Minggu lepas saya sekeluarga ke Pulau Perhentian, ikut rombongan pejabat suami. Ni pun tak plan nak pergi tp fikir tak pernah bercuti di sana dan harga pun lagi murah jika dibandingkan pergi sendiri. Jadi, seminggu sebelum tarikh pergi tu kami ambik keputusan ikut serta.
Kami naik bas sekeluarga, bertolak pukul 11 malam dan sampai lebih kurang pukul 9 pagi di Kuala Besut. Amjad tidur je sepanjang perjalanan, memang tak jadi masalah lah bawak dia jalan ^_^.
Ni gambar yang sempat sy ambik masa dalam bas. Nasib baik cermin bas bersih, jadi jelas je gambarnya..hihi.
Banyaknya ikan, ni kat bawah jeti. Saya ambik masa nak balik. Ada aktiviti snorkeling utk semua, tapi saya tak ikut..bawa Amjad main kat pantai je. Petang sebelum balik tu saya cuba jugak snorkling kat tepi pantai tu, tapi nampak je timun laut atau gamat tu..saya dah geli gelemang. Terus naik takut terpijak..geli-geli.
N resort yg kami duduk, Senja Bay Resort. Bilik kami kat atas, memanjat tanggalah jawabnya tapi ok gak sbb malam takdelah bising dengar org berkaraoke.
Cantikkan?
Pemandangan petang, matahari tenggelam.
Malam akhir ada BBQ. Hmm..best gaklah. Amjad mcm biasa ratah ikan, nasi tak nak ^_^.
Akhir sekali, SWEETLILCRAFT kat Pulau Perhentian..hihi ^_^
No comments:
Post a Comment