Monday, March 26, 2012

Giveaway dari Ayesha Ramlee

Assalamualaikum..

Hi semua..

Di waktu kawan-kawan baca entry ni, insyaallah saya tiada lagi di bumi Malaysia. Jika diizinkan Allah, saya akan berada di Mekah Al-Mukarammah dan Madinah Al-Munawwarah selama 2 minggu. Entry ni ditaip ketika saya masih di Malaysia, cuma saya buat late posting ;)

Buat pertama kali, saya sponsor hadiah giveaway untuk rakan blogger. Di bawah ialah hadiah yang saya sponsor untuk giveaway Ayesha.


Ada dua hadiah yang saya sediakan, Box Bottom Clutch design dan pattern dari Keyka Lou. Hadiah kedua  ialah Business Card Holder.

Kat bawah gambar bahagian dalam clutch, memang besar. Muat masuk dompet, make up pouch, hp dan kamera. Tali tak disediakan tapi saya jahit 2 tempat utk letakkan tali. Jadi kalau nak pakai tali, boleh ikat your diy strap atau sangkut tali beg yang tak pakai lagi kat tempat tu. 






Ini pulak bahagian dalam biz card holder. Banyak jugak kad boleh masuk dalam poket tu.



Nak dapatkannya secara percuma kenalah join giveaway Ayesha dan penuhi syarat-syaratnya ^-^. Giveaway ni berlangsung dari 25 Mac - 25 April 2012.

Kebetulan pulak 25 Mac adalah hari lahir saya, jadi bolehlah dianggap hadiah dari saya sempena hari kelahiran buat semua yang bagi sokongan selama ni, alhamdulillah.

Semoga jumpa lagi, wassalam :)

1 comment:

Anonymous said...

Ayesha datang melawat blog penaja, terima kasih untuk entry ini kak. sekali lagi ayesha doakan akak sihat hendaknya dan selamat pulang ke Malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...