Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Friday, July 23, 2010

Jom Exchange Link

Salam semua,

Hari ni mengantuk, mata rasa tak segar je. Nak menjahit pun takde mood. Jadi  saya kemaskini blogroll. Kalau ikutkan dah 2 tahun saya berblogging, tapi sejak dah pindah blog baru, ada alamat yang dah tertinggal dan ada yg juga yang belum tukar alamat saya yang baru.


Saya pun jarang buat blogwalking, maklumlah sibuk dgn menjahit dan Amjad.  Biasanya saya lawat blog yg tinggalkan komen kat blog atau kat "kotak chit-chat".


Kat bawah ni sebahagian kawan lama saya masa saya mula2 blogging dulu. Ada yg dah lama saya tak jenguk, gara2 hilang dalam post yg berpindah randah. Ada juga yang saya delete, bkn apa sbb saya tgk link saya takde pun dlm blognya. Jadi saya rasa takperlu nak simpan lagi, memandangkan saya pun tidak melawat blognya.





Kebanyakkan link  saya letak kat myfavesblog. Kalau simpan sini, susah sikit nak update.  Rakan-rakan kraf saya belum tukar kepada icon. Tengoklah bila ada masa free  dan mood^-^. Sesiapa yang nak exchange link boleh tinggalkan komen kat sini. Nanti saya tambah link kat sini dan kt myfavesblog. Thanks ya..have a nice Jumaat ^_^.

Thursday, July 16, 2009

Terima Kasih ^^

Ni kad birthday pertama Amjad dpt. Kad ni dr kawan abah Amjad. Awal betul Amjad dpt kad ni, dua minggu awal dari tarikh.
Terima kasih banyak2.


Yang paling besst....dpt frame ni dari Wan pagi tadi. Kiranya hadiah birthday Amjad yg pertama la ni :pandacloud_16:.
Wan bagi 2 embroidery ribbons utk ibu pulak. Waaa..sgttttt2 suka :pandacloud_08:.
Mcm2 boleh buat ni..nanti boleh bagi Najla pulak, insyaallah ^^.
Terima kasih byk2 Wan.
Moga bertambah2 rezeki Wan sekeluarga :pandacloud_01:.



Tengoklah aksi Amjad yg hepi dpt frame td..hihi,siap joget2 lagi. (kakinya dihentak2 mcm org kawad, tp ala2 comel je) ^^
Frame ni dah ditampal kat cermin almari. Tq so much wan..you bright up my day :pandacloud_14:.

Wednesday, February 18, 2009

:: Anugerah untuk Top 5 ::


:girl03:

Cute tak award ni?? Suke sgt dpt award ni dari nisa. Terima kasih byk2 nisa, love to be ur friend.
Sy nak bagi award yg chumel ni tuk top 5 luahan rasa.
Sapa ek...
  1. mrs hafiz (35)
  2. reena (29)
  3. Tirana (27)
  4. sya (14)
  5. Niza Lisa (10)
  6. Cik Anie (10)
Nisa bole ambik lagila award ni..hihi. Sebab cik anie sama nombornye ngan nisa, jd bolehla ambik gak ye.
Nanti tepek kt blog masing2 ye.
:girl01:


Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, February 10, 2009

:: Pouch Sling ::

Assalamualaikum semua..lama betul tak update. PC pun jarang sgt dibuka, sebabnya cuti hari minggu lepas tak lekat kt rumah. Keluar jalan2, mlm baru balik..


Hari ni nak cerita pasal pouch sling, saya beli kat Big Eyes Shop. Lepas raya cina hari tu, sy dpt pouch sling ni melalui pos laju. Ada keychain sekali yg dibuat dr kain felt. Semua ni hasil kerja tangan kak shais. Memang kreatif sgt akak ni. Pakai pouch sling ni mmg senang, badan pun tak lenguh atau sakit pinggang. Amjad pun suka je dok dalam tu. Leboh2 lagi Amjad dah 8kilo skrg..aduss. Ada sekali sy pergi Giant Shah Alam, ada org tanya, mana beli pouch sling ni..tgk seronok je anak dok dalam tu. Sy ckp beli secara online jela. Nak bgtau lebih2 dia tak tanya lak alamatnya..lgpun nampak cam tak kawin lg org yg menanya tu..hihi.

Jadi, sesiapa yg berminat bolehla lawat big eyes shop tu, skrg pun macam ada byk lagi kain baru..lawa2. Dan sapa yg nak kenal kak shais boleh klik kt nama dia kat atas tu ye..biggrin

p/s: kak shais, promote akk ni..moga bertambah maju.wink

Image Hosted by ImageShack.us
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...