Sunday, September 18, 2011

My New Baby

Hari Selasa lepas saya dimasukkan ke wad. Hah, dah bersalin ke? Taklah..sebenarnya, saya kena buat blood transfusion dalam 2 pain sebab hb saya rendah sangat. Ni kali kedualah, kali pertama masa pregnantkan Amjad. Terasa perit dan sakitnya masuk darah ni. Sepatutnya untuk 2 pain darah ambik masa lebih kurang 12 jam tapi untuk satu pain je telah ambik masa 8 jam. Mula2 cucuk tangan kiri, tapi sebab sakit sangat dan tangan dah bengkak, cucuk belah kanan then baru habis 1 pain. Bila masukkan darah yg kedua pun lambat jugak dan baru sampai suku, tangan dah sakit dan bengkak. 



Jadi Subuh hari Rabu tu, stop masukkan darah. Fuhh, lega rasanya. Tak tahan rasa sakitnya, sambil tidur, sambil gosok tangan. Hari ni pun masih lagi terasa sakit dan lebam pada kesan cucuk. Apa taknya ada 4 kesan cucukan jarum..huhu. Sebelum dimasukkan darah pun, doa banyak2 supaya dapat darah yang bersih dan dari orang muslim sejati. Takut jugakkan..apa2 pun tawakkal je pada Allah.


What a new baby? Jeng, jeng tengahari Rabu keluar dari hospital, petang tu orang hantar 'new baby' saya selepas pujuk suami untuk belikan satu... 


Kenalkan..





Brother NV90E atau Innov-is 90E..



Sekarang tengah promosi sampai 20hb Sept, dari harga RM2499 dapat harga RM1499. Mana nak dapat mesin sulam pada harga tu. Memang murah sangat. Saya beli dari LSN tapi saya suruh dia hantar sebab jauh dan tak ada luang masa nak pergi sana. Saya minta dia bawa benang sulam sekali, tapi warna yg ada tak banyak, jadi belilah sikit sementara nak pergi kedai. Satu benang RM4.00, murah ke?


Kak Mila, Kak Sha, Kak Zila..I'm joining your club :D. Terpengaruh betul. Mulanya ingat tak nak beli. Dok fikir,

Beli ke tak? beli ke tak? 

Karang tak guna sangat. Nak beli kena pujuk suami dulu ni sebab dia yang sponsor..hehe (Sayang abangg..). Jadi akhirnya beli gak, sebab ntah bila nak dapat diskaun tu. Insyaallah, banyak projek baru akan datang. Sesiapa nak letak nama kat beg, wallet ke atau apa saja saya boleh sulam je. Sebelum bersalin ni, ada lagi beberapa projek yang nak disiapkan. Nanti saya update ye. Jumpa lagi.. ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...