Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Sunday, May 19, 2013

Granny Bag, Clutch, Car accessories & Pouches

Saya blogger yang teruk kan. Susah nak uruskan masa untuk buat satu posting dalam seminggu. Biasanya masa tak dapat menjahit dan menyusukan fateh, saya akan buka laptop dan jawab email atau message dari FB. Masa dia tidur, saya sibuk buat kerja rumah dan menjahit. Sekarang mood untuk menulis jarang pulak datang. Nak menjenguk blog kawan-kawan lagilah susah. Suri rumah bukan goyang kaki je tau, penuh dengan aktiviti je..hehe. Alhamdulillah, sekarang ni ringan sikit kerja sebab adik ada untuk hantar atau ambil Amjad di sekolah. Lepas adik masuk universiti nanti kembalilah rutin biasa, hantar dan ambil Amjad di sekolah. Kalau hari Jumaat lagi penat sebab dia ada teakwando pulak pada waktu petang. Tapi syukurlah, anak2 membesar depan mata.

Minggu lepas, ma dan papa datang dari Kelantan dan tinggal kat sini selama 5 hari. Amjad memang sukalah Tok Pa dan Tok ma ada. Fateh pun ada juga orang jaga. Jadi dapatlah saya siapkan satu Granny Bag. Beg ni dari kain linen sepenuhnya. Harap ada kesempatan untuk buat satu lagi untuk saya sendiri ;). Ada juga 2 helai tuala saya sulam untuk jadikan hadiah pada cucu saudara Ma tapi lupa nak ambil gambar.




Bahagian dalam, guna kain linen juga. Ada satu poket yang besar dan saya guna flat magnetic button sebagai penutup. Memang best guna magnetic button tu, melekat elok dan takde bonjolan atau buckle pada beg. Magnetic button ni saya beli dari Zilakassim. Kalau buat wallet, elok sangat guna magnetic button ni.

Tapak beg 6.5cm lebar.



 Yang ni pulak 2 set aksesori kereta dari kain cotton belleboo.  Sulam N.N pada felt dan jahit pada kain. Saya cuba juga sulam pada kain terus tapi tak nampak dan tak cantik pulak, jadi jahit pada felt lah yang terbaik.

Aubrey clutch, pattern dari Ithinksew. Cluth ni jadi hadiah tukaran dengan geng penjahit beg di FB. Kain ni dah habis stok. Saya guna kain cotton us, beli kat local shop di Subang Jaya pada tahun 2008 tapi kedai tu dah pindah ke Ara Damansara tahun 2008 atau 2009 kot. Sejak kedai tu pindah, belum ada kesempatan lagi saya ke sana. 


Akhir sekali, dumpling pouch. Dah bertahun kain-kain ni disimpan akhirnya dipotong dan menjadi pouch juga. Semua kain adalah kain cotton US, beli pun dari US tapi secara online la bukan pergi sana pun..hehe. Insha Allah, akan dijual di bazaar hujung bulan 6 nanti. Cakap pasal bazar, dah 2 kali tukar tarikh. Sepatutnya bulan 3 pastu 26 Mei ni tapi tarikh tu saya ada kenduri di Kedah pulak. Jadi saya tukar pada 29 Jun. Hm, harap bazar Sweetlilcraft betul-betul dapat dibuka hujung bulan Jun nanti, Insha Allah.

Saya  akan berusaha untuk menulis posting yang lebih memberi inspirasi dan berkongsi ilmu yang ada dan menjadi lebih kosisten untuk menulis blog. Terima kasih kepada pembaca blog saya dan rakan-rakan yang setia menjenguk blog dan meninggalkan komen. Setiap komen amatlah saya hargai dan saya akan cuba untuk singgah di blog rakan yang memberi komen. Terima kasih juga pada para follower yg setia. 
Saya amat hargai anda semua. 
Have a great week friends! 

Friday, April 26, 2013

Harap dapat menunggu

Assalamualaikum..

Buat pelanggan yang menempah. Saya minta maaf banyak2, tempahan mungkin agak lewat disiapkan kerana saya perlu tumpukan perhatian pada anak sulung saya, Amjad. Dia kurang sihat kerana dijangkiti HFMD atau dikenali penyakit kaki, tangan dan mulut.
Dia dah tak demam tapi kena kuarantin agak tak merebak pada adiknya pulak.(nauzubillah..moga dijauhkan Allah).

Adiknya pulak, bila abang takde jadi makin merengek nak ibu je sebab tak ada kawan nak 'dibuli..'. Jadi ibulah mangsanya.

Pengajaran buat saya, kena tingkatkan lagi kawalan kebersihan pada anak2. Ingatkan dah besar sikit, saya biarkan Amjad mandi sendiri. Rasa bersalah pulak. Dia pula agak sensitif, 2 minggu lepas baru je baik dari demam sebab tonsil, kali ni kena Hfmd pulak, kesian anak ibu makin kurus..

Semoga Amjad cepat sembuh, dapat pergi sekolah dan jalani aktiviti seperti biasa.

Maafkan saya jika terlewat siapkan order anda. Saya akan cuba sebaik mungkin. Terima kasih semua.

Wednesday, April 10, 2013

Plushies

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak share hasil kerja saya yang terbaru. Dua tiga minggu lepas suka pulak buat benda-benda softies ni. Semuanya sebab Amjad yang minta. Minta satu, banyak pulak yang  turut sama terhasil.



Yang ni Amjad punya. Buat peluk tidur. Amjad letak nama Mr. Blacky. Tapi sekarang dah minta Mr. Bluwie pulak.



Pink color tentulah untuk girl kan, tapi saya belum ada anak perempuan..hehe. Yang ni untuk Zara, hadiah untuk anak kawan.



Mulanya buat ni untuk Amjad, tapi dia taknak sebab ada bentuk love. Uih, dah pandai memilih. Jadi, Fateh jelah yang ambil. Nak tidur mesti dia tanya, ane? ane? Minta owl dia nak peluk tidur. 

Yang 3 atas ni BUKAN untuk dijual ye. No remake or reproduce sebab copyright pattern kawan.



            Yang ni pulak Bunny Taggies hadiah untuk Syuhada yang tempah set bedding for her baby.








Born: 28 Mac 2013
Name: Polka Dot Willy
Size: 20" x 10"
Intro price: RM30

Whale pillow or bolster ni boleh buat bantal peluk. Ni yang pertama, harga pengenalan RM30 sahaja sebab perlu buat improvise sikit pada patternya. But it still nice to cuddle ^^.



Born: 9 April 2013
Name: Owlie Pillow
SOLD

Yang ni nak cepat. Semalam buat petang siap, tuannya terus ambil. Jadi nak tambah apa-apa lagi dah tak boleh. Saiznya memang besar dan boleh buat bantal tidur, 20" lebar x +-15" tinggi.

Taggies, whale & owlie pillow boleh remake. Sesiapa nak boleh email tapi kena sabar menunggu ye. Bulan 6-7 baru saya boleh jahit. Jahit plushies ni bulan puasa ok je sebab tak pening dan susah sangat nak buat.  But limited for a few order only. Malam saya nak rehat dan terawih ^^. Jadi kalau berminat kena email cepat2 ye sebelum saya tutup tempahan.

Oklah, sampai jumpa lagi..^^

Monday, April 8, 2013

Sale at Michelle Pattern

Assalamulaikum semua..

Biasanya setiap hari Jumaat, Michelle ada $5 sale untuk 1 pattern. Tapi kali ni lebih istimewa sebab $5 sale untuk 29 patterns!! Wah, best ni.. :). Sale ni berlangsung selama 3 hari. Hari Isnin sale tamat. Sesiapa yang suka dengan patternnya atau baru nak berjinak untuk jahit clutch atau bag, boleh cuba dengan pattern dari Michelle. Patternnya memang popular dan langkah untuk menjahit pun senang nak ikut. Hasil dari patternnya memang cantik. Ipad sleeve atau Idea pouch yang saya jahit beberapa bulan lepas pun dari patternnya. Ni sebahagian dari contoh clutch dan beg dari Michelle Pattern. Sesiapa yang berminat boleh klik kat gambar di bawah ye.


Happy sewing everyone ! ^^


Friday, March 29, 2013

Needle Book

Hye there..

Hasil kerja bulan ni juga tapi baru update kat blog.  Gambar mesin jahit tu disulam mesin tapi dengan design cross stitch.






Bahagian belakang saya guna kain biru yang sama dengan bahagian tepi tu tapi saya lupa nak ambik gambarnya. Jahit mesin dan tangan untuk bahagian bias tape. 




Bahagian dalam ada felt sebagai tempat untuk pin jarum dan 6 slot poket untuk simpan gunting kecil dan benang. Needle book ni dah terbang ke Kelantan jumpa tuannya. Happy crafting kak ^^.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover