipis, jadi taklah mengelembung sangat pada clutch yang nipis.



Bahagian dalam, ada poket satu untuk simpan barang-barang kecil.




Proses menyulam Sweetlilcraft. Ini saya nak buat 'bunting Sweetlilcraft', 

Betul ke orang panggil bunting. Lupalah orang panggil apa. Kononnya nak letak pada bazar akan datang tapi nampak macam panjang je, Muat meja ke tak. Nanti kena pin rapat-rapat kot. 



Tak jelas sangat gambarnya. Ambik dekat tak masuk semua huruf pulak. Tengok jelah macam tu ye. Nak tengok dekat, kena pergi bazar ;) . Sepatutnya saya ada bazar pada 30 Mac ni di Subang Parade tapi ada hal pulak pada tarikh tersebut dan banyak lagi stok yang perlu ditambah. Jadi saya postpone ke 29 May. Nanti saya akan update maklumat terbaru bila dah sampai masanya. Cakap awal2 nanti korang tak ingat..hehe.

Oklah, selamat menjahit semua. 

xoxo,
Ayu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...