Thursday, October 8, 2009

Frustnya..


Bila berniaga ni, macam-macam kerenah pelanggan. Berniaga online ni kita bergantung pada kejujuran seseorang dalam urusniaga.
Kekadang kita dapat pelanggan yang jujur dan amanah kekadang tidak.

Saya agak kecewa apabila ada yang menempah sesuatu produk tapi bila dah siap orang tu senyap je. Kalau taknak pada produk yang dibuat, apa salahnya beritahu dan respon pada email atau sms. Beritahu saya apa yang anda tidak puas hati pada sesuatu produk, jadi saya boleh ubah atau baiki kekurang itu. Sekurang-kurangnya, hargailah masa yang saya habiskan untuk hasilkan produk tersebut. Saya pula jarang ambil bayaran deposit pada sesuatu produk yang ditempah, kalau hal ini berlarutan terpaksalah saya mengambil deposit untuk tempahan seterusnya.

Ada juga bila saya tanya feedback pelanggan yang telah mendapat produk yang ditempah, senyap je tanpa respon. Langsung tidak dibalas email, sms atau ym. Teruk sangat apa yang saya buat?? Kalau dulu hubungan baik je, sekarang dah terputus hubungan tanpa saya ketahui sebab musabab. Betul2 frust.....
Mungkin tak suka..tapi tu lah, saya tak harapkan pujian tapi apa salahnya respon walaupun ia adalah kritikan.Jadi saya boleh perbaiki mutu kerja saya. Perlu juga diingatkan, saya bukannya profesional. Hanya amatur dlm bidang jahitan mahupun kraftangan, cuma ingin berkongsi hasil tangan dengan rakan-rakan di luar sana. Saya juga tidak mangambil untung yang banyak.

Terima kasih banyak2 pada rakan2 lain yang menempah dan memberi respon yang positif ^^
Harap dapat berurusniaga lagi dan anda gembira dengan produk yang dihasilkan.


6 comments:

nEa FleriDa said...

akk.. sbr ye..

emie said...

akak, tempahan yg sy wat sy msih menunggu k.
huhu..

ape2 juz email me k.
wat chantek2 tau.

Anasfadilah said...

memang kena ambil deposit juga tau,tak pun full payment

saya pernah ambil tempahan takde deposit atau full payment dulu

dah siap,tak nak ambil pula

saya keje siang,malam menjahit lagi,ada anak kecil and suami nak jaga

tapi tulah,jadi peniaga ni kena sabar dan juga bijak di masa yg sama,jgn orang ambil kesempatan atas kebaikan kita :)

semoga bisnes awak maju!

Yati said...

Ayu, macam tu la adat berniaga di internet ni.
Kena banyak bersabar.
Yati juga tak wajibkan customer untuk bayar deposit atas tempahan cross stitch yang Yati terima. So far, Alhamdulillah, takde lagi yang tak tuntut barang yang di order.
Kalau tak tuntut pun, boleh jual kat blog atau online store kita, atau pun kalau rasa nak buat giveaway pun boleh. Jadi, tak ada ruginya.
Masa tu jangan anggap sebagai terbuang. Lagi pun kita buat benda yang kita suka kan.
Semoga bisnes Ayu terus maju.
May the force be with you.

Ayu said...

TERIMA KASIH buat rakan2 yang bg komen dan pandangan. Biasanya kalau felt craft tu ayu bg kt customer..jd surprise gift la pulak pd diorg^^.

Tula bila nk wat giveaway lagi ni..hihi.Tak sempat lagila.
Thanks ye..:)

Gaban said...

Salam,

Setuju sgt2 dgn aduan cik Ayu ni..sebab sy pun dah terkena..mula2 bisnes tu excited sgt nak berjual beli tp bila dah terkena, trus senyap sy bukan pembeli yg senyap..ya sy yg senyapkn diri..kecewa sgt la tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...