Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Wednesday, February 8, 2012

Hari- hari dalam 2012

Sekejap je masa berlalu, sekarang dah masuk bulan 2 tahun 2012. Tahun ni banyak yang berubah dalam jadual harian saya.  

Akhir tahun lepas, alhamdulillah saya selamat bersalin anak kedua dan pindah ke rumah baru. Awal tahun ni Amjad dah mula sekolah kat Lilttle Caliph. Jadi sekarang saya kena hantar dan ambik dia di sekolah. Syukur, sekolahnya dekat jadi takde lah ambik masa yang lama untuk hantar dia. Fateh letak kat car seat. Kekadang nangis juga bila ganggu dia tidur, hihi..kesian.



Awal persekolahan dia excited nak pergi, hari ke-4 nangis tak nak pergi. Dah ponteng satu hari dah pun.  Dah masuk bulan 2 ni dia dah ok, dia mula seronok bila dah ada kawan-kawan. Saya masukkan dia sekolah awal-awal (4 tahun) supaya dia dapat bergaul. Yelah duduk rumah je takde kawan, asyik mengadap tv  tengok kartun. Sekarang pulak dah pandai tukar channel. Dulu tengok Disney Junior, sekarang dah tak nak tengok tu. Nak tengok Nickelodeon pulak. Bila ada cerita yang tak sesuai, saya suruh dia tukar Disney balik. Alhamdulillah, dia ikut.

Fateh pun dah nak masuk 4 bulan. dah pandai senyum dan mula nak mengiringkan badan. Last check up hari tu beratnya 5.3kg. Sekarang dah makin semangat, lenguh menyusu dia kalau tak tampung lengan dengan bantal. 



Sejak pindah rumah, barang-barang ada lagi yang tak dikemas. Nila bilik jahit saya yang tak seberapa. Hari tu dah beli meja baru untuk letak mesin sulam tu, takde dalam gambar sebab gambar ni ambik sebelum beli meja. Bilik jahit je dikemaskan sebab nak menjahit langsir rumah dan tempahan. Bilik Amjad belum lagi kemas sebab dia masih tidur dalam bilik ibunya. Tempahan pulak, saya tak ambik banyak pun sebab memang susah sikit nak menjahit bila ada anak kecik. Lebih-lebih lagi dia full bf jadi bila menangis, anak dengan kita jelah. Masa dia tidur tu, curi-curilah jahit. Maaf banyak-banyak kalau saya lambat siapkan tempahan. 

Oklah, ni nak sambung menjahit. Petang nanti nak ambik Amjad pulak. Insyaallah, jumpa lagi..:)

5 comments:

SewLove said...

comelnye anak akak.. fateh pandainye senyum ^ ^

Ayu@Sweetlilcraft said...

alhamdulillah,hehe..thanks nurul ^^

Yati said...

Abang dan adik sama comel. Amjad sebaya dengan Sulaiman ya, 4 tahun.
Kemas bilik jahit Ayu. :)

Ayu@Sweetlilcraft said...

Yati,

Alhamdulillah..hrap comel sampai besar,hihi :)

Nampak kemas kat situ je, blkg tu bertimbun plastik hitam yg belum kemas..:)

NoEn said...

kemasnya bilik jahit dia..

senyuman ke2-2 anak teruna ayu tu boleh buat org cair la..hehe [;)]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover