Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Thursday, May 27, 2010

A few crafts

Baru hari ni ada kesempatan nak upload semua gambar hasil jahitan saya utk beberapa minggu dan bulan yg lepas. Lama tak cerita pasal kraf kan? ^_^.

Ni aksesori kereta yang ditempah oleh kawan saya. Saya jahit sebelum berangkat ke Mekah hari tu. Sepasang bone-pillow, seat belt pad & tissue cozy.





Saya letak bunga crochet. Akhirnya menjadi jugak bunga saya..hihi.




Ni pulak wallet Paes, ni kawan lama saya..dah byk dia order ngan sy. Sayang ko paes ^_^



Tote bag dan sling clutch ni ditempah oleh Christine dari Sarawak.


Ingat lagi tak pencil box mushroom /kinoko saya hari tu. Saya tambah nama Hanan dan jadi present buat my cousin, Hanan ^_^. Baru2 ni dpt tempahan dari kawan dia pulak..alhamdulillah ^_^

Bunga crochet ni handmade juga tau. Haha..baru pandai crochet, perasan pulak. Asalnya sy cuba buat crochet lace kemudian saya gulung jadi bunga, pastu saya tampal kat wallet ni.




Inilah walletnya ^_^


Ni bahagian dalam. Ada sesiapa berminat dengan wallet ni? Boleh dptkan kat LILSTORE ye ^_^



Scrunchies ni pulak utk Umie Bibi, nanti sy emel Umie ye (belum bgtau dia lagi ni). Semuanya dari kain cotton US.

Itu jelah dulu buat hari ni. Satu backpack dah siap tapi nantilah saya upload gambarnya. Hari ni balik kampung kejap. Hmm..bawak sikit kain2 utk dipotonglah.

Percutian: Pulau Perhentian

Minggu lepas saya sekeluarga ke Pulau Perhentian, ikut rombongan pejabat suami. Ni pun tak plan nak pergi tp fikir tak pernah bercuti di sana dan harga pun lagi murah jika dibandingkan pergi sendiri. Jadi, seminggu sebelum tarikh pergi tu kami ambik keputusan ikut serta.

Kami naik bas sekeluarga, bertolak pukul 11 malam dan sampai lebih kurang pukul 9 pagi di Kuala Besut. Amjad tidur je sepanjang perjalanan, memang tak jadi masalah lah bawak dia jalan ^_^.



Ni gambar yang sempat sy ambik masa dalam bas. Nasib baik cermin bas bersih, jadi jelas je gambarnya..hihi.


Banyaknya ikan, ni kat bawah jeti. Saya ambik masa nak balik. Ada aktiviti snorkeling utk semua, tapi saya tak ikut..bawa Amjad main kat pantai je. Petang sebelum balik tu saya cuba jugak snorkling kat tepi pantai tu, tapi nampak je timun laut atau gamat tu..saya dah geli gelemang. Terus naik takut terpijak..geli-geli.





N resort yg kami duduk, Senja Bay Resort. Bilik kami kat atas, memanjat tanggalah jawabnya tapi ok gak sbb malam takdelah bising dengar org berkaraoke.



Cantikkan?



Pemandangan petang, matahari tenggelam.



Malam akhir ada BBQ. Hmm..best gaklah. Amjad mcm biasa ratah ikan, nasi tak nak ^_^.




Akhir sekali, SWEETLILCRAFT kat Pulau Perhentian..hihi ^_^

Tuesday, May 25, 2010

Craft Supply



Ada beberapa barang terbaru di Lilstore antaranya zipper head / charm dan hp strap dengan harga yang murah. Dapatkan di LILSTORE ^_^ sebelum kehabisan stok.

Monday, May 24, 2010

Lilstore

Lilstore telah rasmi dibuka sejak beberapa bulan yg lepas. Urusniaga boleh dilakukan mengunakan Paypal, Maybank atau CIMB. Anda perlu daftarkan diri untuk memudahkan proses penghantaran dan utk menyimpan rekod pembelian yg memudahkan pihak kami menyediakan diskaun kupon kepada mereka yang layak. Tanda asterik (*) merupakan ruang yg wajib diisi, termasuklah tarikh lahir anda. Ini hanyalah proses menhalang penipuan dari pihak zencart (sponsor catalog lilstore) daripada penipuan kad kredit dah sebagainya. Untuk keterangan lanjut anda boleh membaca Conditions of use & Privacy notice.


Sebarang kesulitan, anda boleh hunbungi saya di mail@sweetlilcraftcollections.com atau sweetlilcraftshop@gmail.com

Monday, May 17, 2010

New Handmade Items For Sale


Saya join bazar 2 minggu lepas. Semua barang saya buat yg simple2 je sebab masa cuma 2 hari :)


Kat atas tulah barang yg sy jual..secoik je :) Yg lain Sekocinorlie punya. Hmm, nak tahu cerita lanjut pasal bazar hari tu boleh tgk kat sini. Saya tak sempatlah nak buat entry pasal bazar tu.


Pasal barang2 ni pulak, selebihnya saya jual kat LILSTORE. Boleh tengok, kalau ada mana2 yg berkenan. Ada beberapa lagi craft supply, belum sempat update. Insyaallah, ada luang saya update lagi ^_^.

Friday, May 14, 2010

Fabric for Sale

Semalam saya mengemas bilik jahit, terutama laci2 kain. Ada 2 laci je..hihi, bkn byk pun tapi kedua2nya dah penuh. Jadi, saya asingkan kain2 yg dah taknak pakai. Kain2 ni sy beli masa mula menjahit dulu. Dah  setahun dah pun Sweetlilcraft ni dibuka. Saya pun tak ingat tarikhnya, bila saya buka balik blog lama, rupanya 7 april, tarikh yg sama juga sy pergi umrah. Insyaallah, boleh dah ingat tarikh tu ^_^.


Hmm..cite pasal kain tadi, kain2 kat bawah ni sy nak let go pd sesiapa yg berminat. Ada cotton, ada yg bkn.



Yg bukan cotton yg warna light purple kt atas dan warna hijau kt bwh. Ada yg 1 meter, ada yg kurang dan ada yg dah digunting.


Ni pun bukan cotton, tp saya taktahu apa namanya. Dulu, masa buat beg taktahu nak beli kain apa. Main beli je, pastu tak guna pun. Yg atas ni semua sekali dalam 3meter setgh.




Ni pulak kain scrap dari heavy cotton & light cotton. Ada besar, ada kecik. Nak buang sayang, nak guna tak sempat nak guna. Mungkin ada yg kreatif dan tahu nak buat apa dgn scrap ni ^_^.




Jadi sy jual semua sekali kat atas ni dgn fabric basket tu sekali dgn harga RM18.00 termasuk pos (pos bungkusan biasa).


Ada yang berminat boleh emel saya:


sweetlilcraftshop[at]gmail[dot]com


Ok, jgn segan2 :)


SOLD OUT


Terima kasih Azura ^_^

Thursday, May 13, 2010

Kainnnnnnnssssss!!


Banyak kain baru sampai semalam, separuh lagi minggu lepas. Semua kat atas ni cotton US dan Jepun. Tak larat nak ambik gambar dan upload satu2.  Semuanya dalam 30-40 helai kot. Lebih penat bila ambik gambar gelap je. Kamera tertinggal kat kampung.. :( . Tapi ada yg 1 yard, 1/2 yard dan fat quarter. FQ tu yg byk. Rasanya cotton Jepun tu boleh sy jual sikit kalau ada rakan kraf yg berminat.


Cotton US mcm biasa saya beli dari klin. Cotton Jepun ni kirim dari kawan Norlie.


Saya dah upload gambar kain2 tu, tapi tak semua. Insyaallah, sikit2 sy upload ye. Boleh tengok kain tu kat sini. Jadi sesiapa yang masih memilih kain untuk tempahan tu boleh jenguk kat sini ye. (sy buat blog baru, susah sgt guna wordpress ni..huhu)


Kain-kain lain masih lagi ada kat sini dan sini. Nanti ada masa saya nak susun semua kain yg available kat blog kain tu. Jadi senang sikit nak pilih kain. Pening bila ada banyak tempat ni kan?? Sorry for inconvenient. Ni yang buat blog baru tu, untuk memudahkan rakan2 buat pilihan ^_^.


Oklah, silalah jamu mata ^_^.

Tuesday, May 11, 2010

Polisi Baru

Salam semua,

Tajuk  cam serius je..serius gaklah. Saya nak beritahu pada semua, setiap tempahan saya memerlukan deposit sebanyak 50%. Sesiapa yang dah bayar deposit baru saya mula jahit tempahan mereka. Jadi, tempahan siap bergantung kepada siapa yang byr deposit dulu bukan yang order dulu. Sesiapa yang tidak membayar deposit selepas saya emel atau maklumkan padanya,  saya anggap dia tak berminat untuk buat tempahan. Saya minta maaf sebab terpaksa berbuat demikian kerana ada beberapa kes yang tak bayar selepas produk siap. Harap semua rakan2 memahami situasi saya. Harap maklum ^_^.

Thursday, May 6, 2010

Wallet & Pencil Box for Sale

Salam semua, dah lama tak cerita pasal kraf kan? Hmm..sibuk tgh siapkan tempahan. Kelam kabut rasanya, seminggu lepas balik umrah, saya demam dan selsema. Langsung tak larat nak menjahit. Mood nak menjahit hilang terus. Sekarang masih selsema, tapi dah mula menjahit dengan semangat baru..hihi.

Masih ingat dgn pencil box dan wallet kat bawah ni ? Orang yg menempah ada masalah kot jadi tak dapat nak jelaskan bayaran, jadi saya nak let go kepada sesiapa yang berminat.



SOLD

Jadi sesiapa yang berminat, boleh dapatkan kat LilStore saya ye.

Kat sana juga masih ada grosgrain ribbon, jadi jenguk-jenguklah kat LilStore. Insya'allah, akan tambah produk lagi.

Jumpa lagi, have a nice day (*v*)!!

Wednesday, May 5, 2010

Umrah & Ziarah: Madinah & Mekah

Alhamdulillah, pada pagi 12hb April kami selamat sampai di Madinah.  Masa tu azan subuh tengah berkumandang. Rasa sebak dan tak tahu nak bayangkan perasaan masa tu.  Nampak je Masjid Nabawi, hati bertambah sebak dan bersyukur sangat kepada Allah s.w.t.  Pagi tu saya tengok orang ramai berpusu-pusu menuju masjid.


Berada di bumi yang tidak akan dimasuki dajal ni terasa begitu tenang dan selamat. Tambah lagi kalau berada di Mekah. Walau di negeri orang, tapi tak terasa terasing.  Susah nak gambarkan perasaannya, kalau orang yg dah sampai dan akan sampai, insyaallah..mungkin akan faham perasaan itu.


Kami berada di Madinah hanya 3 hari, memang tak cukup rasanya di sana.  Nak masuk masjid Nabawi memang ketat, ada orang yang jaga dan periksa beg. Perempuan memang tak boleh bawa kamera atau hp berkamera.  Lelaki boleh bawa, tapi suami tak suka ambik gambar.. tu yang gambar kat madinah tak banyak sangat. Kat Turki tu saya yang banyak ambik gambar.




Masjid Nabawi




Dalam Masjid Nabawi, ni tempat lelaki..jadi suami lah ambik gambar ni.




Satu hari sebelum ke Mekah, saya jelajah dan pusing Masjid Nabawi dengan makcik saya. Nampak tak kubah hijau tu, itu kubah asal Masjid Nabawi dan bawah kubah tu lah makam Rasulullah S.A.W.


Sekarang perempuan tak boleh masuk rapat ke makam nabi, masa raudhah dibuka untuk perempuan pun..ia dibuka sekitar permaidani kelabu (kawasan raudhah-tempat mustajab doa, rumah rasulullah). Ada sebab tak dibuka untuk perempuan kerana ada yang menangis melampaui batas. Jadi perempuan boleh nampak sikit bahagian atas. Syukur alhamdulillah, saya dapat solat kat Raudah dibahagian depan sekali tanpa gangguan. Terasa lama dah berdoa, saya bagi peluanglah pada orang yg menunggu dapatkan ruang utk solat. Insyaallah, moga Allah bagi lagi peluang untuk saya ke sana.


Meninggalkan Madinah terutamanya Masjid Nabawi, memang sedih sangat.  Ia seperti kita pergi meninggalkan Rasulullah.  Subhanallah..masa bercerita ni, terasa sebak dan rindu sangat pada Rasulullah S.A.W.



Akhirnya, sampai juga di Mekah. Kami naik bas dari Madinah, hampir 4 jam juga. Bayangkanlah zaman Rasulullah dulu berhijrah ke Madinah. Begitu besar pengorbanan Rasulullah S.A.W. Di Mekah, cuaca dah mula panas, waktu tengahari dah mencapai 40c. Melangkah ke Masjidil Haram waktu zohor memang mata susah nak buka sbb silau dgn marmar putih.  Kalau sujud diperkarangan Masjidil Haram, terasa jugak panasnya marmar tu. Tapi masa sujud di depan kaabah, kat multazam..tak panas, apalagi kat Hijir Ismail walaupun tgh panas terik. Itulah rumah Allah, segala puji bagiNya.




Di atas bukit nilah terletaknya Gua Hira' tempat pertama Nabi dapat wahyu. Kami tak naik pun, malah gambar pun di ambil dari atas bas. Sebabnya  nak kejar waktu Zohor.




Ni kat ladang unta. Mulanya takut nak minum susu unta, tapi bila dah cuba..hihi, sedap gak. Lagi sedap dari susu lembu. Banyak khasiatnya ni, Amjad pun suka.




Ni Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Batu putih kat puncak tu merupakan titik pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Di sini digalakkan berdoa untuk sesiapa yang nak bertemu jodoh. Yang dah kahwin pun, boleh berdoa untuk kebahagiaan rumah tangga dan dikurniakan anak2 yg sakinah.




Alhamdulillah, inilah Baitullah. Moga diberi rezeki oleh Allah untuk kembali lagi ke sana. Syukur juga, saya dapat sampaikan doa sahabat2 yang mengirimkan doa. Moga kita sama2 dapat ke sana lagi. Insyaallah, sesiapa yang berniat nak pergi, Allah akan murahkan rezeki kita..aminn.

Monday, May 3, 2010

Umrah & Ziarah: Istanbul 2


Takde kata nak diucap..hihi. Tengok gambar jelah.




Melayari Selat Bosporus, mengigil sejuk...




Jambatan yang menghubungkan Turki bahagian Eropah dan Asia.




Burung camar



Beg-beg yang dijual di Grand Bazar..cantikk. Tapi tak beli pun, jamu mata je :)



Last, amjad dicium oleh turkish boy kat Bursa,  bahagian Asia Turki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover