Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Sunday, May 19, 2013

Granny Bag, Clutch, Car accessories & Pouches

Saya blogger yang teruk kan. Susah nak uruskan masa untuk buat satu posting dalam seminggu. Biasanya masa tak dapat menjahit dan menyusukan fateh, saya akan buka laptop dan jawab email atau message dari FB. Masa dia tidur, saya sibuk buat kerja rumah dan menjahit. Sekarang mood untuk menulis jarang pulak datang. Nak menjenguk blog kawan-kawan lagilah susah. Suri rumah bukan goyang kaki je tau, penuh dengan aktiviti je..hehe. Alhamdulillah, sekarang ni ringan sikit kerja sebab adik ada untuk hantar atau ambil Amjad di sekolah. Lepas adik masuk universiti nanti kembalilah rutin biasa, hantar dan ambil Amjad di sekolah. Kalau hari Jumaat lagi penat sebab dia ada teakwando pulak pada waktu petang. Tapi syukurlah, anak2 membesar depan mata.

Minggu lepas, ma dan papa datang dari Kelantan dan tinggal kat sini selama 5 hari. Amjad memang sukalah Tok Pa dan Tok ma ada. Fateh pun ada juga orang jaga. Jadi dapatlah saya siapkan satu Granny Bag. Beg ni dari kain linen sepenuhnya. Harap ada kesempatan untuk buat satu lagi untuk saya sendiri ;). Ada juga 2 helai tuala saya sulam untuk jadikan hadiah pada cucu saudara Ma tapi lupa nak ambil gambar.




Bahagian dalam, guna kain linen juga. Ada satu poket yang besar dan saya guna flat magnetic button sebagai penutup. Memang best guna magnetic button tu, melekat elok dan takde bonjolan atau buckle pada beg. Magnetic button ni saya beli dari Zilakassim. Kalau buat wallet, elok sangat guna magnetic button ni.

Tapak beg 6.5cm lebar.



 Yang ni pulak 2 set aksesori kereta dari kain cotton belleboo.  Sulam N.N pada felt dan jahit pada kain. Saya cuba juga sulam pada kain terus tapi tak nampak dan tak cantik pulak, jadi jahit pada felt lah yang terbaik.

Aubrey clutch, pattern dari Ithinksew. Cluth ni jadi hadiah tukaran dengan geng penjahit beg di FB. Kain ni dah habis stok. Saya guna kain cotton us, beli kat local shop di Subang Jaya pada tahun 2008 tapi kedai tu dah pindah ke Ara Damansara tahun 2008 atau 2009 kot. Sejak kedai tu pindah, belum ada kesempatan lagi saya ke sana. 


Akhir sekali, dumpling pouch. Dah bertahun kain-kain ni disimpan akhirnya dipotong dan menjadi pouch juga. Semua kain adalah kain cotton US, beli pun dari US tapi secara online la bukan pergi sana pun..hehe. Insha Allah, akan dijual di bazaar hujung bulan 6 nanti. Cakap pasal bazar, dah 2 kali tukar tarikh. Sepatutnya bulan 3 pastu 26 Mei ni tapi tarikh tu saya ada kenduri di Kedah pulak. Jadi saya tukar pada 29 Jun. Hm, harap bazar Sweetlilcraft betul-betul dapat dibuka hujung bulan Jun nanti, Insha Allah.

Saya  akan berusaha untuk menulis posting yang lebih memberi inspirasi dan berkongsi ilmu yang ada dan menjadi lebih kosisten untuk menulis blog. Terima kasih kepada pembaca blog saya dan rakan-rakan yang setia menjenguk blog dan meninggalkan komen. Setiap komen amatlah saya hargai dan saya akan cuba untuk singgah di blog rakan yang memberi komen. Terima kasih juga pada para follower yg setia. 
Saya amat hargai anda semua. 
Have a great week friends! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover