Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Wednesday, November 5, 2008

My life with Amjad..

Dah banyak hari tak post entry. Biasala bila ada anak kecik. Masa dia tidur bolehla surf kejap tp kekadang sibuk pulak hal rumahtangga. Iyelah..dah jadi suri rumahtangga sepenuhnya. Pagi2..breakfast,basuh kain, jemur kain. Amjad bangun, mandikan dia..lepas tu susukan dia. Masa nyusukan dia, ibunya pun terlelapla kejap. Waktu tengahari, kalau Amjad tido..terus masak untuk malamm sekali. Karang petang, dia dah bangun tak boleh nak ke dapur.

Itulah rutin harian..kehidupan yg seronok dgn kehadiran Amjad. Tak miss untuk tengok perkembangan dia membesar,kekadang..masa bermain tu, ada gak tunjukkan gambar2 dalam buku yg dibelikan untuk dia. Tiap kali tgk gambar,pasti menjawab..beri reaksi pd gambar.

Hujung minggu pasti keluar, selalunya balik kampungla..alhamdulillah, dia dah tak kerenah masa dalam kereta. Kalau dulu, nak tidur nak buaian gak..macamana nak buai dlm kete??? Tapi skrg, dia mudah terlena atas riba je. Kalau tak tidur, mata melilau je tgk kereta, lampu dan benda2 yg bergerak. Paling suka..dia suka tersenyum. Pagi2 lagi bila bangun pagi, dah senyum lebar tunjuk lesung pipitnya pada ibu dan abah. Pantang tengok, dan senyum padanya, pasti dia tersenyum lebar.

Alhamdulillah..dia tak banyak kerenah. Inilah anugerah dan amanah Allah yg tak ternilai.


post signature

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover