Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Monday, August 31, 2009

Baru balik


Salam semua..
Lamanya tak update kan??
Minggu lepas suami dpt MC lagi. Jadi ambik peluang tu utk balik kampung.
4 hari jugak kat kampung. Suami pun dah lama kerja tak pernah cuti panjang. Mungkin sakit yang Allah bagi tu adalah peluang untuk dia berehat sepenuhnya kat rumah.Saya pulak juga berehatlah kejap dari menjahit sbb tak bawak mesin jahit pun balik kg. Lagipun, memang takde peluang nak menjahit.

:sheep:
Yang bestnya kalau balik Kelantan, dapat makan kuih muih Kelantan yg memang susah nak dapat kat Shah Alam ni.
Saya tentu sekali rindukannya...
Ni kuih jala mas yg diperbuat dari telur itik. Yang pastinya manis dan sedap ^^. Ada pelbagai lagi kuih Kelantan yang best, kalau kempunan sangat, kenalah buat sendiri ^^


Minggu ni akan mula menjahit beg lagi dan tempahan2 yang lain.
Sampai jumpa lagi ye.
Nak pergi mengemas rumah

:sheep:

I'm Back..


Hari ni baru ada peluang mengadap komputer, tapi kejap je ni. Jap lagi nak kemas rumah, masak dan malam karang lepas terawih baru mula projek menjahit.
Seminggu ni memang busy dan tak ada kat rumah. Hari Selasa balik Kelantan, Jumaat baru balik rumah. Petangnya, buka puasa kat rumah papa. Sabtu rehat kat rumah, basuh baju, lipat kain yg bertimbun, petang keluar beli sedikit makanan utk berbuka.
Hari Ahad balik kg suami pulak, buka puasa kat sana dan hari ni barulah ada luang utk mengemas rumah lagi.



Nanti malam, lepas siap kemas bilik menjahit barulah mula menjahit balik. Seminggu lepas bilik tu jadi tempat kuarantin suami yg kena chicken pox.
Saya nak mintak maaf pada semua yg menempah beg dan sebagainya, terutama pada Hana..sepatutnya seminggu lepas dh mula jahit beg Hana tapi sbb balik kg takdptla nak teruskan projek.
Insyaallah, sebelum raya akan siap jugak beg Hana. Kain dah potong, tinggal nak jahit je.

Ohya, jangan lupa tunggu kain baru yang saya akan update beberapa hari lagi ye ^^.

Tuesday, August 25, 2009

Balik kampung

Saya balik kampung 4 hari.
Segala email / msg saya akan balas selepas saya balik dari kampung.
Harap maklum ^^

Wednesday, August 19, 2009

Jangan jeles ^^

Alhamdulillah, walau skrg ni di uji dgn suami yg tak sihat, ada juga perkara2 yg mengembirakan.
Semalam saya terima bungkusan barang2 yg saya beli secara online dan hari ni saya terima lagi bungkusan dari US.

Kat bawah ni barang2 yg saya terima semalam. Nota jahitan yang saya order dari Azima kt WMC, T-shirt Hilyah untuk makcik dan yg best gak dpt pencil case dari kak shais. Ni sebab saya menang kira label bigeyesshop kepunyaannya :pandacloud_26:. Tengok pencil case 'stroberi' tu..yummy2, hihi ^^
Yang ni paling bestt..:pandacloud_27:
Ni barang2 yang ada dlm bungkusan dari US. Hadiah yang saya menang giveaway dari spinningspool-shoppe .
Terima kasih banyak-banyak kak lin^^.
Kain2 tu nanti saya nak buat something dan buat giveaway pulak ye..tungguuu :pandacloud_19:
Ada sesiapa ada idea atau teringin kain tu dibuat apa tak??

Alhamdulillah, ni pulak rezeki Amjad. Kaklin poskan sekali hadiah untuk Amjad, sepasang baju. Hihi..boleh Amjad pakai hari raya nanti.


Dalam kesibukan menjaga Amjad dan abah yg tak sihat. Saya sempat juga siapkan 2 tempahan.
Satu album untuk anak kak raihan dan satu lagi diaper bag utk CPM Honey Nuhaliza.
Jenguk-jenguklah sweetlilcraftshop ye ^^



Damia Messenger Diaper Bag - Hello Kitty




Alhamdulillah, satu diaper bag untuk Damia puteri kepada CPM Honey Nurhaliza siap jugak :pandacloud_16: .
Harap sangat ia memuaskan hati CPM kita.
Mungkin ada sedikit kekurangan. Harap dpt diperbaiki lain kali.

Saiz beg = 12" x 14"
Panjang tali = 35"
3 poket di dalam
2 poket di luar

note : next time, kena letak interfacing yg lebih keras utk buat beg lebih tegap..

Tuesday, August 18, 2009

Waiting List

August
Handbag paes
Hanny-Messenger Diaper Bag - DONE :pandacloud_14:
Izalin - Zipper tote bag (Mickey Mouse - poket boleh muat botol susu) DONE
Hana - Zipper tote bag (fabric no. us8) & purse (fabric no.us2) I love this tote bag :07:


September
Bit - 2 Coin purse (fab no.us4 & us8)
Kak Ain - Pencil box (sulam nama NURAIN+bunga) (fabric no.5 )
Ainul - Pencil box (sulam nama AINUL+button+ribbon) (fabric...)
Yah - Pencil box pattern A (fab.no. us6) + love keychain "Syaza"
Amy Dyana - Tote bag (fabric no.us7)

October
Diana - Handbag (fab no.us1 - size 36 x 21 cm)
Hanny - Diaper bag
Hanis Husna - Fabric Handbag (fab no. us7)
Yanti - Diapers bag,Boxy pouch

November
Ayai - Pencil box (fab no.us2 + ribbon & sulam nama-new pattern)
Adila - Aksesori dalam kereta ^^

Disember

Maisarah - 20 keychains (deposit paid-RM40)
Lili - Diapers Messenger Bag (fab no.2-pooh)
Wan Nurul - Felt Fridge magnet & Tote bag (fab.us1)
Deqna - Pencil box and coin purse (fab no.18)

Januari
aja - purse (fab us1)pencil box (fab us4)
Mamafami - pencil box
Intan - zipper tote bag-3 poket bergetah, saiz: 14tinggi x 11lebar & purse (fab. us 3) deposit paid (RM50)
Mom's colleague - tote bag, pencil box & handphone pouch
Gg - diapers bag



Ini hanyalah senarai dan waktu dijangka siap. Sebarang perubahan akan diberitahu kelak. Terima kasih :pandacloud_01:

Last update: 03/12/2009

Monday, August 17, 2009

Alahai chicken poxxx...

Saya ambik sedikit kesempatan utk post n3.
Amjad tgh main, semua brg dia 'kemas' :003:..hihi.
Termasuk hari ni dah 4 hari suami demam, kena chicken pox..
Hihi..nak wat cam ner, dah besar baru nak kena :022: .Jadi kena kuarantin dlm bilik tamu. Langsung tak boleh pegang Amjad.
Saya lah kena jaga Amjad 24 jam. Masak pun sambil dukung..nak menjahit pun, kekadang duduk atas riba. Jadi memang takboleh nak menjahit. Kesian juga Amjad, nampak je abahnya dia berkejar nk pergi dekat. Abah pulak, lari masuk bilik.
Dua-dua kesian..Abah rindu anak, Amjad pun rindu abahnya. Ada sekali tu, dia ambik HP..angkat letak kat telinga terus cakap "abah, abah!!" Ayoo..
Saya memang penatlah sikit. Tidur agak lewat sebab nk siapkan beg tempahan. Nak mula menjahit pun nak kena tunggu si kecik tu tidur. Dia pulak kalau tak pukul 11-12, susah betul nak tidur. Layan jela..:019:. Rumah pun kelam kabut..

Cerita pasal abah Amjad pulak. Hari Khamis tu dah rasa penat semcm je, rasa mcm nak demam.
Jumaat kena pulak hujan panas, balik rumah muncullah biji2 berair. Sahla kena chicken pox.
Abah ni, demam ke tak ke selamba je di pergi beli suratkhabar dgn muka berbintik2 tu. Hihi..
Tapi hari ni dah penuh satu badan, takdela keluar rumah lagi. Doc ckp kalau demam tu maknanya biji2 merah tu nak keluar lagi. Hari ni dah tak demam jadi dah tak keluar lagi biji2 tu,tunggu kering jela.
Saya telefon makcik kt kampung tlg carikan daun semanbu/bambu. Daun ni saya alaskan tempat tidur dia (letak bawah cadar..jgn tidur terus atas daun) dan buat ubat sapu (blend dgn beras campur air). Memang berkesanlah daun ni. Suami tidur takde lagi rasa gatal2 merenyam.
Harap2 cepatlah sembuh, mintak jauh janganlah Amjad berjangkit. Lagipun belum suntik imunisani utk demam campak.
Lagipun, tinggal beberapa hari lagi nak sambut Ramadhan.
Abah tentu sekali nak pergi terawih. Sekarang ni jadi ulat buku, memang rehat betul. Oklah tu, lari kejap dari kesibukan kerja.

Pada semua..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Semoga kita semua dapat ambik kesempatan beribadah di bulan yang penuh berkah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover