Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Thursday, March 1, 2012

New Fabrics and Fabric Swap Update

Semalam lepas hantar Amjad ke sekolah, saya singgah Jakel kejap..sekejap pun ada dalam sejam lebih kot, hehe. Biasanya pergi dgn suami, jadi memang tak dapat nak tengok kain lama2. Kali ni saya dukung Fateh, masuk world of cotton, jamu mata. Ops..sambar gak 3 corak kain, semeter tiap satu. Roses dan corak geometri tu RM9 semeter, yg merah paisley tu RM20. Corak geometri, stripe dan polka dot ada mcm2 warna, harga pun RM9. Ikut hati nak je, tp  tahan2 :).  Harga tu harga diskaun, tapi biasanya walau ada sales, staffnya bagi diskaun lagi. Tapi semalam pergi, staff bangladeshnya dan mengikut je kat belakang pastu tak nak bagi diskaun, hemm..takde rezeki.

Naik tingkat 2 beli lycra denim, kan saya ckp mesti diorang bg kurang lagi. Dari harga RM48, diskaun jadi RM32. Dapat kurang lagi jadi RM30. Kalau beli bnyk dptlah kurang lagi tapi saya beli semeter je. Saje je si B tu taknak bagi diskaun. Maleh plk nk tawar menawar lagi, Fateh pun dah terlentok tidur meneman ibunya beli kain..hehe.

Teringat pulak beli kain lycra masa sale hujung thn hari tu, dari harga RM40 boleh jadi RM10. Bayangkanlah, berapa banyak dia mark up harga. Asal harga berapa ringgit jelah kan. Fuh, mana tak kaya..hehe.


Dah lama nak update pasal fabric swap saya buat thn lepas, skrg baru jumpa balik gambar2 fabric swap tu. Tak ramai pun yang join, tp tetap best sbb kita boleh tukar2 kain dgn rakan kraf yang  lain. Kat bawah ni kain2 dan hadiah yang saya bagi pu3@Tasha. Kain cotton jepun dan us, organizer basket dan 2 in 1 purse. Ingatkan nak buat mcm2 nk bg Tasha tp masa tu tgh sarat, dah tak larat nak menjahit. 


Ini pulak kain dan hadiah saya terima dari Nurul@Sew Love. Suka sesangat, terutama kain owl tu. Fateh pun dapat bib dari acik nurul. Wrislet purse tu pulak saya buat isi bedak, mula tu nak isi dompet tp dompetnya pjglah pulak. Ada dua orang lagi yang join Kak mila dan kak rosh. Jemput singgah ye, diorang semua ni memang kreatif.



Terima  kasih semua :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover