Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Thursday, August 6, 2009

Amjad...Amjad....


Dah lama tak cerita pasal Amjad. Banyak gambar yg diambil tp selalunya tak sempat nak post kt sini.
Kat atas ni gambar bln lepas. Sejak pandai jalan ni memang tak terkejar ibu ^^
Gambar 1 tu dia masuk dlm "kolong" playground.
Gambar pakai baju hijau tu tengah tengok bird.
Pakai baju putih tu, hihi..tu baru beli terus pakai. Baju murah je,tp comel. Tu tengah gigit teether.
Suka sangat mengigit, pantang dapat kertas atau kotak mesti nak gigit. Tu yang bagi teether.
Gambar last tu, nak panjat tangga nak main gelongsor..ish2,bukan main lagi.


Gambar ni, masa dia baru2 pandai berjalan.
Mula2 pegang kat tembok, lepas tu ada orang lalu tegur dia.
Terus je nak ikut..tengoklah gambar tu. Nampak tak orang kt depan tu? Cepat je dia ikut, panggil pun buat taktau..
Kenala ibu yang kejar..hihi.


Yang ni gambar semalam. Buka baju nak pergi mandi, tengok..pakai lampin je.
Tengah siap nak mabik baju dia, dia masuk bawah katil pulak.
Hahaha..tengokla tu.
Ingatkan tak pandai keluar. Tapi dapat juga dia keluar walau 2-3 kali dengar kepalanya kena katil (perlahan je).
Dpt je keluar terus bangun tersengih..hihi^^.
Mandi2, pukul 11.30 baru tidur.

Sekarang dah pandai kiss.
Kalau salam, tengok mood. Tu pun tak pandai salam cium tangan lagi.
Mulut, becok..suara, bukan main kuat lagi. Anak lelaki..
Moga membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh ye ^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover