Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Thursday, January 3, 2013

Laminated Diapers Bag & Happy 2013!

Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru 2013. Selamat tinggal 2012, lembaran baru dibuka tapi 2012 tetap tercatit pengalaman pahit manis kehidupan. Usia juga makin meningkat, dalam usia 30an ni tak banyak yang saya pinta, saya cuma nak anak-anak terdidik dengan ilmu agama yang kukuh, dihiasi dengan akhlak yang mulia. Sebagai ibu, saya sering mencari-cari cara yang terbaik untuk mendidik mereka. Saya tak nak buat 'try and error' dalam didikan anak, kelak menyesal kemudian hari. Rasanya semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. In sha Allah, jika kita lakukan keranaNya, Allah pasti akan bantu.

Untuk anak-anak, saya kurangkan mengambil tempahan. Ada tempahan pun, ia mengambil sedikit masa untuk saya siapkan memandangkan jadual seharian memang penuh. Jadi sesiapa yang nak tempah dengan saya harap dapat sabar menunggu :).

Penutup tahun 2012, saya jahit diapers bag dari laminated fabric. Kain ni saya beli dari Sue-Mybotang.



Changing mat kat bawah ni dari kain kalis air atau waterproof fabric dari Mybotang juga. Saya lapis dengan tuala. Sebenarnya susah nak jahit guna kain-kain ni sebab takde tapak yang sesuai. Puas saya jahit sambil tarik, tu pun berapa kali tetas dan jahit balik. Bila jahit cantum dengan tuala lagi mencabar sebab tuala tu memeri, susah nak samakan dengan kain belakangnya. Nak pin pun tak boleh sebab nanti kain tu berlubang. Cuba jugalah, alhamdulillah berhasil tapi masih perlu diperbaiki. Kalau dapat jahit guna tapak teflon, in sha Allah hasilnya tentu lagi sempurna.



Baki kain saya jahit pouch untuk isi toiletries.




Ini pulak organizer dari kain nylon + polyester. 


Semua tempahan ni dari orang yang sama. Terima kasih ye Ira, harap Ira berpuas hati. Sebagai saguhati saya jahitkan bib untuk bayinya. Lupa pulak nak upload gambar tu. In sha Allah, kalau saya ingat lain kali saya post kat sini dengan 4 pencil boxes yang ditempah oleh Ira juga. 

Oklah, setakat ini dulu. Jazzakallah.. ^__^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover