Showing posts with label cute. Show all posts
Showing posts with label cute. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Tempahan sulaman kini dibuka

Salam semua..

Lamanya tak posting, last bulan Mac hari tu. Selepas disahkan mengandung anak ketiga, saya mabuk teruk. Langsung tak masuk bilik jahit apalagi memasak dan mengemas. Melepek je atas katil. Jadi memang kerja-kerja menjahit mahupun sulaman ditinggalkan terus. Alhamdulillah, cukup minggu ke 12-14, mabuk dah kurang tapi badan masih lagi lemah. Kerja menjahit memang ke laut, cuma sulam sikit-sikit tu bolehlah. 

Sekarang masuk bulan ke 6, dah mula ambil order menyulam dan menjahit. Tapi menjahit benda yang simple dan kecil-kecil bolehlah. Yang besar-besar belum ada kekuatan dan moodnya. Kalau menjahit tanpa mood susah juga, lain pulak jadinya.

Ni adalah beberapa hasil sulaman yang lepas, 






Sulam tuala



Make up pouch yang disulam paisley


Tapak pouch dijahit lain sedikit dari biasa. Make up pouch ni lama dah dijahit. Rasanya awal tahun atau akhir tahun lepas. Banyak juga hasil jahitan yang tak dipost di blog. Sekarang banyak dipost dalam fb tanpa perlu nak menaip panjang2..hihi.



Yang ni pulak sulam t-shirt sempena hari lahir Airis yang ke-3. Baby bop barney tu saya digitize sendiri tapi banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam dgitize ni. Tak expert lagi. 




Ini pulak sulam banner huruf. Yang ni untuk Yasmin Hania sempena kenduri akikah. Banner ni boleh guna kain felt atau cotton, yang ni kawan saya pilih sendiri corak kain dan warnanya sempena tema majlis tu. Sesiapa nak tempah banner untuk birthday party, pertunangan, majlis kahwin ke atau apa-apa majlis bolehlah hubungi saya. Banyak lagi pilihan lain selain bentuk alphabet. Pilihan bentuk tu saya akan masukkan dalam fb sweetlilcraft. 


Tempahan sulaman lain juga dibuka sehinggalah akhir bulan Oktober sebab bulan November saya dah nak bersalin. Boleh terus whatsapp atau telegram saya ye..019-2020.706.

Daa..sampai jumpa lagi ^^.


Thursday, June 4, 2009

New Keychain



New collection of key-chains
KC 001: RM 3.90
KC 002: RM 3.90
KC 003: RM 4.50

Sesiapa yang berminat boleh email saya ye xoxo ^_^.

Wednesday, April 29, 2009

:: Cerita Hari ini ::



"Hmm..yum2 sedapnya 'stroberi' ni"

Pagi ni, Amjad kena pegi hospital lagi utk buat chest fisio dan sedut kahak.
Semlm jumpa doktor lagi, dia bg inhaler dan antibiotic.
Hari ni nampak dah kurang sikit kahak dia, makan pun abis 2 senduk nasi ^^.

Tgkla amjad,semua benda masuk mulut. Macamana tak batuk.

Harap amjad cpt sembuh. Kesian dia, kekadang tgh tido pun mengigau nangis. Jumpa doc ngan nurse pun dh fobia.

"Ibu, berapa no abah ni??"

On the way nak g klinik tu, cek post box..
Aaa, scrap fabric yg sy order dr Kelly (Etsy) dah sampai,
pin brooch dan 2 helai kain felt dr nisa juga dh sampai. Hihi..byk projek nak buat ni.

Brg2 dlm 2 bungkusan.


Ni kain yg sy order. Kecik2 comel, japanese cotton pun ada..cute tak??



Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, April 9, 2009

Collection of Hello Kitty

Salam semua..jom tengok koleksi terbaru.

Hello Kitty Box Pouch, Hello Kitty Bookmark and Paper clip.
Semuanya dengan HARGA PROMOSI.
Grab all now!!


Hello Kitty Box Pouch
RM 6.00 RM 5.00 only
Size = 6" x 2"
Taken Out

Hello Kitty Bookmark and Paper Clip
RM 5.00 RM 3.00 only
Size = Bookmark: 9.5" long, Paper Clip: 2"
Only one in stock.
Sold

Please email me to order ^_^.

Monday, February 16, 2009

:: Emoticon ::

:pucca23::pucca21: :boy13: :girl05: :sheep: :sheep:

Hari ni dapat emoticon baru.
Ada yg suka emoticon ke? Kawan saya della suka ni, cam saya..Photobucket.
Sapa2 yg nak emoticon ni bole klik kt munirah, along arman dan chokilala.


Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, January 7, 2009

Toybox (xchange link)









Hari tu dah buat toybox (xchange-link) tuk semua kekwn. Tapi blum dpt nak display sbb tak belajar abis lg. Hari ni, dah siap tuk setakat ni. Sebelum tu, nak ucap trimas kaseh byk2 tuk reena cute..yg ajar sy buat ni. Cayangg reena..love. Jadi, sapa2 nk exchange-link bole drop ur link kat shoutbox atau tgal komen ye..babai.Thanks gak wat kwn2 semua yg sudi jenguk blog dan "meluahkan rasa" kt sini..sayang semua ros




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...