Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Monday, December 15, 2008

I'm home..flight+accident

Alhamdulillah..selamat gak sampai rumah. Balik kg kali ni byk pulak dugaannya. Balik ke kelantan kali ni naik flight, first time bawa Amjad naik flight ni. Flight berlepas pukul 9.30mlm, sebelum tu solat Isyak dan susukan Amjad dlm pukul 8 lebih. Dalam dok menunggu nak naik flight, Amjad dah mula meragam. Nak g susukan lagi..kang diorng panggil masuk lak. Pujuk2..pastu ok. Tapi, bila je flight nak berlepas..Amjad nangis sekuatnya..merah mukanyaohnoes..Pujuk2 tak juga diam..nasib baik suami pandai pujuk..tunjukkan lampu,barula diam. Dah diam barula dia nak nyusu balik. Then, terus tido. Hmm, yg best nak flight ni. Belum apa2..dah sampai pun, 55 mint je..takde la penat. Amjad terus je tido sampai esok pagi...Angel.
Semalam balik Shah Alam dalam pukul 12.00tghari. Kereta banyak gak..ingatkan takde la byk kereta. Rupanya ada gak yg cuti lepas raya cam saya..StickingOutTongue , hujan pulak..jadi bawak kete slow je. Hmm..pergi ngan flight, balik naik kete..(bawa kete ma sebenarnya). Saya dok depan ribakan Amjad..sambil susukan Amjad, saya pun terlelap sama.Perjalanan kdg2 tergendala bila ada pemandu yg bw lori, biasala merayap cam siput je. Keadaan hujan dan kereta yg banyak memang menakutkan sebenarnya. Bila kita yg hati2 tp org lain pulak tidak berhati2 dan bawa kereta macam dia sorang je kat jalanraya memang menyusahkan orang lain je. Hmm..tula yg terjadi bila org dah sondol belakang kereta sy semlm. Amjad menangis dgn kuat..terkejut gak saya kot apa2 jd kt dia, alhamdulillah takde apa2..dia terkejut jeGasp. Kereta saya depan sekali..suami saya bila tiba je kena break,dia mmg akan ketepi sedikit, jadi takdela terkena kereta depan. Jadi petang smlm..3 buah kereta tersadai tepi jln. Kereta Wira yg belakang sekali tu tak brek pun agaknya, teruk dia langgar belakang Vios, vios tu lak langgar kereta saya. Kereta Wira mmg tak dpt gerak pun..hancur teruk depannya. Tak pasal2, kena g balai kt Bentong tu buat laporan. Perjalanan balik sepatutnya dlm 7 jam jd 10 jam, sampai rumah je..suami saya tersadai penat. Namun syukurla..semuanya selamat. Gambar nanti saya upload kemudian ye..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover