Showing posts with label embroidery. Show all posts
Showing posts with label embroidery. Show all posts

Sunday, February 7, 2016

Sulam Tuala

Tuala anak-anak kat nursery selalu tertukar? Apa kata sulam nama anak dan kartun kesukaan anak-anak, pasti tak tertukar dan anak-anak pun suka.
Boleh juga dijadikan sebagai hadiah hari jadi, perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.
Hooded towel pun ada. Kalau pergi kolam, pakai hooded towel, anak-anak pasti suka. Terlindung juga dari panas ;)
Sesiapa berminat boleh email kami ye.





Tuesday, August 19, 2014

Tempahan sulaman kini dibuka

Salam semua..

Lamanya tak posting, last bulan Mac hari tu. Selepas disahkan mengandung anak ketiga, saya mabuk teruk. Langsung tak masuk bilik jahit apalagi memasak dan mengemas. Melepek je atas katil. Jadi memang kerja-kerja menjahit mahupun sulaman ditinggalkan terus. Alhamdulillah, cukup minggu ke 12-14, mabuk dah kurang tapi badan masih lagi lemah. Kerja menjahit memang ke laut, cuma sulam sikit-sikit tu bolehlah. 

Sekarang masuk bulan ke 6, dah mula ambil order menyulam dan menjahit. Tapi menjahit benda yang simple dan kecil-kecil bolehlah. Yang besar-besar belum ada kekuatan dan moodnya. Kalau menjahit tanpa mood susah juga, lain pulak jadinya.

Ni adalah beberapa hasil sulaman yang lepas, 






Sulam tuala



Make up pouch yang disulam paisley


Tapak pouch dijahit lain sedikit dari biasa. Make up pouch ni lama dah dijahit. Rasanya awal tahun atau akhir tahun lepas. Banyak juga hasil jahitan yang tak dipost di blog. Sekarang banyak dipost dalam fb tanpa perlu nak menaip panjang2..hihi.



Yang ni pulak sulam t-shirt sempena hari lahir Airis yang ke-3. Baby bop barney tu saya digitize sendiri tapi banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam dgitize ni. Tak expert lagi. 




Ini pulak sulam banner huruf. Yang ni untuk Yasmin Hania sempena kenduri akikah. Banner ni boleh guna kain felt atau cotton, yang ni kawan saya pilih sendiri corak kain dan warnanya sempena tema majlis tu. Sesiapa nak tempah banner untuk birthday party, pertunangan, majlis kahwin ke atau apa-apa majlis bolehlah hubungi saya. Banyak lagi pilihan lain selain bentuk alphabet. Pilihan bentuk tu saya akan masukkan dalam fb sweetlilcraft. 


Tempahan sulaman lain juga dibuka sehinggalah akhir bulan Oktober sebab bulan November saya dah nak bersalin. Boleh terus whatsapp atau telegram saya ye..019-2020.706.

Daa..sampai jumpa lagi ^^.


Monday, October 28, 2013

Hooded Towel

Hi..
Lamanya tak update, memang sejak guna facebook ni jarang sangat buka blog. Rindu pulak kat blog, kalau dulu inilah tempat kongsi hasil kraf, cerita harian dan sebagainya.

Anak baru dua, tambah lagi ntah sempat ke tak nak update. Tapi sekarang canggih, update guna hp je sambil baring..hihi.

Banyak juga hasil kerja yang terhasil tapi tu pun tak sempat nak upload semua.

Hari ni saya share hasil terbaru sayalah, hooded towel! Dah jadi kesukaan Amjad dari dulu, biasanya orang lain gambar binatang dia nak Thomas juga.



Jadilah inilah hasilnya yang pertama. Amatlah sesuai bawa pergi pantai atau taman tema air lebih-lebih lagi kalau waktu panas, adalah penutup untuk lindung kepala dari kepanasan.



Thursday, July 12, 2012

Sulam Tuala


Hii..ni sulam tuala yang saya cakap pada post yang lepas. Sebenarnya nama tambah nama fateh ngan amjad, tapi tak sempat pulak. Dah tak nyempat nak post kat sini..hehe. Sesapa nak tempah sulam tuala boleh je. Harga kita boleh bincang..

Oklah, jumpa lagi ye ^^


Thursday, November 19, 2009

Emboirdery Tutorial



This tutorial has been requested by Wan for a long time ago. Alhamdulillah, today I manage to give the tutorial ^-^. Actually it very easy for simple embroidery. Especially when we only use back stitch or "jahitan kia" in Malay.

First, bring your needle to the front.


Then, take your needle one stitch back like in the picture.


Next step, bring the needle one step forward from no.1 and repeat the second step.
So, it will come out like this...


The stitch that I use for the leaf (in circle) is satin stitch.
Hmm..I think I'm not very good in giving tutorial. If you want more detail about embroidery stitch come and take a look here.


This design I take from Cinderberry Stitches. We can browse through internet to find much more embroidery designs.

Thank you for reading.
Happy stitching (^-^)!!




Thursday, October 1, 2009

Projek yg dah siap

Inilah sulam nama untuk kak Ain, dah siap dah pun pencil boxnya tapi sbb dah tersilap kain, kenala buat semula..huhu.

Yang ni untuk Ainul, dah siap sepenuhnya.

Bahagian belakang pencil box Ainul. Dia minta letakkan butang dan riben.

Ni pulak fridge magnet yg wannur order. Buat ni masa balik kampung.

Ooo..ada satu lagi pencil cupcake yg diorder oleh rakan sekerja ma. Belum ambik gambar lagi. Nanti saya upload kemudian.
Thanks for reading ^^



p/s: Sorry, gambar tak berapa terang.


Wednesday, September 9, 2009

Projek yang dah siap

Salam semua..

Ni sebahagian projek yg dah siap dlm beberapa minggu yang lepas.

Zipper tote bag dan Butterfly Purse yang ditempah oleh Hana Lee.


Bahagian dalam purse.
6 poket untuk kad, 2 poket untuk wang kertas dan satu poket
berzip untuk duit syiling.



Yang ni dah lama sampai kat tuannya. Baru hari ni ada kesempatan nak post kat sini.
Simple zipper tote bag untuk Izalin.


Akhir sekali, sulam nama Paes yang ditambah last minute sebelum di pos ^^

Ada lagi dua projek yg dah siap. Nanti saya upload kemudian ye.
Ok..
Have a nice day ^^
Thanks for viewing and reading :03:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...