Thursday, July 15, 2010

Sew on Hook & Loop Fastener and Printed Ricrac

Hook & Loop Fastener dan Printed Ricrac baru sampai di tangan saya pagi tadi. Yummy-yummy printed ricrac, panas2 mcm pisang goreng ^_^. Dah banyak sold out!! Cuma tinggal 1 yard for each design except R3 (white dot black-3 yards available).




Hook & Loop Colored Fasteners.



Sesuaikan warna hasil kraftangan anda dgn warna zapped on atau fastener yg sepadan.

Color available:

  1. Blue -2 sold, available 2 packs

  2. Pink -1 sold, available 3 packs

  3. Red - 1 sold, available 3 packs

  4. Green - available 4 packs

  5. Beige - 1 sold, available 3 packs


Size: 3/4 inches (1.9 cm) x 24" long

Price: RM 5.80 - 1 pack ( contain=24" long/1 yard)

Printed Ric Rac.


Sesuai utk hiasan pada baju, tudung, felt craft,  scrapbooking atau apa saja bergantung pada kreativiti anda.

Size: 1/2" (12.7mm)

Available: 6 yards for each print

Price: RM2.50 - 1 yard, Buy more than 3 yards got RM2.30 for each yard.

Color:

R1 - White dot blue, light blue & black : sold 0ut

R2 - Yellow dot light green, pink & orange :sold 0ut

R3 - White dot black : (sold 3 yards ) available 3 yard

R4 - Light Pink dot blue, red & pink : sold 0ut

R5 - Red dot white : (sold 5 yards) available 1 yard

R6 - Purple dot blue, light blue & yellow : (sold 5 yards) available 1 yard

R7 - White dot red & pink : sold 0ut

R8 - Light green dot pink & white : (sold 5 yards) available 1 yard

R9 - White dot green: (sold 5 yards) available 1 yard

R10 - White dot purple : sold all

R11 - White dot pink, light blue & yellow : sold all

Sesiapa berminat boleh emel saya di sweetlilcraftshop[at]gmail.com

Friday, July 9, 2010

Cute Illustrations

Life is like..


Saya suka basikalnya, penuh tersirat dan ada kenangan zaman kanak-kanak ^_^.(sumber dari:vi.sualize.us)



Saya juga suka illustrations, especially cute illustrations. Yang bawah ni simple, tapi comel. Yang ni dari Mattarihonpo. Banyak illustrations yg percuma utk digunakan tapi yg penting ada link back to their side.




Yang ni pun cute dan cantik. Satu lagi dia bawa beg..inspirasi tu, hihi ^_^. Lukisan ni dari Kurt Halsey.


Petua Membayar Hutang dan Pelbagai Doa

Imam Tarmizi menceritakan, pernah suatu ketika seorang lelaki bertaraf hamba datang bertemu Sayidina Ali RA meminta petua untuk membolehkannya hidup senang dan merdeka. Sayidina Ali RA memberitahunya jika dia mengamalkan satu doa, dia akan dapat membayar hutang walaupun sebesar gunung.Doa yang dimaksudkan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal sehingga aku terhindar daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu sehingga aku tidak minta kepada selain Engkau.”[Riwayat Tarmizi]

Surah-surah Amalan


1. Untuk elak suami/ isteri dan anak-anak bergaduh
Surah Al-Baqarah: ayat 102

2. Supaya anak-anak pandai belajar
Surah Al-Anbiyaa’: ayat 79

3. Melembutkan hati anak/ elak panas baran
Surah Al-Anbiyaa’: ayat 69
Surah Al-Hasyr: ayat 22 – 24

4. Untuk elakkan anak malas ke sekolah
Surah Toha: ayat 1 – 5

5. Supaya suami tidak kahwin lain (strictly for the wives)
Surah Toha: ayat 39 [mula dari tanda Jim kecil]

6. Ayat Pendinding
Surah At-Taubah: ayat akhir

7. Untuk anak yang suka keluar malam
Surah Ar-Ruum: ayat 31 [Baca 33x]

8. Untuk jadi Pendinding Rumah
Surah Al-Baqarah [Dibaca & tiup pada air dan semburkan sekeliling rumah]

Wallahu a’lam.

p/s : sumber dari sini.

note: Utk panduan diri sendiri dan kawan2.

Wednesday, July 7, 2010

Giveaway by Corine's Craft


Hi semua, cantik purse kat atas tu? Boleh dapat free je. Nak? Hihi..jom join giveaway dari Corine's Craft. Lima pemenang akan dipilih selepas 24 Julai 2010.


Blog ni dah lama saya follow, beg-beg hasil tangan Corine byk bg inspirasi pada saya. Cantik2 semuanya. Paling best gak ruang kerja dia kat pondok. Bukan pondok buruk tau, tengoklah pondoknya.. best kan ^_^. I'm really admire this. Nak tengok dalam pondok? Klik sini.





Inilah pulak antara hasil tangan dari Corine. Cantik bangat ^_^






Corine ada jugak jual kain. Banyak lagi stock dia yang lain. Nak tengok, jom singgah Corine's Craft.

Friday, July 2, 2010

I'm really miss my mum

Pagi2 lagi Amjad suruh saya ambilkan album lama dalm almari. Dia suka tengok dan bertanya itu ini. Lepas tu terbiar je lepas dia dah habis tgk.  Saya pula buka dan lihat satu2. Memang begitu banyak kenangan.


Terpandang gambar ni..buat saya betul2 rindukan arwah mama. Saya memang manja dengan arwah. Tengokla tu..buat saya sebak.



"Mama, ayu rindu sangat kat mama. Tak sempat rasanya nak balas segala pergorbanan dan kasih sayang mama. Hanya doa dan al-fatihah yg dpt ayu sedekahkan buat mama  selagi hayat dikandung badan. Allah lebih sayangkan mama. Kalau tidak, tentu sekali mama akan menderita sakit kerana kanser yang membesar dalam diam. Segalanya penuh dengan hikmah. Ayu redha, ma. Sayang mama, rindu mama..."


Al-fatihah buat mama.


Nenek saya masih ada, kat dlm gambar sebelah mama. Minggu depan balik Kelantan lagi, jenguk nenek yang tercinta, nak ziarah pusara mama. Biarlah berhabis duit, yg penting dlm jenguk nenek yg sedang meniti usia.


Buat siapa yg masih punya ibu,  sayangilah. Balaslah segala jasanya walau mungkin tak terbalas segalanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...