Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Tuesday, February 16, 2010

Jatuhhhhh kat zoo.....!!

Apa yang jatuh?? Semalam pergi zoo bawa Amjad tengok binatang. Orang memanglah ramai, cuti umum kan. Harga tiket pun, dari RM15 jadi RM20. Seronok Amjad tgk binatang. Gambar kat sana nanti saya upload kemudian.

Cerita pasal jatuh ni, sebenarnya saya yang jatuh tergolek kat tempat parking, tersepak besi penghadang kereta. Bukan sikit punya jatuh, jatuh sekali lepas tu terpelanting sekali lagi hempas badan kat jalan tar. Saya jatuh mengiring sebelah kiri, lutut berdarah, tapak tangan, siku dan bahu pun luka. Tulang rusuk pun sakit. Hari ni rusuk masih lagi sakit, rasanya hari ni nak balik kampung jap..pergi urut. Memang sakit satu badanlah dibuatnya. Mulanya tak terasa sakit rusuk, bila saya batuk teruk, baru terasa sakit. Langsung tak hilang pulak sakitnya.

Oh..jatuh ni sebelum masuk zoo lagi. Mula2 mengigillah terkejut, tapi untuk Amjad..jalan gak tengok binatang. Boleh dikatakan, habis pusing satu zoo lah. Kitaorg tak naik tram pun, kalau naik tram tak dapatlah tengok bintang dengan jelas. Jadi jalan jelah. Balik rumah, semuanya melepek kepenatan.

Ingat2 balik macamanalah boleh jatuh??Rasanya saya dah angkat kaki tinggi elak besi tu, entah mcmana boleh tersadung kat selipar terus terpelanting jatuh. Suami terkejutlah, Amjad pulak nak nangis tengok ibunya jatuh. Pagi ni bangun, baru terasa sengal2 badan. Huhuhu..penghapus dosalah kot ^_^.


6 comments:

Wan Anis Sorfina said...

Kesiannya dekat ayu.. ayu ok tak ni? hati2 ya lain kali (pesanan utk diri sendrir juga!)

Sweetlilcraft said...

hihi..alhamdulillah,balik dr urut ni rasa ringan sikit badan. tq wan :)

wan,brg dh smpai ke?

wani said...

aslm..la kesiannya jatuh sampai mcm tu...aduuu siap g urut lagi...g check doktor tak? masakena tak rasa sakit sgt lagi,masa dh nak tido mlm tu yg bisa jeee...

ct_as said...

Akak gi zoo hari ni..semlm gi The Curve (shopping kat Daiso)..penat gak pusing zoo tu..camne la ayu yg sakit2 tu leh jln pusing zoo tu..

Sweetlilcraft said...

wani- tak g check pun.tula, dah pena baru terasa sakitnya.

ct as-kak,wah bestnya shopping :)ms jln tak rasa lg,takat pedih kt lutut je.dh blk tu la br rasa..

Ummi-Izah said...

sian ayu tapi demi anak tercinta kugagahi jua...inilah pengorbanan ibu..

jaga diri yer..anyway ummi dah dpt kain tu thanks a lots

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover