Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Wednesday, November 23, 2011

Ahli Keluarga Baru


Menghitung hari,
detik demi detik..
bilalah nak habis pantang..(huhu, rosak lagu..)

Dah sebulan lebih saya dlm pantang, ada 10 hari lagi untuk lalui tempoh berpantang. Rindu nak menjahit lagi. Tapi habis pantang ni, tak dapat terus menjahit jugak.  Habis je pantang, saya balik Kelantan tengok mak (nenek) yang tak sihat. Bawa cicitnya jumpa opah..perkenalkan,



Muhammad Al-Fateh

Alhamdulillah, seorang lagi khalifah kecil lahir. Moga menjadi anak dan hambaNya yang soleh.  Berjuang dengan penuh syahadah dalam menyebarkan dan menegakkan agamaNya yang suci. Semoga hidup dengan penuh rahmat dan keredhaan Allah..amin.
Balik dari kampung, nak pindah rumah pulak. Dah siap urus pasal rumah, mengemas dan sbgnya barulah dapat menjahit.
Wishlist utk hujung tahun ni; Mesin jahit tepi. Kalau tak dpt thn ni kena usahakan juga beli awal tahun depan. Chayok-chayok!!

Projek jahitan dan sulaman:
1. Langsir
2. Coasters
3. Kitchen mitten
4. Kitchen towel
5. Table runner
6. Sarung kusyen
7. pot holder
8. apron
9. placemat
10. beberapa tempahan

Banyak juga projeknya, harap ada luang masa untuk membuatnya. Oklah, Al-fateh dah "memanggil"...^^.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover