Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Saturday, June 13, 2009

:: Projek Kraf dan Kain Terbaru ::

Hari ini agak kepenatan, rasa panas badan dan pedih tekak. Agaknya pasal jerebu yang teruk kat Shah Alam. Selalu terperap kt rumah je, tapi semalam balik kampung kejap. Sampai dah pukul 10 mlm, dan baru tersedar terhidu udara yang tak sihat. Tekak mula rasa perit. Mungkin kena banyakkan minum air.

Sebelum baik pagi tadi, saya singgah kedai beli sedikit kain untuk projek Sweetlilcraft. Amjad bangun awal pagi tadi, bila dapat je ibu, terus tidur dalam kereta hingga sampai ke rumah (dr pukul 1-5 petang). Lepas dia makan dan mandi, barula dpt buka internet jap. Buka email dan blog.

Gambar di atas adalah beberapa projek yg telah siap dan ada yang telah diposkan.

1. 2 tote bag yg yelah diposkan kepada kak Raihan di Sabak Bernam.
2. Pencil box kawan saya, baru sampai pada tuannya hari ni. Harap Zaid suka. Saya selitkan sekali felt keychain yg disulam namanya, it's a surprise gift for her..^^
3. 5 kotak pensel yg di tempah oleh Nangkacak dari Sarawak. Yang ni belum di pos, masih menunggu bayarannya.
4. Ni pyramid coin purse. Cik As dr Tote Boutique telah kongsi alamat laman web toturialnya. Terima kasih Cik AS. Kawan saya tanya, boleh tak saya membuatnya. Mula2 saya baca tutorial tu saya tak berapa paham, kali kedua..saya cuba juga langkah demi langkah. Alhamdulillah, terhasil jugak. Purse ni dah berpindah milik..saya bg pada makcik kt kampung semalam. Insya'Allah, nak buat lagi untuk Ma dan 3 orang makcik lagi (makcik belah suami) Love them all.^^
5. Yang ni pulak surprise gift saya bg pada Kak Raihan yg borong semua (2) tote bag yg ada dalam stok. Buat ni agak tergesa-gesa , saya kurang berpuas hati. Harap dpt buat dgn lebih baik lain kali. Harap maaf jugak pd Kak Raihan ye...
6. Akhir sekali, semua pencil box ni diikat dgn riben yg dihias dengan butang. Moga pemiliknya senang nak buka zip nanti. ^^



Gambar ni pulak adalah kain2 tebaru untuk buat pencil box, tote bag, fabric handbag dan beberapa projek kraf yang lain. Kawan2 boleh juga jenguk kat Sweetlilcraft Shop. Sesiapa yang berkenan bolehlah tempah ye. Kalau boleh nak juga jahit beberapa beg atau projek kraf yg lain sebagai ready stock, tp maklumlah ada putera kecil yang perlukan lebih perhatian..hihi. Terima kasih juga pada kawan2 yang menempah dari saya. Mereka betul2 memahami dan sabar menunggu ^^ . Insya'Allah, I will do my best!! ^^

Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover