Monday, September 20, 2010

WIP & Other crafts

Sebulan dua ni saya sibuk untuk siapkan mini pouch untuk wedding Muni.
Tergendala sekejap semasa raya hari tu. Ada 300+pcs lagi perlu disiapkan. Harap dalam pertengahan bulan 10 ni semua dapat disiapkan. Lepas tu barulah boleh tumpu untuk siapkan tempahan yg lain pulak.





Yang ni contoh yang dah siap sepenuhnya.



Haha..ini my sleepy owl. Buat ni sambil melayan Amjad main Thomas. Mr Sleepy Owl ni dibuat dari stokin Amjad yg dah koyak.. v-v. Sesaja je buat, menambah koleksi kraf kat rak.





Ini kek strawberi dari felt fabrik untuk makcik saya. Semua kraf ni buat masa bulan puasa hari tu, nak rilekkan belakang lenguh menjahit :)

Ok, have a nice day. Nak pergi makan jap =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...