Lamanya tak posting, last bulan Mac hari tu. Selepas disahkan mengandung anak ketiga, saya mabuk teruk. Langsung tak masuk bilik jahit apalagi memasak dan mengemas. Melepek je atas katil. Jadi memang kerja-kerja menjahit mahupun sulaman ditinggalkan terus. Alhamdulillah, cukup minggu ke 12-14, mabuk dah kurang tapi badan masih lagi lemah. Kerja menjahit memang ke laut, cuma sulam sikit-sikit tu bolehlah.
Sekarang masuk bulan ke 6, dah mula ambil order menyulam dan menjahit. Tapi menjahit benda yang simple dan kecil-kecil bolehlah. Yang besar-besar belum ada kekuatan dan moodnya. Kalau menjahit tanpa mood susah juga, lain pulak jadinya.
Ni adalah beberapa hasil sulaman yang lepas,
Sulam tuala
Make up pouch yang disulam paisley
Tapak pouch dijahit lain sedikit dari biasa. Make up pouch ni lama dah dijahit. Rasanya awal tahun atau akhir tahun lepas. Banyak juga hasil jahitan yang tak dipost di blog. Sekarang banyak dipost dalam fb tanpa perlu nak menaip panjang2..hihi.
Yang ni pulak sulam t-shirt sempena hari lahir Airis yang ke-3. Baby bop barney tu saya digitize sendiri tapi banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam dgitize ni. Tak expert lagi.
Ini pulak sulam banner huruf. Yang ni untuk Yasmin Hania sempena kenduri akikah. Banner ni boleh guna kain felt atau cotton, yang ni kawan saya pilih sendiri corak kain dan warnanya sempena tema majlis tu. Sesiapa nak tempah banner untuk birthday party, pertunangan, majlis kahwin ke atau apa-apa majlis bolehlah hubungi saya. Banyak lagi pilihan lain selain bentuk alphabet. Pilihan bentuk tu saya akan masukkan dalam fb sweetlilcraft.
Tempahan sulaman lain juga dibuka sehinggalah akhir bulan Oktober sebab bulan November saya dah nak bersalin. Boleh terus whatsapp atau telegram saya ye..019-2020.706.
Daa..sampai jumpa lagi ^^.
No comments:
Post a Comment