Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Tuesday, June 15, 2010

Kampungku

Semalam baru balik dari kampung. Alhamdulillah, takdelah penat macam hari tu. Tapi gambar kwn2 kahwin semua tak dapat nak ambik sebab tertinggal kamera. Pastu bateri hp pulak kong, takde rezekilah ambik gambar kwn2.

Gambar2 kat bawah ni sy ambik masa balik minggu lepas. Hari tu janji nak ambik gambar mesin jahit klasik nenek saya kan? Hehe..nilah dia, ni kayuh punya. Laci dah tinggal satu, papan sebelah kirinya dah patah. Agaknya dah berpuluh thn dah usianya. Mesin ni kekadang elok, kekadang tak elok, biasalah kalau dah tua. Arwah mama punya pun mesin jahit mcm ni tapi lebih barulah. Agaknya boleh convert guna eletrik tak? Sayang mesin jahit mama tu. Tapi, saya nak guna pun saya dah ada 2 mesin jahit yg sama fungsi.  Hmm..apa nak buat ye?

classic sewing machine



Ni my little one ^^. Bulan depan genap 2 tahun. Sepatutnya juga dah boleh berhenti breastfeed. Sekarang pun dah kurang BF kecuali masa nak tidur. Tapi, yang risaunya susu botol dia tak nak. Makan nasi pun kurang, yg dia suka makan mee dan sup. Aktif tetap aktif, badan pun dah susut.

Mulut dah bukan main bising bila dia tanya kita lambat jawab. Nak list apa yg dia dah pandai, byk sgt. Lain kalilah ^_^. Nila sebab dah jarang update pasal si kecik ni. Rasanya saya perlu jot down dalam diari kecik psl Amjad. Nanti dah besar, dia boleh tgk. Kita pun boleh buat rujukan ^_^. Kat blog bukan selalu boleh update pun.

Moga anak ibu dan abah dilanjutkan usia dlm ketaatan kpdNya, membesar dgn sihat, jadi anak yg soleh. "Dikurniakan Allah rezeki yg melimpah ruah, zuriat yg ramai dan diberkati Allah." (ni doa Nabi Muhammad kepada seorang bayi - lupa namanya.)

2 comments:

rimbun said...

Kat kampung saya pon ada mesin jahit camni... kitorg baiki n letak motor... masih bole pakai sampai sekarang, mak plak lebih suka pakai mesin lama ni dr mesin baru hihihi.. rasanya umur mesin tuh dlm 60years++ sbb lebih tua dr mak.

sweetlilcraft said...

aa..tulah. sayangkan kalau terbuang mcm tu. Tgklah, smpai masa saya masukkan motor kat kedua 2 mesin jahit. leh buat kelas jahit pulak..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover