Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Tuesday, July 28, 2009

Posto-posto

Tengahari tadi dapat call dari abg posmen (call dr lobby apartment)..
katanya ada parcel utk saya tapi tak muat nak masukkan peti surat. OK, saya turun. Cepat je jawab. Terus sarung jubah ngan tudung, angkut Amjad sekali.(sarung jubah senang, takyah nak tukar t-shirt lengan pjg)..hihi. Tak sabar dah nak ambik parcel.

Ni parcel dari US....




Apa ada kat kotak ni?? :024:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaa..



Kain baru..hihi, banyak suka. :023:
Diikat kemas dengan getah, supaya muat dalam kotak tu.
Postage fees dlm USD12.95, lebih kurang RM40 la.


Cantik2 kain ni. Saya beli dari Kaklin kt Spinningspool Shoppe. Senang berurusan dengan kaklin, sesapa berminat boleh singgah kat kedai dia. Sekarang ni dia tengah buat giveaway besar-besaran..hihi. Nak tahu apa?? Jemput singgah kat sana ye ^^.
Jangan terlambat, giveaway tutup pada 31 Julai ni.
Kaklin pos parcel ni pada 21 Julai, 28 Julai dah dapat..cepat jugakla.:019:

Setelah dibuka ikatan nya..



Riben cupcake tu souvenir dari kaklin. Suka sangat..terima kasih banyak2 kaklin.

2 kain ni paling saya suka. Designer fabric dari Heidi Grace. Kain ni saya beli 1/2 yard je.


Jadi sesapa nak tempah tote bag, pouch atau purse untuk raya ni cepat2.
Jangan lupa singgah sweetlilcraftshop, saya boleh terima dua je lagi tempahan sebelum raya ^^.
Ok, jumpa kat sweetlilcraft pulak ye ^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover