Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Thursday, May 27, 2010

Percutian: Pulau Perhentian

Minggu lepas saya sekeluarga ke Pulau Perhentian, ikut rombongan pejabat suami. Ni pun tak plan nak pergi tp fikir tak pernah bercuti di sana dan harga pun lagi murah jika dibandingkan pergi sendiri. Jadi, seminggu sebelum tarikh pergi tu kami ambik keputusan ikut serta.

Kami naik bas sekeluarga, bertolak pukul 11 malam dan sampai lebih kurang pukul 9 pagi di Kuala Besut. Amjad tidur je sepanjang perjalanan, memang tak jadi masalah lah bawak dia jalan ^_^.



Ni gambar yang sempat sy ambik masa dalam bas. Nasib baik cermin bas bersih, jadi jelas je gambarnya..hihi.


Banyaknya ikan, ni kat bawah jeti. Saya ambik masa nak balik. Ada aktiviti snorkeling utk semua, tapi saya tak ikut..bawa Amjad main kat pantai je. Petang sebelum balik tu saya cuba jugak snorkling kat tepi pantai tu, tapi nampak je timun laut atau gamat tu..saya dah geli gelemang. Terus naik takut terpijak..geli-geli.





N resort yg kami duduk, Senja Bay Resort. Bilik kami kat atas, memanjat tanggalah jawabnya tapi ok gak sbb malam takdelah bising dengar org berkaraoke.



Cantikkan?



Pemandangan petang, matahari tenggelam.



Malam akhir ada BBQ. Hmm..best gaklah. Amjad mcm biasa ratah ikan, nasi tak nak ^_^.




Akhir sekali, SWEETLILCRAFT kat Pulau Perhentian..hihi ^_^

Monday, May 3, 2010

Umrah & Ziarah: Istanbul 2


Takde kata nak diucap..hihi. Tengok gambar jelah.




Melayari Selat Bosporus, mengigil sejuk...




Jambatan yang menghubungkan Turki bahagian Eropah dan Asia.




Burung camar



Beg-beg yang dijual di Grand Bazar..cantikk. Tapi tak beli pun, jamu mata je :)



Last, amjad dicium oleh turkish boy kat Bursa,  bahagian Asia Turki.

Tuesday, April 27, 2010

Umrah & Ziarah: Istanbul 1

Salam, hari ni saya ambil sedikit masa untuk cerita mengenai Ziarah & Umrah saya sekeluarga pd 7/4-21/4 baru-baru ni.


Pada 7/4, kami berlepas pada pukul 7.30 malam ke Singapura.Transit di Changi Airport lebih kurang 4 jam dan pukul 11.10 malam kami berlepas ke Istanbul, Turki. Ke Istanbul, lebih kurang 11 jam. Fuhhh...lenguh satu badan.


Sampai pukul 6.30 pagi. Lepas check in hotel, pukul 9 pagi kami mulakan ziarah.



Tulip ni di tanam di setiap landskap bandar Istanbul, kiranya inilah bunga kebangsaan Turki. Gambar ni diambil di Istana Topkapi



Pintu gerbang laluan masuk ke Istana Topkapi, masuk je memang  terkedu tgk kecantikan taman dan bunga tulip.




Sebahagian taman di Istana Topkapi




Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmed. Ia dinamakan Masjid Biru kerana dihiasi dengan tampalan seramik berwarna biru di dinding dalamnya.


Gambar dalam masjid ni nanti saya upload kemudian.




Saya ambil kesempatan mengambil gambar ketika berjalan kaki dari Masjid Biru ke Istana Topkapi. Macam2 benda menarik dan cantik2 tp saya tak beli apa sangat, sekadar fridge magnet sbg tanda ingatan dari Turki je..hihi. Duitnya mahal dari kita. Tu yg tak shopping. 1 Turki Lyra lebih kurang MR3-4 kita. Paling tak tahan, nak masuk tanda pun 1 lyra, tak ke RM3 sekali masuk..huhu.




Makanan ruji orang Turki ni roti dan roti ni yang biasa dijual di tepi2 jalan. Ada yg guna kiosk kecik tapi yg ni masukkan dalam kayu je ^_^.




Gambar ni diambil dari dalam bas. Ni permandangan senja di Selat Boporus. Selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan Asia. Istanbul terletak di bahagian Eropah.


Oklah, nanti saya ceritakan lagi.. ^_^.

Thursday, April 22, 2010

Baru Sampai

Saya baru sampai malam tadi. Masih penat sbb berbelas jam dlm fight dari Jeddah, Istanbul, Singapore dan KLIA. Jeddah ke Istanbul 4 jam, transit 15 jam. Dari Istanbul ke Singapore dalam 11 jam dan 45 min ke KLIA. Dari Singapore ke KLIA, Amjad menangis sepanjang perjalanan. Entah kenapa, mungkin dah terlalu penat dan telinga sakit. Still jet lag, Amjad tidur pukul 2.30 pagi semalam.

Nanti saya sambung lagi.. :)

Tuesday, March 16, 2010

Basi dah

Jangan makan!! Kalau makanan basi, memang tak boleh makan. Kalau cerita basi macamana pulak?? Hihi..saje je sbg pembukaan. Cerita ni bukan basi cuma tak fresh sebab dah lama perap. Cerita semasa saya pergi Sarawak hari tu. Pergi tanpa dirancang. Ntah apa mimpi suami saya malam tu, saya buka mata je dia terus cakap.. "Jom kita pergi Sarawak". "Betul ke ni?"(kekadang dia gurau je) tapi rupanya hari tu memang betul. Katanya dah cek tiket, tak mahal sangat. Jadi boleh lah pergi. Jadi, petang tu kami terus terbang ke Sarawak. Kawan baik suami pulak memang tiggal kat sana, jadi kami takdelah menginap kat hotel..jimat kos penginapan :) Kami tinggal kat sana dalam 4 hari 3 malam. Ok, jom tengok gambar..


Inilah awan ciptaan Ilahi, sekali tengok macam gunung-ganang..subhanallah. Gambar ni diambil masa dalam perjalanan ke Sarawak. Saya suka tgk awan, mendamaikan dan terasa diri ini begitu kerdil.


Gambar kat airport Kuching. Cantik jugak airportnya. Tak macam LCCT.. :( , namanya dah low cost. Ni tengah menunggu kawan sampai.


Sampai sana, kawan bawa pergi makan nasi ayam penyek kat restoran Raja Ayam Penyek kat... mana tempatnya ye? Alahai, lupa dah..nilah bila cerita diperap2:) Ha...Satok! Betulla rasanya.

Inilah nasinya..hmm, memang sedap. Sebelum balik pun pergi makan nasi ni dulu. Kot kang kempunan pulak.


Laksa Sarawak ni kami rasa sebelum balik, bolehlah..tapi tak kena dgn selera kami :)


Dalam perjalanan ke seberang dari Waterfront. Amjad menangis naik bot, takut dgn bunyi yg enjin bot..hihi. Kat seberang, kami borong kek lapis.


2 gambar kat atas tu kat Sarikin. Lebih kurang macam Rantau Panjang, Kelantan gaklah, tp kt Kelantan dah ada bangunan sendiri tapi kat sini jual kat pondok je. Operasi jual beli cuma hari Sabtu dan Ahad. Barang2 memang murah, nasibnya tak bawak byk cash..kalau tak, habis diborong. Mana taknya, duit yg ada pun boleh abis, tinggal berapa ringgit je..hihi


Sebelum balik, bergambar kat kucing ni. Ini acara wajib ni. Bila nak datang lagi tak tahulah.
Itu aje, terima kasih :)

Tuesday, February 16, 2010

Jatuhhhhh kat zoo.....!!

Apa yang jatuh?? Semalam pergi zoo bawa Amjad tengok binatang. Orang memanglah ramai, cuti umum kan. Harga tiket pun, dari RM15 jadi RM20. Seronok Amjad tgk binatang. Gambar kat sana nanti saya upload kemudian.

Cerita pasal jatuh ni, sebenarnya saya yang jatuh tergolek kat tempat parking, tersepak besi penghadang kereta. Bukan sikit punya jatuh, jatuh sekali lepas tu terpelanting sekali lagi hempas badan kat jalan tar. Saya jatuh mengiring sebelah kiri, lutut berdarah, tapak tangan, siku dan bahu pun luka. Tulang rusuk pun sakit. Hari ni rusuk masih lagi sakit, rasanya hari ni nak balik kampung jap..pergi urut. Memang sakit satu badanlah dibuatnya. Mulanya tak terasa sakit rusuk, bila saya batuk teruk, baru terasa sakit. Langsung tak hilang pulak sakitnya.

Oh..jatuh ni sebelum masuk zoo lagi. Mula2 mengigillah terkejut, tapi untuk Amjad..jalan gak tengok binatang. Boleh dikatakan, habis pusing satu zoo lah. Kitaorg tak naik tram pun, kalau naik tram tak dapatlah tengok bintang dengan jelas. Jadi jalan jelah. Balik rumah, semuanya melepek kepenatan.

Ingat2 balik macamanalah boleh jatuh??Rasanya saya dah angkat kaki tinggi elak besi tu, entah mcmana boleh tersadung kat selipar terus terpelanting jatuh. Suami terkejutlah, Amjad pulak nak nangis tengok ibunya jatuh. Pagi ni bangun, baru terasa sengal2 badan. Huhuhu..penghapus dosalah kot ^_^.


Thursday, December 24, 2009

Selangor Ria

Sekarang berlangsung Selangor Ria kat Seksyen 13, dekat stadium.
Macam2 produk pertanian, pakaian dan makanan dijual
Gambar atas tu, kambing, arnab, kuda dan rusa.
Sapa nak tengok lebih dekat, dtglah.. 29hb 12 ni tutupla.
Hihi..promote lak :)

Bawak keluarga bestla..saya bwk Amjad main arnab. Untuk masuk bayar RM3 seorang dan dia bagi satu bungkus makanan arnab. Bolehlah bermesra dgn arnab, hihi. TAPI..amjad tak pandai nak mesra2 ngan arnab ni. Dia nak pijak adala..tgk gambar tu :). Pastu abahnya ajar dia usap arnab tu. Bila arnab tu lari, mengekek dia ketawa.

Thursday, July 9, 2009

Kena Tinggal



Cantik kan tempat ni? Sepatutnya pergi sana mlm tadi, tp akhirnya suami seorang je pergi.
Huhuhu..kena tinggal 3 hari 3 malam :pandacloud_20:.
Tau tak ni pulau apa?? Pulau Pemanggil, Johor.
Semua ni program kelab rekreasi tempat suami kerja. Nak ikut memang boleh, tapi memandangkan naik bas pergi balik..kesian Amjad tak selesa. Lagipun semua aktiviti saya tak boleh ikut pun..sebab aktivitinya scuba dan snorkeling.
Boring pulak kat sana nanti bila diorang pergi scuba, kalau boleh bawak mesin jahit takpe gak..hahaha:pandacloud_26:.
Nanti nak minta suami bawa pergi Pulau Langkawila, Bandung ke..
kali ni aktiviti shopping pulak..hihi, perabih beras duit jo..:pandacloud_19:.

Apapun, moga abang happy kat sana, hilangkan stress kerja..cari nafkah utk ibu dan Amjad.
Sayangg abang..:pandacloud_27:

Tuesday, May 19, 2009

:: Nature ::


Gambar ni diambil menggunakan HP baru saya ^_^.
Gambar kat Batu Feringgi, Penang masa pergi bercuti 1 Mei yg lepas.
Enjoy the view..
:crab1:


Image Hosted by ImageShack.us

Friday, February 13, 2009

:: Kenduri kt Taman Negara ::

:crab1:

Esok g kenduri kat Taman Negara, sapala yg kawin kt utan ni?? Ish2..

Sebenarnya kat Hulu Tembeling, tak seberang sungai pun. Seberang tu Taman Negarala.
Kalau menyeberang, takut gak nak bawak Amjad.

Jadi..balik nanti sy post n3 gambar kt sana..kalau ambik gambarla..insyaallah.

:crab1:
Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, January 31, 2009

:: Perjalanan yg Jauh ::

Kira2nya dah hampir seminggu balik dari kg. Tak lama balik pun..pagi sabtu bertolak, hari Isnin dah balik rumah. Sabtu tu bertolak pukul 6.30 pagi, pukul 6.00 petang baru sampai..bayangkanlah..12 jam dlm perjalanan. LETIH tul. Mulanya nak balik ikut Cameron Highland, tp pikir awal lagi tak ramaila kot..tup2, smpai Karak..fuhh,punya byk kete. Jadi sampai Bentong, kami pusing hala ke Kuala Terengganu. Bukan apa, bila tgk bnyak kete ni..takut dan fobia jadi cam balik hari tu, accident. Jalan ke KT memang lenggang, yg seronoknya bila sampai Terengganu..permandangan pantai sepjg perjalanan. Sempat gak singgah kat Marang makan keropok lekor, sotong goreng tepung dan nasi goreng. Sambil2 tu, suami pun bolehla rest kejap. Banyak kali gakla berhenti tuk rehat dan solat. Amjad baik je..menyusu dan tido spjg perjalanan, bgn main kejap pastu tido balik. Dah 10 jam suami drive, dia dah kepenatan, jadi sy ambil alih. Fuhh..dah lama tak drive jauh ni. Bolehla bawak, tp serius je bwk kete, rasanya kepala pun tak bergerak..haha. Adalah dalam 2 jam bawak sampai ke rumah. Alhamdulillah..

Dibawah ni gambar2 dlm perjalanan balik. Okla..enjoy the view.:pandacloud_19:

Masa ni angin bertiup kuat..ombak pun besar. Lupa lak nama pantainya. Tapi tenang tengok pantai..:pandacloud_25:


Kat Marang, berhenti rehat dan makan. Amjad pun makan sikit.

Image Hosted by ImageShack.us
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...