Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, February 11, 2010

Penyakit berantai..

Semalam tak dapat tidur, nak terlelap je batuk..nak terlelap je batuk..huhu. Hari ni dah mula selsema pulak. Risau batuk dan selsema lama2 ni, takut berjangkit kat Amjad pulak. Dia baru je sembuh batuk dan selsema. Sebelum tu abah dia, penyakit berantai betullah.

Amjad dah mula selsema balik. Risau gak, kalau dia kena lambat nak sembuh..makan masa 2-3 minggu gak. Yelah, budak kecik bukannnya pandai nak buang semua tu.

Pergi Sarawak hari tu, hujan lebat masa nak flight. Memang basah lencun. Amjad memang dah selsema masa tu, esoknya bertambah teruk dan mula batuk. Ubat memang bawak, tapi tak berkesan pun. Makan ubat tu dah seminggu lebih. Suami terus call Amjad punya paed, tanya ubat apa yg dia guna utk inhaler. Amjad tak lelah tapi masa dia masuk wad sebab batuk berkahak dulu, doktor bagi dia 'seretide' and 'ventolin' barulah sembuh. Tapi AeroChamber takde, kena lah beli semua sekali.

Pergilah farmasi, tanya punya tanya..harga semua dalam 2 ratus lebih. Kalau ikutkan kat semenanjung, harga ubat puluh2 ringgit je. Kat sana beratus. Tak jadilah beli. Makan ubat oklah kot. So, kami pergi jalan2 ke Waterfront, beli kek lapis, makan malam kat Restoren Raja Ayam Penyet kat Satok. Dalam perjalanan balik, selsema Amjad makin menjadi, kahak kat tekaknya tak keluar jadi nafasnya berbunyi. Kami risau sangat, jadi pergi balik ke farmasi tu dan beli ubat tu. Takpelah, duit boleh cari..apa2 jadi kt anak, menyesal tak sudah. So, bagi dia 2 puff ventolin, 1 puff seretide (ikut dos paed), lepas tu dia dah mula ok. Malam tu dah dapat tidur lena. Alhamdulillah.

Balik S. Alam, dia dah mula sembuh tapi kami bawa juga jumpa pakar paed kat Salam. Nak tanya kesan sampingan pakai inhaler tu berbanding ubat. Katanya, ubat lagi bawa kesan sebab ubat ni akan masuk dlaam darah dulu barulah ke paru2. Kalau inhale, ubat tu terus ke paru2 dia. So inhaler ni better than ubatlah dan doesn't mean pakai tu sbb lelah. Legalah bila dengar cam gitu. Tapi sekarang ibunya pulak yg mula batuk dan selsema. Abahnya still selsema sebab sedut selsema Amjad hari tu. Semalam beli ubat batuk cap ibu dan anak. Harap2 eloklah batuk dalam sehari dua ni. Ada sesapa boleh suggest ubat batuk yg bagus tak? Nak pergi klinik, malas lah pulak..^_^


Friday, January 8, 2010

Abah Amjad masuk hospital

Minggu lepas, suami saya buat pembedahan lutut. Sebulan dua, keadaan agak berbeza sedikit sebab suami tak boleh bergerak atau berjalan seperti biasa. Untuk dua minggu pertama ni jalan pakai tongkatlah. 15hb Jan ni ada temujanji dengan dokor, harap ada perubahan yang baik dan suami tak perlu bertongkat lagi. Sesiapa yang pernah baca kat sini, tahulah kenapa dia kena bedah lutut. Saya juga kenalah ambik beberapa tugas suami yang tak dapat dilaksanakannya. Kalau sebelum ni dia yang dukung Amjad, beli barang dapur bersama, sekarang.. saya lah dukung Amjad, beli barang dapur pun dengan Amjad je.

Inilah kaki 'robot cop'..^_^.



Amjad pulak sejak kebelakangan ini makin manja dengan saya. Pantang hilang, terus cari dan menangis. Dengan abahnya kurang pulak, agaknya dia faham abahnya sakit dan tak boleh dukung dan bawa dia jalan lagi. Sabar sayang ye, nanti abah sihat macam biasa kita pergi jalan-jalan.



Tengoklah Amjad melayan abahnya kat hospital. Hmm, 5 hari jugak kat hospital. Alhamdulila, semua insurans 'cover'. Harap abang cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala ^_^.


Wednesday, November 25, 2009

Ujian Allah..

Tahun ini banyak ujian yang Allah bagi. Alhamdulillah, ujian dan dugaan yang menimpa pastinya ia tanda kasih sayang Allah. Cuma saya mohon pada Allah, moga saya diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapinya. Selepas kejadian Amjad terkena demam sawan hari tu, suami saya pula kena chicken pox. Sebulan cuti sakit dan 2 minggu kena kuaratin dalam bilik.


Alhamdulillah, tak melarat kepada Amjad. Lepas kena chicken pox, suami saya bedah tonsil pulak. Sebelum ni dia asyik batuk dan selsema, syukur lepas bedah dah takde selsema dan batuk. Makan memang kena jaga, hari kedua lepas bedah dia batuk berdarah..risau saya dibuatnya. Ni sebab luka tak berapa elok lagi dan perlu makan makanan yang sejuk dan lembut. Ais krim tak elok dimakan, lagi buat tekak berkahak dan batuk..kalau batuk tu yg bahaya, takut luka balik tempat yg dipateri. Eloknya makan jeli yang berperisa lembut macam sirap/coklat, jangan yang masam atau tajam.

Dah elok tekaknya, sekali lagi suami saya sakit. Dia mengalami kecederaan lutut yg serius dan perlukan pembedahan. Ni gara-gara main badminton (- -). Sekarang masih pergi kerja tapi bertongkat. Malang tapak kakinya membengkak sebab tampung badan ketika berjalan. Insyaallah, mungkin buat pembedahan lepas raya haji ni.

Alhamdulillah, saya masih lagi sihat untuk menjaga Amjad dan suami. Memang bila suami sakit ni, kerja kita bertambah dan penat. Ibarat patah sebelah kaki jugaklah. Doakan moga saya sentiasa sihat, diberi kekuatan dan kesabaran menghadapinya.
Maaf juga pada kawan2 yang menempah beg dsbnya, saya mengambil masa yg agak lama dan lari dari waktu yg patut ia disiapkan. Biasanya suami boleh jaga Amjad bila dia balik kerja dan sy boleh siapkan tempahan. Bila jadi mcm ni, terpaksalah sy curi2 masa dan tunggu Amjad tidur baru boleh menjahit. Beberapa minggu yg lepas pulak sibuk dgn persiapan adik ipar nak kahwin, dah selesai yg tu hal ni pulak..huhu. Apapun, syukurlah..tak baik sy mengeluh.

Macamana dengan bedah lutut (ACL surgery) yg bakal dialami oleh suami saya?? Boleh tengok kt video ni..



Nak tengok mcmana bedah tonsil?? Yang ni dia dah kena.



Huhu..tak sanggup tengok.

Moga abang cepat sembuh, sihat seperti sediakala..aminn.
Ibu sayang abah.

Wednesday, October 7, 2009

Saat yang amat mencemaskan...!!

Suami ke Singapura atas urusan kerja selama 2 malam pada hari Sabtu yang lepas. Pagi Isnin, suami dah ada kat rumah. Amjad pun terus bangun bila dengar suara abahnya. Saya angkat Amjad dan terasa badan Amjad agak panas. Sejak Amjad lahir, alhamdulillah..dia tak pernah demam teruk. Mungkin juga berkat susu ibu yang Allah kurniakan. Tapi hari tu, lepas mandi dan makan, saya bagi Amjad ubat demam takut melarat. Amjad tak ceria macam hari2 biasa, mula merengek dan tak boleh ditinggalkan. Jadi, saya layan dia je seharian. Petang, mandikan Amjad mcm biasa dan keluar makan. Amjad ok je, cuma diam tak aktif macam biasa. Panas badannya pun dah kurang.

Balik rumah, terus bagi ubat lagi. Dia tidur. Tapi asyik bangun dan merengek nak susu. Sebelum saya tidur saya ambil daun lidah buaya, hancurkan dan campur air untuk lumurkan kat kepala dia. Bila air kering je, saya sapukan air tu. Dalam pukul 11 malam, dia masih pejam celik. Kaki ya mula terenjat-renjat. Saya bagitau suami, katanya esok kita bawa ke hospital kalau Amjad demam lagi.Amjad pulak susu je tak lepas2, hairan juga saya. Hampir sejam dia macam tu, bila dia lepaskan baru saya dapat lelap sekejap.

Tiba-tiba dlm pukul 1 pagi, Amjad menangis kuat. Saya terjaga dan tepuk2 dia suruh tidur. Tapi mula tak sedap hati bila tgk dia senyap tapi matanya tak pejam2, badan pulak mengigil dan kaki terenjat-renjat.Ya Allah, apa dah jadi kat anak aku!! Saya terus bangun kejut suami, dia pula masih mamai cakap nak pergi hospital besok.Saya cakap, kaki Amjad terenjat2. Bila buka lampu.. Ya Allah, mata Amjad dah serong ke tepi.Mukanya biru, suara langsung tak keluar.Kami panik, terus panggil2 nama Amjad dan tepuk belakangnya.Saya terus sarung jubah dan tudung, suami tukar seluar terus berlari bawa Amjad ke hospital.Kami berlari ke lif C, lif yg paling dekat dgn kereta. Terlupa pulak lif tu tak berfungsi lepas pukul12, terus kami berlari turun tangga. Nasib kami tinggal kt tingkat 3 je. Berlari pun dengan mengigil. Dalam hati tak putus2 berdoa. Mata mula nak menangis. Dalam kereta, saya terus panggil nama Amjad dan tepuk belakang dia. Suaranya dah mula keluar tapi masih sukar utk bernafas. Kami ke poliklinik Umra, itu yang terdekat dgn rumah. Sampai sana, doktor suruh buka baju dan seluarnya.Doktor bagi ubat yang dimasukkan melalui punggung dan bagi nebulizer. Amjad mula bersuara, tapi belum kuat. Doktor lap dengan kain basah. Tapi Amjad belum stabil sepenuhnya. Dlm kelam kabut, kami lupa bawak dompet. Doc mintak kami bawa terus ke hospital, kemudian baru datang bayar. Kami terus pecut ke DEMC. Minyak kereta pulak dah merah. Ya Allah, janganlah kereta pulak buat hal. Alhamdulillah, sampai je ke DEMC..nurse kat situ mandikan Amjad. Barulah suara menangisnya keluar. Saya dan suami barulah rasa lega. Dia mengigil sejuk, tapi suhu badannya dah turun dari 40 C ke normal. Panasnya naik mendadak sbb tu dia kena sawan demam. Saya masih lagi mengigil takut, air mata tak keluar tapi dlm hati begitu sebak dan menangis. Takut apa-apa terjadi Amjad. Inilah permata hati ibu dan abah, lima tahun ibu dan abah tunggu kelahiran Amjad. Syukur sangat pada Allah. Balik rumah, suami terus buat solat sujud syukur dan hajat. Amjad pun baru dapat tidur lena. Hati saya sebak nak menangis, hari ni..bila saya luahkan kat sini, akhirnya air mata terburai jugak...

Semalam, kami jumpa doktor pakar kanak-kanak yang rawat Amjad sejak hari dia lahir. Dia periksa mata, kaki dan badan Amjad. Alhamdulillah, Amjad sihat sepenuhnya. Cuma tekaknya merah sikit. Pesan doktor dan saya kongsi utk kwn2, kalau anak demam pastikan bagi ubat dan mandikan dia. Pantau suhu badan. Pakaikan baju nipis atau buka baju terus supaya haba badannya keluar. Bila dah sekali kena, dia ada 30% utk terjadi lagi sawan demam hinggalah umurnya 6 tahun. Kalau terkena sawan jugak, baringkan dia mengiring kiri atau kanan. Elakkan dia tertelan air liur, kalau kancing gigi jgn sesekali ambil benda2 keras dan bg dia gigit. Takut nanti, gigi patah, tertelan dan sukar bernafas. Lapkan dgn kain basah dan bawa terus ke hospital. Pastikan juga jangan sampai anak terkena sawan dari 30-45 minit, hal ini boleh merosakkan otak.

Hari ni, Amjad belum ceria sepenunuhnya. Pagi tadi panas sikit, saya mandikan, breakfast dan bg ubat. Sekarang tengah tidur atas riba sambil menyusu. Dah tak demam. Kalau badannya panas je, saya memang fobia. Teringat je kejadian mlm tu, hati saya meruntun. Masih terbayang wajahnya yang biru..

Peristiwa yang pelik mlm tu, semasa masih lagi kat wad kecemasan. Amjad masih mengigil sejuk, dan suaranya tak berhenti2 sebut Allah, Allah, Allah..(dgn suara agak keletihan dan pelat). Tak pernah pulak dia sebut Allah sebelum ni. SYUKUR SANGAT pada Allah yang selamatkan Amjad.

Moralnya, kami nak cari rumah bawah secepat mungkin. Kereta satu lagi perlu ada jika ada apa2 hal ketika suami takde kat rumah, saya masih boleh memandu. Pastikan juga minyak kereta sentiasa ada. Syukur juga, kejadian yang berlaku semasa suami ada kat rumah. Saya juga kena kurangkan aktiviti menjahit, kena tumpukan masa untuk Amjad. Pada rakan2 yang sudah menempah, harap sabar menunggu ye. Saya akan siapkan tempahan yang sedia ada.

Ibu rindukan Amjad yag ceria dan aktif.
Ya Allah, kurniakan anakku kesihatan yang baik. Membesarlah dia dengan cerdik berakal, berilmu serta beramal soleh.
Aminn...



Monday, September 14, 2009

Dalam proses untuk Sembuh

Salam semua..

Terima kasih pada teman2 yang mendoakan saya. Alhamdulilah, saya dah beransur pulih. Sebenarnya doktor bagi 2 pilihan, samaada cucuk dan ambik sampel atau terus buat pembedahan dan keluarkan lump tu. Jadi saya pilih terus buang, dari benda tu duduk kat situ dan merisaukan saya.
Saya buat minor operation je kat DEMC. Alhamdulillah, ada insurans untuk cover semua kos.
Sedar je dari opearation tu saya masih lagi pening2, kesan dari ubat bius. Nak tidur balik agak sukar bila ubat bius dah habis. Saya mula rasa amat perit dan pedih kat bahagian dada yg dibedah. Tangan kanan pun sakit bila diangkat tinggi. Tapi kejap je, lepas tu saya telan pil tahan sakit ^^. Bedah pun takla besar sangat, sekadar 1" je, cuma mungkin bahagian dalam tu yang kena jaga. Saya kat hospital pun sekejap je. Tak jadi masuk wad, saya mintak balik rumah sebab nak susukan Amjad dengan lebih selesa. Tapi balik kampungla (belah suami), supaya dpt rehat. Saya belum dapat dukung Amjad, kalau kat kg ramai yang boleh layan dia.

Hari ni dah hari ke-4, luka pembedahan belum kering sepenuhnya tapi tangan dah mula boleh angkat tinggi. Saya pun dah boleh dukung dia tp belah kiri je. Syukurlah, takdelah serius sangat, sbb sesetengah orang ada yang sampai bernanah. Tapi result sepenuhnya belum keluar lagi. Lepas raya baru jumpa doktor, harap takde yang merbahaya. Harapan seperti sinar mentari pagi ^^. Terima kasih semua....

Thursday, September 10, 2009

Masuk wad





:08: Esok masuk hospital untuk buang ketulan pada PD. Harap ia bukan ketulan yang merbahaya. Insya'allah, hanya sehari je tinggal kat hospital lepas operation tu. Doakan saya ye^^.

Monday, August 17, 2009

Alahai chicken poxxx...

Saya ambik sedikit kesempatan utk post n3.
Amjad tgh main, semua brg dia 'kemas' :003:..hihi.
Termasuk hari ni dah 4 hari suami demam, kena chicken pox..
Hihi..nak wat cam ner, dah besar baru nak kena :022: .Jadi kena kuarantin dlm bilik tamu. Langsung tak boleh pegang Amjad.
Saya lah kena jaga Amjad 24 jam. Masak pun sambil dukung..nak menjahit pun, kekadang duduk atas riba. Jadi memang takboleh nak menjahit. Kesian juga Amjad, nampak je abahnya dia berkejar nk pergi dekat. Abah pulak, lari masuk bilik.
Dua-dua kesian..Abah rindu anak, Amjad pun rindu abahnya. Ada sekali tu, dia ambik HP..angkat letak kat telinga terus cakap "abah, abah!!" Ayoo..
Saya memang penatlah sikit. Tidur agak lewat sebab nk siapkan beg tempahan. Nak mula menjahit pun nak kena tunggu si kecik tu tidur. Dia pulak kalau tak pukul 11-12, susah betul nak tidur. Layan jela..:019:. Rumah pun kelam kabut..

Cerita pasal abah Amjad pulak. Hari Khamis tu dah rasa penat semcm je, rasa mcm nak demam.
Jumaat kena pulak hujan panas, balik rumah muncullah biji2 berair. Sahla kena chicken pox.
Abah ni, demam ke tak ke selamba je di pergi beli suratkhabar dgn muka berbintik2 tu. Hihi..
Tapi hari ni dah penuh satu badan, takdela keluar rumah lagi. Doc ckp kalau demam tu maknanya biji2 merah tu nak keluar lagi. Hari ni dah tak demam jadi dah tak keluar lagi biji2 tu,tunggu kering jela.
Saya telefon makcik kt kampung tlg carikan daun semanbu/bambu. Daun ni saya alaskan tempat tidur dia (letak bawah cadar..jgn tidur terus atas daun) dan buat ubat sapu (blend dgn beras campur air). Memang berkesanlah daun ni. Suami tidur takde lagi rasa gatal2 merenyam.
Harap2 cepatlah sembuh, mintak jauh janganlah Amjad berjangkit. Lagipun belum suntik imunisani utk demam campak.
Lagipun, tinggal beberapa hari lagi nak sambut Ramadhan.
Abah tentu sekali nak pergi terawih. Sekarang ni jadi ulat buku, memang rehat betul. Oklah tu, lari kejap dari kesibukan kerja.

Pada semua..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Semoga kita semua dapat ambik kesempatan beribadah di bulan yang penuh berkah ini.

Kongsi bersama

Salam semua..
Saya dapat msg ni dr sepupu kt Mesir. Moga kita dapat faedah darinya..

Kalau hadapi simptom selesema,batuk,demam,sukar bernafas,pening kepala,sakit tekak mgkn anda H1N1.Minum air susu & buah.Mkn makanan yg dibuat drpd buah krn pihak kami telah menjalankn kajian bhw minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1.Tolong forward kpd rakan2 utk kesihatan bersama.-HOSPITAL SULTAN AMINAH JOHOR...

Ni lagi satu tip saya terbaca kat blog orang :)

Sekarang bulan puasa bakal menjelma... Berhati-hatilah dgn Kurma Yahudi. Tolong distribute! Bercetak jenama "Jordan River". itu sebenarnya bukan dari Jordan, tetapi dihasilkan dari negara Israel... dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi diedarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Israel yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya... dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para muslimin sekalian, diharap jangan membeli kurma jenis ini... Kasihanilah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi.

Monday, April 27, 2009

:: Baru keluar wad ::

Salam semua..

Amjad masuk wad petang Khamis tu, Sabtu tghari dah balik.
Tapi dia punya batuk dan selsema belum sembuh sepenuhnya.
3 kali kena sedut, kesian dia..sekali dia bersin, kuar hingus campur darah. Luka sikitla tu.
Taktau nak buat apa lagi..
Esok ptg doc suruh jumpa dia lagi. Maybe bg dia inhaler pulak. Sampai dia betul2 sembuh.

Walaubagaimanapun, Amjad still happy. Dah makin lasak, dah mula panjat katil.
Masa tido makin kurang. Ibu pun mmg kena layan dia jela.
Been busy gak, nk siapkan tempahan beg dan pencil box.
Nanti gambar post kemudian.
Sekarang ni, Amjad atas riba..^^

Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, April 23, 2009

:: Terima kasih Semua ::

Assalamualaikum semua..
Terima kasih byk2 pd semua rakan2 blogger yg doakan Amjad dan bg support.
Saya tak sempat nk balas setiap komen yg diberi, tp sy amat hargainya.
TERIMA KASIH BYK-BYK
Secara langsung atau tidak ia beri sy semangat..^^
Semoga kalian dpt balasan yg baik dr Allah.

Kalau tgk Amjad mcm sihat je, dia kt rumah still lasak. Cuma dada dia masih berkahak, selsema dan batuk.
Petang ni, Amjad akan ke hospital lagi. Kemungkinan besar akan masuk wad jugak utk buang kahak dia tu.

Mmm..tak sanggup nak tgk dia nangis kena neb dan sedut nanti. Takpela, sebelum ia melarat lebih teruk.
Ya Allah,tabahkanlah hati ini..moga Amjad cepat sembuh nanti.

Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, April 22, 2009

:: Risau ::

:crab1:
Dah nak masuk 3 minggu Amjad batuk berkahak dan selsema.
Semalam pegi follow up kt DEMC, so doc suggest dia kena masuk wad.
Alahai..kesian anak ibu. Kalau masuk wad, confirm kena buat nebullizer lagi dan kena sedut.
Jumpa doc semalam pun dia dh nangis, dah mula fobia ngan doc.
Tapi sy mtk hold dulu tuk hari ni. Sy nak cuba stop makanan yg biasa bg, kot2 dia alah.
Pastu bagi makan ubat cam biasa.
Kalau esok tak baik jugak, kena masuk wad jugakla..takut melarat pulak.
Takpela, utk kebaikan Amjad.

Terima kasih byk2 Kak tirana, wan, lydia, mama dan mun for your supports and tips.


Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, April 18, 2009

:: Amjad Tak Sihat :( ::

:04: Risau sgt..Amjad tak sihat, batuk berkahak dan selsema. Hari ni dh masuk 2 minggu lebih. Menyusu pun dia tak berapa selesa. Dah 4 kali kena nebulizer sejak hari Jumaat. Menangisla bila buat neb, tak sakit pun tp mgkin dia tak selesa. Pagi tadi,bila masuk je bilik rawatan, tgk nurse je terus nangis..dia dah tau nk kena buat neb lagi. Dia kena sedut ubat tu 5 minit, 5 minitla dia menangis tanpa henti. Sy takleh pegang dia kalau jmpa doktor atau buat rawatan cam gitu..karang ibunya yg nangis sama. Jadi abah diala pegang, lagipun Amjad manja sgt ngan abah. Kalau keadaan dia nangis mcm tu dia nk abah dia yg tenangkan dia.

Esok, kalau tak kurang jugak batuknya..nak ambik ubat homeopati lak. Ubat batuk dan selsema yg doktor bagi dah nak abis sebotol, tp batuk dan selsemanya tak kurang gak. Tidur pun asyik terjaga sbb batuk.

:23: Doktor suspek takut dia lelah. Jadi, karpet2 kt rumah abis dilipat semua. Lantai, meja semua dilap dan dimop. Cadar katil, sarung bantal, selimut pun di basuh dah di tukar. Hari Selasa ni, 21hb ada appointment lg dgn doktor tuk tgk keadaan.Harap sgt Amjad cepat sembuh, risau pulak kalau tak kurang jugak..kena masuk wad pulak.

Kawan2 ada petua tak utk hilangkan batuk dan selsema ni??



Image Hosted by ImageShack.us

Friday, October 31, 2008

DeMam..

Alhamdulillah..sekejap je demamnya. Kisahnya, tersedar pukul 5pagi malam semalam,semalamnye..(28hb la tu) hehe. Rasa tak larat sgt nak bangun, bdn lenguh2. Sebelum tu memang dah bangun susukan Amjad,masa tu ok lagi.Tapi memang dah rasa sakit pinggang.

:minimo_36:
Tup-tup, lepas tu dah mula sakit kepala, mual, nak muntah, sakit perut..pendeknye sakit satu badan. Terpaksala kejutkan suami tercinta..dgn muka kesiannya, minta suami buatkan nestum..(tak malu tul..hehe) (Dah nangis dah sebenarnya..hahaha, manja tul la ibu Amjad ni) Suami pun bangunla, buatkan nestum, bawakan biskut lagi..pastu, kena suap lak tu. (Nak wat camne..taklarat sgt nak bgn). Perut tu sakit sbb gastrik mula datang balik sejak susukan Amjad. Mana taknye, waktu tido manala kita makan lagi..cuma minum air kosong je tiap kali Amjad bgn nyusu..last2 kita yg perut kosong.
Badan memang lemah sgt, tangan pun tak bole nak genggam, apalagi nak angkat Amjad yg dah 6 kilo lebih.

:minimo_41:
Amjad nak nyusu, suamila angkat letakkan kt tepi sy.Nyusu sambil baringla. Kesian Amjad..ibu langsung tak bole angkat Amjad. Bangun solat subuh, sambung tido balik..breakfast, biasala..suami yg buat.. Nasi goreng..hemm..nasi gorengnya memang sedap dia buat dari yg sy buat.(tau takpe..)
Pukul 11.00 pagi, lepas suami mandikan Amjad barula pergi Poliklinik Umra. Tapi..punyala lama tunggu, tgk org takdela ramai benor. Sy ni dah la tak larat nak angkat kepala,terlentok kt kerusi tu. Last2 pi tanye makcik kaunter, tup2 baru nak g hantar sy punya kad..alahai. Nasib baik kejap je, pastu terus panggil..check dgn Dr.Ummu. Alhamdulillah..doktor yg bestla, peramah, explanation yg lengkap..soalan2 semua sudah djwb tanpa disoal. Tak jadi nak marah.
:minimo_38:
Yang paling suami suka apa?? Hemm..doktor pesan dapat kan je 4-5 orang anak setahun sekali... Barula stop dan merancang..hahaha. Insyaallah..kitaorang pun 5 tahun baru dpt Amjad..ada rezeki yg Allah bagi, kami terima dgn syukur.
:minimo_39:
Petang tu..dah baik dah. Cuma still sakit2 badan..suami pun hari tu terpaksa cuti. Kesian dia.. dua2 kena jaga, ibu Amjad dan Amjad sekali..sayang Abang..maafkan ayu susahkan abang ye.

post  signature

Thursday, September 25, 2008

Amjad Admitted..

Sabtu baru2 ni Amjad inject tuk umur 2 months. Citela kt doc yg dia nangis2 ari tu..check2 rupanye angin pasang (hernia) dia dah bengkak. Patutla asyik nangis je. So, doc decided..dia kena operate tuk buang hernia tu.
Mulanya buat appointment kt SMC, tapi lambat lg..sabtu ni (27 hb) baru dpt jumpa doc. Jadi kami terus pegi SJMC, dptla buat appointment ngan Dr. Ahmad Zulkilee Laidin, pakar surgeon tuk kanak2 pada hari Isnin 22hb lepas.
Bagusnye..Amjad dpt terus operate esoknye. Kami taknak tangguh2 lagi, kesian dia menahan sakit hernia. Lagipun raya dah dekat..balik kampung..nanti dia nangis lagi. Malam tu, lepas berbuka je Amjad admitted kat wad pediatrik A, bilik 280. Yang sedihnye..dia kena mula puasa pd pukul 2.30pagi. Malam tu cubala bagi dia minum byk2 tapi dia taknak..menyusu kat badan lagila..asyik mengamuk je. Pukul 2.30pg, sy kejutkan dia tuk nyusu..alhamdulillah nak pula dia nyusu bdn..tapi kejap sgt. Pastu kena tahan lapar dia sampai kul 9.30 pagi..kesian,sedih sgt tgk dia nangis2 mtk susu..bagi puting kosong jela tuk tenangkan dia.
Hampir pukul sebelas..suami pegi tgk dia kat bilik OT. Dah selamat dah..cuma mengigil kesejukan, biru bibirnye. Dia masih lagi mamai sbb bius..kul11.30 dah mula bagi dia minum air zam-zam, kul 12.00 baru bagi dia minum susu. Habis 5oz sekali minum.
Sehari 2 mlm kt spital..kuar hari Rabu ptg. Amjad dh kurang nangis, dah mula hisap direct dari badan. Tapi kekedang still taknak hisap direct..nape ye..? Ada sesiapa tau tak??
Sekarang Amjad dah siap dikhatankan sekali.. nanti bole ikut abah g masjid ye..:)
Ni aksi Amjad sebelum masuk OT..ceria je.

Baru keluar dari OT..tak sedar sepenuhnya lagi..

Tag nama Amjad kat kakinya..pakai sampai ke rumah. Moga Amjad sihat selepas ni..ceria selalu.

Tuesday, August 26, 2008

Dalam pantang lagi..

Beberapa hari lagi cukupla 44 hari berpantang lepas bersalin.Pengalaman berpantang tanpa orang tua memang menguji..lebih2 lagi kali pertama berpantang. 2 hari 1 malam kt hospital xla begitu memenatkan, iyela mlm pertama Amjad lahir dia tidur kt nurseri hospital. Bolela recover skit energy yg hilang semasa bersalin. Balik rumah..hari pertama dan kedua Amjad tido ngan wan anjangnye. Malam ketiga barula Amjad tido ngan saya. Mase tu susu mmg tak byk kuar..mula rasa stress, Amjad diberi susu formula selang dgn susu ibu (coz ms tu pkir dia tak cukup minum).

Nurse home care dari DEMC dtg..ckp Amjad kena jaundis. Nurse pesan bg susu byk2..tp tiap kali bg susu ibu dia hisap kejap je pastu dah tido. Rupanya bila baby kena kuning dia memang malas menghisap..mgkin sbb dia lemah. Maka terpaksa bg susu formula lg. Tapi akhirnya Amjad masuk wad jugak,2 mlm..menangis saya kat rumah. Mulanye tahan taknak nangis tp lagi kuat tangisnya..siap teresak2 lg, dlm fikiran takut kena meroyan..istigfar byk2. Suami balik dr hospital barula cool. Sepjg ank kt hospital saya perah gak susu nak bg dia minum. Harap cepatla sembuh..mula2 perah tak sampai 1 0z pun,punyala frust. Paling byk dpt gak 2 oz. Ni saya perah pakai tgn je..penat sgt 2 jam baru dpat 2 oz.

Nasib baik ada sepupu suami..Mawar, diala tlg masak, basuh baju semua (terimakasih mawar)..dgn keadaan yg msih lemah, luka blum sembuh..bila Amjad nangis time nyusu rasa stress sgt. Malam kerap pula bgn..(org ckp baby boy kuat nyusu). Smpai skrg, time dia ngantuk dan nak nyusu gak masih lg "berperang susu". Tapi alhamdulillah, skrg saya dah bole adapt situasi baru..jumpa doc ms cukup sbln ari tu dia bg multivitamin..jd xdela penat sgt. Pagi2 pun mkn kurma utk tambah tenaga dan susu. Skrg perah gak susu tp pakai electric pump xdela penat..dapatla 4 oz lebih utk sebelah je. Sebelah lg spare utk Amjad nyusu. Insya'allah..makin hari makin bykla susunye.

Mula2 perah guna manual pump brand medela, kuar skit je..pastu guna tgn jela. Nila pumpnye..


Medela Manual Breastpump


Pastu suami belikan electric pump~brand Spectra3. Berbaloila..dan sekarang perah susu dgn tenang.xde lg stress.
Spectra 3 Breastpump

Untuk tabahkan pengeluaran susu lagi..suami belikan saya pil asi. Puasa pun dah dekat jd berharap sgt susu xla kurang. Makan kena lebihla skit.

Pil Asi

Wednesday, July 23, 2008

Kelahiran yang di nanti..

17 Julai 2008 ~~ menunggu kelahiran permata hati yang pertama..setelah sekian lama menanti kehadirannya. 5 tahun adalah saat yang begitu menguji ibu dan abah dalam menanti kehadiran mu.

9.00 pagi ~ Dimasukkan ubat untuk bukaan rahim.



Bacaan dengupan jantung bayi dan kontraksi..baru terasa sedikit kesakitan bersalin. Pukul 12.00 tghari, air ketuban pecah. Barulah bermula cabaran ibu untuk melahirkanmu.

3.28 petang ~ Lahirnya permata hati ibu dan abah. SYUKUR, SEBAK, taktau apa ibu dan abah nak ucapkan. Muhammad Amjad Bin Ahadi, kaulah pengubat hati, rindu abah dan ibu. Semoga Amjad membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh..membesar mu dalam ketaatan kepada Yang ESA..AMIN.






Hari ini dan semalam

Semalam..SEDIH, RINDU pada anak ibu..Amjad kena tahan wad, ada jaundis. Kesian tgk dia tak berbaju dalam inkubator. Takpela sayang..nanti cepat sembuh ye. Semalam, pergi hospital susukan dia..barulah terubat sedikit rindu ibu.

Hari ini..ALHAMDULILLAH, anak ibu dah dapat keluar hospital. SYUKUR sangat pada Allah. Pagi2 lagi abah dah hantar susu yg ibu perah untuk Amjad. Nanti tengahari, ibu dapat peluk cium Amjad. Nanti ibu bg susu byk2, supaya kuningnya tak tinggi lagi.


Monday, July 21, 2008

HAri ke-5 dlm PantAng..

Ambik kesempatan kejap je nak tgk blog..baby Amjad g klinik ngan abah dan wan anjangnye. Nak check kuningnye tinggi ke tak. Sedih..cian baby. Harap baby tak kena tahan wad..balik rumah ye sayang. Ibu dah rindu kat Amjad..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...