Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Tuesday, November 30, 2010

Patchwork Pouch

Dah sebulan saya jahit pouch ni. Ingat nak jahit banyak-banyak dulu baru upload tapi tak sempat lagi nak buat yang lain. Kainnya dari fabrik scrap yang saya beli dari Kelly (Fabric Fanatics) setahun yang lepas kat Etsy. Lama kan?? Haha..sayang nak guna. Kain kotak2 coklat tu pulak dari US, Kak Lin (Spinnings Spool). Aduh..lama tak borak dengan kaklin, rindunyaa..




Pouch ni saya jahit secara patchwork di bahagian depan sahaja. Warna kainnya sama jadi tak perasan patchwork kan? Penutup saya guna flex frame. Pouch ni sesuai utntuk isi hand phone, ipod dan kosmetik yg kecil seperti lipstik, eyeliner & etc.



Bahagian belakang saya jahit cotton label. Label tu saya dapat sebagai free gift dari Kawaii Stations.


Saya hias dengan crochet lace yang saya beli dari May,  crochet flower dan cover button tu yang saya buat sendiri.

Sesiapa yang berminat, boleh dapatkan pouch ni kat LILSTORE. Ada satu je, specially create for you ^^ !!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover