Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Wednesday, June 17, 2009

:: Amjad, kesayangan ibu dan abah ^^ ::


Photo Albums at WiddlyTinks.com

Salam semua..

Amjad dah 11 bulan semalam, tatihnya makin laju. Kekadang, dengan beraninya melepaskan tangan ibu dan tatih sendiri.
Dah bolehla imbang badan, agak2nya umur setahun bolehlah jalan dgn baik.
2hari lepas, bawa dia turun main kt padang. Seronok dia, tengok bird dan tunjuk2 kt bird dan orang yg lalu lalang. Tak kira sapa semua dia babai dan senyum sendiri..hihi ^^.

Banyak benda baru yg dia dah belajar..mmg ibu bapa dan org sekelilingla jadi modelnya. Sebab dia 'look and learn'. Kekadang ambik pen dan mulala cuba menulis kt kertas. Kalau saya pegangkan tangan dia dan menulis nama dia dan abjad, dia tersenyum..^^.

Kalau makan,dia sendiri cuba nak ceduk dgn sudu dan makan. Tapi selalunya, byk yg tumpah. Hahh, yang terbaru..dia dan pandai cium. Siap ada bunyi lagi..'umpph' atau tarikan nafas dia.

Hari ni, dia turun sendiri dr buaian dia. Saya tgh jemur kain kt luar, dia tidur..tak dgr bila dia nangis. Dengarnya bila tangisan dh kuat, masuk bilik..dh berdiri kt bawah. Kusss..semangat.Nasib baik tak jatuh..alhamdulillah. Menyusu dan tidur balik..hmm,anak ibu ^^.

Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover