Lama tak update pasal kerjatangan saya kan? Ni sebahagian yg dah siap dan sudah diposkan.
Yang ni pulak guna kain
green stripes, heavy cotton gak. Sulam gak - Dya. Kedua2 wallet ni ditempah oleh Nabila Huda. Sebelum ni Nabila dah beli 2 wallet, jadi semua dah jadi 4 wallet yg nabila beli. Taktau lah nabila buat apa, pakai sendiri ke bagi kawan2.
Kain yg saya guna utk wallet ni ialah design dari Heidi Grace,
Play. Dance. Bloom. Wallet ni untuk Erna, dia mintak pengubahsuaian pada bahagian dalam, dia taknak zip untuk syiling. Jadi semua nak tempat kad. Hasilnya..inilah. Bahagian penutup, saya ubah sedikit jadi separuh bulat.
Wallet ni pulak ditempah oleh Ros. Ini jugak dari kain yg sama dengan wallet Erna. Tapi designnya seperti kebiasaan cuma atas permintaan Ros, saya tambah
Strawberry Zipper Head kat zip.
Ingat lagi
diaper backpack yg lepas? Alhamdulillah, Ros dah beli cuma tambah nama anaknya. Afham Zaqwan..sedap namanya ^_^. Saya jahit guna felt.
(gambar yg ada nama ntah mana hilang)
Ohya, perasan tak pada gambar ada pelbagai watermark? Saya taktahu nak pilih, jadi display semua dan tgk yg mana cantik. Rasanya yg mana cantik? Cam tak cantik semua..haha.
Saya dapat inspirasi nak buat watermark ni dari
Kak Eya, dia buat biz watermark dan bisnes kad. Cantik2 dia buat, harga yg dijual pun murah. Sesiapa berminat boleh jenguk
Eyabizonline. Rasanya kena beli ngan kak eya jugaklah..^_^
Akhir sekali, terima kasih semua..terutama yg menempah wallet2 kt atas tu ^_^