Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Monday, February 13, 2012

Puteri Pencil Box & Princess Bedding Set

Assalamualaikum..
Hi semua,

Beberapa minggu lepas saya cuba siapkan beberapa tempahan. Memang lambat sikit nak siapkan order sebab tak dapat tumpu sepenuhnya dengan menjahit. Nak update blog pun curi masa gak sikit. Sebelum update, saya kena edit gambar dulu baru boleh update blog. Tu yang kekadang susah jugak nak update sebab banyak ambik masa.

Ok, ni pencil box Puteri dari Sabah. Dah lama tak jahit pencil box, tu yang saya blur kejap masa nak jahit zipnya. Untuk pastikan kekemasan, biasalah ada tetas dan jahit semula.

Nama, bunga dan strawberry dari kain felt. Saya guna kaedah jahit dan tampal je.



Yang ni pulak princess bedding set, actually sarungnya je. Sayangnya saya tak sempat nak jahit free motion kat kesemua sarung bedding set ni. Kalau dijahit tentu lagi kemas. Design patchwork mengikut bedding set Al-Fateh.  Simple je, kainnya pilihan mak princess sendiri ^ ^.



Bahagian atas sarung tilam saya sulam guna mesin NV90E dan bahagian bawah saya jahit bunga dari kain felt.


Sekarang tengah jahit set aksesori kereta. Sulam nama dah siap, nak jahit aksoserinya pulak. Oklah, nak rehat kejap. tiba-tiba kepala ni berdenyut-denyut pulak. Petang nanti nak ambik Amjad pulak. Insyaallah, jumpa lagi. Happy sewing and nice day!! ^^

3 comments:

NoEn said...

pink...so sweet la

Mila@Rimbun said...

everything in pink :)
pencil box tu guna heavy cotton ker?

Ayu@Sweetlilcraft said...

kalau girl mmg tak dpt lari dr pink.. ayu pun suka pink. Hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover