Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Monday, October 26, 2009

Buku Amjad

Baru-baru ni saya menang giveaway dari I sew!I do tuan punya Moleygarden.com . Saya menang boucer 15% potongan untuk beli satu barang kat Moleygarden. Jadi saya beli buku ni untuk Amjad. Dengan pembelian buku ni saya dapat 2 CD dan satu buku mewarna. Dah besar sikit lagi, bolehlah Amjad mewarna. Sekarang, setiap kali tengok atau ambil buku ni dia pasti sebut ba ba ba atau da da da. Selalunya lepas saya solat Magrib, pandai je dia ambik buku dan buka nak baca..hihi.

Cd pulak saya pasang kat kereta satu, satu lagi pasang kat komputer rumah. Memang sukalah bila dengar nasyid sebut huruf Al-quran tu. Masa beli buku ni saya tgh tight budget, kalau tak saya beli satu set terus..untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, lagi save. Nanti nak beli lagilah 2 set tu. Kawan2 yang nak beli boleh klik kat sini atau pada banner gambar buku kat sidebar. Belian dari AdikBijak.com lebih murah dari harga pasaran ^^.

Alhamdulillah, Amjad baru 16 bulan tapi dah pandai sebut beberapa huruf yang diajar. Moga Amjad jadi anak yang soleh dan bijak ye ^^.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover