Alhamdulillah, lega rasanya apabila siap jugak 700 uncang untuk perkahwinan Muni. Mencabar betul buat uncang ni, nasib baik sepupu, makcik dan suami ada gak menolong. Ringan jugaklah beban. Tapi sekurang-kurangnya ada jugaklah pengalaman menerima order yg byk mcm ni. Tapi cukuplah rasanya pengalaman itu. Dah penat..huhu.
Jadi, lepas ni nak tumpu siapkan tempahan yang sedia ada. Saya minta maaf banyak2, saya dah tak dapat menerima tempahan lain lagi. Bukan menolak rezeki, tapi saya perlukan ruang masa untuk Amjad yang kian membesar.
Minggu depan saya balik kampung seminggu. Jadi, jika ada sesiapa yang nak order apa-apa terus je pergi LILSTORE. Segala urusan pengeposan saya akan lakukan selepas saya balik dari kampung.
Akhir sekali..
SALAM IDUL ADHA buat semua ^^
(note: Pening kepala nak tulis dalam Bahasa Inggeris lagi. Jadi sayangilah bahasa kita..haha)