
Apabila kau ingin berteman janganlah kerana
kelebihannya, kerana mungkin dengan satu
kelemahan kau mungkin akan menjauhinya..

Apabila kau ingin berteman jgnlah kerana
kebaikannya, kerana mungkin dgn satu keburukan kau akan
membencinya...

Andai kau ingin sahabat yang satu jgnlah kerana
ilmunya, kerana apabila ia buntu kau mungkin akan
memfitnahnya...

Andai kau ingin seorang teman jgnlah kerana
sifat cerianya, kerana andai ia tidak pandai menceriakan kau mungkin akan
menyalahkannya...

Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa..

Jgn diharapkan sempurna kerana kau juga tidak sempurna, tiada yang biasa-biasa menjadi suatu yang sempurna...

Tapi bersahabatlah kerana Allah, bersahabatlah kerana aqidah Islam, bersahabatlah kerana kita saudara fillah.

Sahabatku…Ku doakan dikau menjadi golongan yang
MUTTAQIN, yang setiap detik bibir basah dengan nama
ALLAH, hati jernih mengagung
ILAHI, jiwa rindu bertemu
RABBI, hidup dan mati dalam
HABBATUL yang
HAKIKI…
No comments:
Post a Comment