Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Wednesday, February 22, 2012

Set Aksesori kereta & Heart-lace Keychain

Assalamualaikum.. hi,

Akhirnya siap jugak set aksesori kereta ni. Maaflah, kerja menjahit sekarang  memang lambat. Tak terkejar untuk urus rumah, anak2. Nak berjaga malam memang dah tak larat. Paling lewat pun sampai pukul 12-1 pagi. Bila menyusukan Fateh, saya pun terlentok sama. Kalau ikutkan hati, macam-macam projek  nak buat. Tapi tulah, masa dan badan tak mengizinkan.



Heart-lace felt ni syuhada jugak yg tempah. Dipanggil heart-lace sebab felt putih tu dibentuk menjadi seakan lace. Tapi Amjad panggil "cloud".. :P. Pattern heart lace boleh ambik kat sini.


Projek seterusnya, nak siapkan square bag sew along dgn group 1H1P. Pastu cadar fitted jiran sebelah. Langsir dapur sendiri yg tak belum siap2 jugak..huhu. Jumpa lagi ye.. ^ ^.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover