Showing posts with label bag. Show all posts
Showing posts with label bag. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

Hasil sulaman dan jahitan

Dah lama tak post kat blog. Hari ni nak share beberapa hasil jahitan dan sulaman, ada beberapa gambar dalam hp. Jadi inilah yang saja dapat dikongsi buat masa ni.

Sesiapa nak tempah sulaman, tempahan sulaman masih dibuka tapi tempahan jahitan ditutup buat masa ni hingga diberitahu kelak.


Leather Accent fold over pouch - pattern by LBG Studio. Tapi saya tak guna leather tapi PU dari us. Hadiah kenalan lama dari US. Lama terperap dalam laci, 4 tahun kemudian baru guna.. ;)


Ni pulak wallet dari Emmaline pattern, tapi saya tukar bahagian flap jadi ala victorian. Next time buat flap mengikut pattern dia pulak.



Yang ni sulam motor untuk mask suami saya. Dah siap lupa nak snap gambar.


Sulam tuala untuk anak best friend saya masa sekolah dulu. Banyak lagi pilihan gambar untuk sulaman, catalog pun tak siap sepenuhnya. Sesiapa nak tempah dan nak tengok catalog boleh klik kat sini. Catalog akan di update masa ke semasa.



Ini pulak cloth pantyliner. Dijahit sepenuhnya mengunakan flannel. Tinggal satu set je lagi yang tidak bertuan. 1 set ada 3 keping.

Oklah, setakat ini dulu. Happy sewing and have a nice day. ^^/

Friday, December 20, 2013

New pattern: Granny Bag

Assalamualaikum,

Dah lama tak menjenguk blog, dah bersawang dah. Hari ni masuk blog, tengok Michelle ada pattern baru. Granny Bag. Cantik jugak granny bag tu dan designnya lain dari yang lain.



Cantikkan, siap ada piping. Kalau nak belajar boleh beli pattern ni. Kt blog Michelle pun ada bagi tip macamana nak jahit piping.


Bahagain dalam pun luas. Hmm, macam nak beli je patternnya..hihi. Sekarang sale 5usd, hari Isnin kembali harga pada harga asal. Sesiapa yang nak beli boleh klik kat sini. 

Happy sewing ^^/.

Wednesday, September 4, 2013

Reviseable Bag, Grab Bag & Make Up Pouch

Salam semua,

Ni projek lepas raya.

  
Satu set dari kain yang sama - reviseable bag, grab bag and make up pouch


Grab bag
Make up Pouch or boxy pouch





Reviseable bag

Sunday, May 19, 2013

Granny Bag, Clutch, Car accessories & Pouches

Saya blogger yang teruk kan. Susah nak uruskan masa untuk buat satu posting dalam seminggu. Biasanya masa tak dapat menjahit dan menyusukan fateh, saya akan buka laptop dan jawab email atau message dari FB. Masa dia tidur, saya sibuk buat kerja rumah dan menjahit. Sekarang mood untuk menulis jarang pulak datang. Nak menjenguk blog kawan-kawan lagilah susah. Suri rumah bukan goyang kaki je tau, penuh dengan aktiviti je..hehe. Alhamdulillah, sekarang ni ringan sikit kerja sebab adik ada untuk hantar atau ambil Amjad di sekolah. Lepas adik masuk universiti nanti kembalilah rutin biasa, hantar dan ambil Amjad di sekolah. Kalau hari Jumaat lagi penat sebab dia ada teakwando pulak pada waktu petang. Tapi syukurlah, anak2 membesar depan mata.

Minggu lepas, ma dan papa datang dari Kelantan dan tinggal kat sini selama 5 hari. Amjad memang sukalah Tok Pa dan Tok ma ada. Fateh pun ada juga orang jaga. Jadi dapatlah saya siapkan satu Granny Bag. Beg ni dari kain linen sepenuhnya. Harap ada kesempatan untuk buat satu lagi untuk saya sendiri ;). Ada juga 2 helai tuala saya sulam untuk jadikan hadiah pada cucu saudara Ma tapi lupa nak ambil gambar.




Bahagian dalam, guna kain linen juga. Ada satu poket yang besar dan saya guna flat magnetic button sebagai penutup. Memang best guna magnetic button tu, melekat elok dan takde bonjolan atau buckle pada beg. Magnetic button ni saya beli dari Zilakassim. Kalau buat wallet, elok sangat guna magnetic button ni.

Tapak beg 6.5cm lebar.



 Yang ni pulak 2 set aksesori kereta dari kain cotton belleboo.  Sulam N.N pada felt dan jahit pada kain. Saya cuba juga sulam pada kain terus tapi tak nampak dan tak cantik pulak, jadi jahit pada felt lah yang terbaik.

Aubrey clutch, pattern dari Ithinksew. Cluth ni jadi hadiah tukaran dengan geng penjahit beg di FB. Kain ni dah habis stok. Saya guna kain cotton us, beli kat local shop di Subang Jaya pada tahun 2008 tapi kedai tu dah pindah ke Ara Damansara tahun 2008 atau 2009 kot. Sejak kedai tu pindah, belum ada kesempatan lagi saya ke sana. 


Akhir sekali, dumpling pouch. Dah bertahun kain-kain ni disimpan akhirnya dipotong dan menjadi pouch juga. Semua kain adalah kain cotton US, beli pun dari US tapi secara online la bukan pergi sana pun..hehe. Insha Allah, akan dijual di bazaar hujung bulan 6 nanti. Cakap pasal bazar, dah 2 kali tukar tarikh. Sepatutnya bulan 3 pastu 26 Mei ni tapi tarikh tu saya ada kenduri di Kedah pulak. Jadi saya tukar pada 29 Jun. Hm, harap bazar Sweetlilcraft betul-betul dapat dibuka hujung bulan Jun nanti, Insha Allah.

Saya  akan berusaha untuk menulis posting yang lebih memberi inspirasi dan berkongsi ilmu yang ada dan menjadi lebih kosisten untuk menulis blog. Terima kasih kepada pembaca blog saya dan rakan-rakan yang setia menjenguk blog dan meninggalkan komen. Setiap komen amatlah saya hargai dan saya akan cuba untuk singgah di blog rakan yang memberi komen. Terima kasih juga pada para follower yg setia. 
Saya amat hargai anda semua. 
♥♥♥
Have a great week friends! 

Tuesday, July 10, 2012

Hobo Bag and Jeans Tote Bag

 Assalamualaikum..

Hi..Lama betul ambik masa nak update. Kalau boleh nak disiplinkan diri buat blog entry 3 kali seminggu tapi susah jugak..hmm. 

Oklah, ni beg yang baru diposkan semalam. Simple hobo bag dengan nama disulam mesin. Talinya boleh dibuka, dilaras mengikut panjang yang disukai dan ikat.




Ni pulak jeans tote bag utk lelaki. Sebenarnya saya upcycled seluar jeans jadi beg. Tapi jangan risau, seluar jeans ni saya dapat dari kawan saya yang jual baju bundle. Satu plastik besar saya dapat. Seluar-seluarnya saya dah basuh sebelum dijahit jadi beg. Banyak lagi belum terjahit. Nantilah dah selesai tempahan ni saya nak jahit, upcycled semua jeans tu. Jadi, green the world kan..


Nama disulam mesin juga. Saya pun baru sulam tuala..nanti saya update gambarnya. Ok, sampai jumpa lagi.. ^^

Tuesday, June 19, 2012

Pod Posey Hobo Bag and Wallet

Salam..

Dah lama tak update blog ni kan, sejak ramai guna medium Facebook ni saya sendiri jadi jarang nk update blog. Lebih-lebih lagi dalam keadaan saya yang sering mengejar masa, masa untuk update blog pun dah takde. Hari ni ambik juga kesempatan untuk update sementara tunggu waktu solat.

Dalam bulan Jun ni, hujung minggu dah sarat dengan aktiviti. Macam-macam hal, menjahit pun tak dapat tumpu sepenuhnya. Sekarang pun suami kat wad, kesian duduk seorang je kat sana. Esok kena pergi tidur sana jugaklah.

Ohya, projek jahit ni siap awal bulan 6. Lama betul nak siapkan beg ni. Ada sebulan kot sambil selit-selit jahit nursing cover.  Kain designer cotton by Michael Miller.








Satu set dengan hobo bag, saya jahit wallet Pod posey. Alhamdulillah, dah siap yang ni tapi masih ada lagi order lain yg menunggu. Hmm..mood menjahit dah merundum ni. Fuhh, caiyok2!! Sekarang masa untuk menjahit pun terhad, jadi tempahan ditutup buat sementara waktu hinggalah diberitahu kelak. Kesian pada kawan2 kena tunggu lama nanti..

Oklah, dah azan. Jumpa lagi, bye ^^

Tuesday, December 7, 2010

Sling Bag



Haziq .......


Sling bag untuk Haziq. Ni jugak order dari Ilah. Thank you dear for your support, terima kasih juga kerana sabar menunggu ^_^.
Tali saya buat adjustable. Kain ni design dari Micheal Miller, beli kat Printed Cotton.


Bahagian dalam jugak saya gunakan kain yang sama. Harap Ilah berpuas hati dengan beg ni. Thank you so much !!

Thursday, November 4, 2010

Pre- Order : Skip Hop Bag

SKIP HOP BAG





Really cute bags right? Get one for your little one ^^. This pre-order will be closed on 10th Nov 2010. I'll be place order on 11th Nov 2010. These bags will be arrived in one week.



Price : RM60, regular price RM85


(excluding postage)


Skip Hop Bag features:


* Durable material mixed with whimsical details.
* BPA-Free, Phthalate-free, PVC Free.
* Roomy main compartment.
* Adjustable side pocket — great for a sippy cup.
* Insulated front pocket includes 2 interior pockets.
* Padded, adjustable comfy straps.
* Easy to clean lining.
* Suitable for ages 2-6 years.
* Size: 25.4cm x 10.1cm x 29.2CM.



If you are interested, please email me. It's for serious buyer only. What you should do:


1. Tell me which bag do you like and I'll will give you my account number so you can pay 50% deposit.


2. Once the bags arrived, I'll let you know and you can pay another 50%  + postage (RM6 for poslaju).


The price will be increased once I put it in my lilstore. So, grab this opportunity now!! ^^


Don"t hesitate to email me: sweetlilcraftshop [at] gmail [dot] com


ImageHost.org

Tuesday, October 12, 2010

Simple Tote Bag

Hi..

2 days ago my husband and my son, Amjad went to see his grandfather. I just stay at home and manage to sew some order. After sewn 20 small pouches for Muni, I decided to sew a tote bag to my cousin's friend. She just want a simple tote bag. So, it not take a long time to sew it.



Here is simple tote bag ^^. I use wooden button as closure



I'm tried other method to make it base. This is my first try. It very easy, don't have to sew and cut it as usual.



At last, the interior. I put 3 pockets inside, so she can put pen, hand phone and wallet ^^

Thanks and see you again ^^!!

Monday, June 28, 2010

Bees in a Floral Garden Shoulder Bag

Beg ni ditempah oleh Shafinaz mengunakan pattern C1 dan kain Heidi Grace Flower & Bee. Beg ni taklah susah sangat tp untuk sampai pada bahagian binding tali tu susahlah sikit dan kena hati-hati sebab takut tak kemas.




 Ini view bila buka bahagian tepi (gusset), kiranya 2 dalam satu gaklah.






Gusset ni boleh dibuka atau tutup, tutup lebih selamat supaya barang2 dalam beg tak jatuh. Closure, saya guna magnetic snap button.

Ok, see you next time ^_^. Penatlah hari ni, tak sedap perut.

Tuesday, June 8, 2010

Backpacks & Shoulder Bags



 Bag ni dah lama siap, tapi tak sempat nak display kat sini. Sepatutnya ada dua diapers bag menggunakan kain yang sama. Tapi satu lagi saya belum siapkan memandangkan orang yang order tak balas email saya.

Ada yg berminat ke? Kalau ada yg berminat boleh email saya. Material dari 100% cotton yg saya beli dari Nana.

Susah jugak nak buat beg ni dan ambik masa yang agak lama untuk menyiapkannya.

Ni satu lagi backpack, ditempah oleh kak ani. Dah pos pun pada tuannya.




Kain dari Micheal Miller Designer. Macam biasa, saya beli dari Spinningspool shoppe .




Ni shoulder bag utk Amirah. Gabungan jeans dan cotton jepun. Guna magnetic button as closure. Mungkin next time kena guna zipper utk lebih safety dan kemas.




Yang ni pulak beg saya..^^. Dah puas pusing, sudah bwk balik kg pun baru tunjuk kat sini. Ni bag make over je, dari beg merah avon jadi beg rainbow stripes. Saya tambah 4 poket kat dalam. Tapi lupa ambik gambar..sorry ^^.



Ni felt applique beg saya secara dekat, cantik tak?? Hihi..cantiklah kan, tapi simple je ^^, alhamdulillah, siap.

Tuesday, August 11, 2009

Another bag for Paes

Full with buttons


Zipper at the back


Three pockets

Hope you like it, Paes ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...