Alhamdulillah, baru ada peluang ambil gambar hadiah utk para pemenang. Sila2 jamu mata dulu ye. Insyaallah, minggu depan saya poskan :)

Tote bag ni utk Ibuayra @ ros. Bahagian dalam beg saya guna beg canvas (recycled). Ada 3 bunga yoyos sebagai hiasan. Harap ros suka ^_^.

Bunga yoyos dari jarak dekat.

Seperti yg dijanjikan, ni hasil dari jeans yg dikitar semula. Zipper pouch untuk Nurul Aziyana.

Tempat ketiga kecik sikit dari tempat kedua, pouch jugak. Yang ni utk nurul+nordin.

Ok, dah habis utk giveaway, utk pemenang contest pulak. Untuk Zam belum siap sepenuhnya lagi. Nanti dah siap saya uploadkan.

Puffy pouch yg saya buat berdasarkan tutorial dari
Pink penguin. Toturialnya jelas dan senang diikuti. Cuma bila guna jeans, agak susah bila kena jahit tempat yg tebal. Ok, ni pun saya guna recycle jeans. Puffy pouch ni ialah hadiah utk peserta yg hantar label/banner paling banyak. Hadiah ni last minute tambah sbg penghargaan buat Kak Eya ^_^.

Muslimah fridge magnet ni pulak sebagai hadiah saguhati buat semua yg menyertai contest. Harap semua suka ^_^. Ada yg belum hantar alamat lagi, harap yang belum hantar dapat hantar dalam tempoh terdekat ni.

Yang ni pulak, bukan hadiah tau..^_^

Akhirnya dapat gak saya belajar kait bunga. Ini sebahagian yg menjadilah saya buat..hihi.

Boxy pouch ni dah lama saya buat. Cantum heavy cotton dgn kain belacu yg saya sulam utk
toturial dulu. Baru teringat nak publish. Rasa2nya nak bagi orang gak..sapa nak?? hihi
Ok..till then, jumpa lagi. Terima kasih ^_^