Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Wednesday, January 13, 2010

Selalu busy?? Barang2 Kraf..

Selalu busy ke? Busy jugalah sejak suami MC ni. Pagi2 selesaikan rutin harian masak, mandikan Amjad. Siap masak, sarapan pagi, jemur kain semua..menjahitlah kejap tunggu nak masak tengahari. Selalunya masak tengahari dgn malam terus, senang takdelah penat sangat. Malam tu mungkin tambah sikit lauk je. Amjad dah penat main, nak menyusulah pulak. Biasanya saya susukan dia smabil check email dan tengok blog. Tapi jarang sangat dapat post entry kalau dia tak tidur.

Sekarang ni, kongsi komputer dengan suami..tak dptlah nak ngadap komputer lama2. Tapi ok gak tu, boleh siapkan tempahan. Ni pun tengah sibuk siapkan tempahan dan hadiah untuk giveaway dan contest. Tapi masih tak ada idea nak bagi hadiah apa untuk contest. Giveaway dah ada idea dan tgh jahit.

Hhmm..nak tnya peserta contestlah. Kalau menang nak hadiah apa dari koleksi hasil tangan Sweetlilcraft??^_^ Kalau boleh saya tunaikan..nanti tinggalkan komen. ^~

Beberapa hari lepas shopping barang kraf sikit. Ni beli benang kait ni untuk buat bunga je..hihi, baru belajar sikit2 dgn makcik. Bunga tu nanti saya guna untuk hias beg.


Nila, pantang pergi kedai..suka sgt beli zip.


Beberapa bunga yang dikait oleh makcik dan saya.
Ais krim tu Liza Anjungraf yg bagi. Hadiah teka teki. Terima kasih banyak2 kat Liza ^^.



Kain banyak2 tu sebenarnya fabric scrap pack yg saya beli dari Kelly, most Japanese cotton. Sayang nak guna..hihi^^.
Hantu buttons jugak, tu koleksi buttons saya..saya 'humban' semua dalam satu bekas. Ada saya beli dari buttonplanet, yoonie, kedai2 kraf dan Aimila bagi dan hadiah giveaway.

Hmm..tu je. Nanti ada masa saya update peserta giveaway pulak.
Nak pergi sambung menjahit dan tengok Cinta Balqis ^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover