Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Wednesday, July 8, 2009

Anak ibu dah pandai jalan

Alhamdulillah.Amjad dah makin membesar..
Semalam 7 Julai,Amjad dah dapat berjalan tanpa dipimpin.
Hari ni dah makin laju. Tersenyum je dapat jalan. Tapi belum sempat lagi nak ambik gambar dia jalan.
Pagi tadi, bangun dari tidur je terus dia berdiri. Wah2, anak ibu..nak tunjuk skil dapat jalan la tu..:018:
Giginya pun dah naik 4 batang, tp belum sepenuhnya lagi.
Sebenarnya, nak cuba bagi susu formula.
Macam2 susu abahnya beli, dari murah sampai la yang mahal mahal sampai yg murah..hihi.
Dia taknak pun..hmm, susah sikitla nak dapat adik..hihi.

Hujung minggu, abah Amjad bawa mandi kolam. Fuhh..bukan main dia. Memang suka sangattt sampai taknak naik.
Minggu lepas, abah Amjad belikan swimming suit. Comelnya je dia pakai. Hihi,ingatkan tak muat..sekali pakai, memang dah muat pun. Abahnya beli supaya mandi nanti takdela sejuk sgt. Tapi dia bukan kira, dah mengigil sejuk pun taknak naik lagi.
Hemm..abahnya angkat, bilas, siapkan dia..lemur dgn minyak Telon tu byk2.:027: Gambar atas tu belum beli swimming suit lagi. Pakai seluar pendek je.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover