Wednesday, October 7, 2009

Saat yang amat mencemaskan...!!

Suami ke Singapura atas urusan kerja selama 2 malam pada hari Sabtu yang lepas. Pagi Isnin, suami dah ada kat rumah. Amjad pun terus bangun bila dengar suara abahnya. Saya angkat Amjad dan terasa badan Amjad agak panas. Sejak Amjad lahir, alhamdulillah..dia tak pernah demam teruk. Mungkin juga berkat susu ibu yang Allah kurniakan. Tapi hari tu, lepas mandi dan makan, saya bagi Amjad ubat demam takut melarat. Amjad tak ceria macam hari2 biasa, mula merengek dan tak boleh ditinggalkan. Jadi, saya layan dia je seharian. Petang, mandikan Amjad mcm biasa dan keluar makan. Amjad ok je, cuma diam tak aktif macam biasa. Panas badannya pun dah kurang.

Balik rumah, terus bagi ubat lagi. Dia tidur. Tapi asyik bangun dan merengek nak susu. Sebelum saya tidur saya ambil daun lidah buaya, hancurkan dan campur air untuk lumurkan kat kepala dia. Bila air kering je, saya sapukan air tu. Dalam pukul 11 malam, dia masih pejam celik. Kaki ya mula terenjat-renjat. Saya bagitau suami, katanya esok kita bawa ke hospital kalau Amjad demam lagi.Amjad pulak susu je tak lepas2, hairan juga saya. Hampir sejam dia macam tu, bila dia lepaskan baru saya dapat lelap sekejap.

Tiba-tiba dlm pukul 1 pagi, Amjad menangis kuat. Saya terjaga dan tepuk2 dia suruh tidur. Tapi mula tak sedap hati bila tgk dia senyap tapi matanya tak pejam2, badan pulak mengigil dan kaki terenjat-renjat.Ya Allah, apa dah jadi kat anak aku!! Saya terus bangun kejut suami, dia pula masih mamai cakap nak pergi hospital besok.Saya cakap, kaki Amjad terenjat2. Bila buka lampu.. Ya Allah, mata Amjad dah serong ke tepi.Mukanya biru, suara langsung tak keluar.Kami panik, terus panggil2 nama Amjad dan tepuk belakangnya.Saya terus sarung jubah dan tudung, suami tukar seluar terus berlari bawa Amjad ke hospital.Kami berlari ke lif C, lif yg paling dekat dgn kereta. Terlupa pulak lif tu tak berfungsi lepas pukul12, terus kami berlari turun tangga. Nasib kami tinggal kt tingkat 3 je. Berlari pun dengan mengigil. Dalam hati tak putus2 berdoa. Mata mula nak menangis. Dalam kereta, saya terus panggil nama Amjad dan tepuk belakang dia. Suaranya dah mula keluar tapi masih sukar utk bernafas. Kami ke poliklinik Umra, itu yang terdekat dgn rumah. Sampai sana, doktor suruh buka baju dan seluarnya.Doktor bagi ubat yang dimasukkan melalui punggung dan bagi nebulizer. Amjad mula bersuara, tapi belum kuat. Doktor lap dengan kain basah. Tapi Amjad belum stabil sepenuhnya. Dlm kelam kabut, kami lupa bawak dompet. Doc mintak kami bawa terus ke hospital, kemudian baru datang bayar. Kami terus pecut ke DEMC. Minyak kereta pulak dah merah. Ya Allah, janganlah kereta pulak buat hal. Alhamdulillah, sampai je ke DEMC..nurse kat situ mandikan Amjad. Barulah suara menangisnya keluar. Saya dan suami barulah rasa lega. Dia mengigil sejuk, tapi suhu badannya dah turun dari 40 C ke normal. Panasnya naik mendadak sbb tu dia kena sawan demam. Saya masih lagi mengigil takut, air mata tak keluar tapi dlm hati begitu sebak dan menangis. Takut apa-apa terjadi Amjad. Inilah permata hati ibu dan abah, lima tahun ibu dan abah tunggu kelahiran Amjad. Syukur sangat pada Allah. Balik rumah, suami terus buat solat sujud syukur dan hajat. Amjad pun baru dapat tidur lena. Hati saya sebak nak menangis, hari ni..bila saya luahkan kat sini, akhirnya air mata terburai jugak...

Semalam, kami jumpa doktor pakar kanak-kanak yang rawat Amjad sejak hari dia lahir. Dia periksa mata, kaki dan badan Amjad. Alhamdulillah, Amjad sihat sepenuhnya. Cuma tekaknya merah sikit. Pesan doktor dan saya kongsi utk kwn2, kalau anak demam pastikan bagi ubat dan mandikan dia. Pantau suhu badan. Pakaikan baju nipis atau buka baju terus supaya haba badannya keluar. Bila dah sekali kena, dia ada 30% utk terjadi lagi sawan demam hinggalah umurnya 6 tahun. Kalau terkena sawan jugak, baringkan dia mengiring kiri atau kanan. Elakkan dia tertelan air liur, kalau kancing gigi jgn sesekali ambil benda2 keras dan bg dia gigit. Takut nanti, gigi patah, tertelan dan sukar bernafas. Lapkan dgn kain basah dan bawa terus ke hospital. Pastikan juga jangan sampai anak terkena sawan dari 30-45 minit, hal ini boleh merosakkan otak.

Hari ni, Amjad belum ceria sepenunuhnya. Pagi tadi panas sikit, saya mandikan, breakfast dan bg ubat. Sekarang tengah tidur atas riba sambil menyusu. Dah tak demam. Kalau badannya panas je, saya memang fobia. Teringat je kejadian mlm tu, hati saya meruntun. Masih terbayang wajahnya yang biru..

Peristiwa yang pelik mlm tu, semasa masih lagi kat wad kecemasan. Amjad masih mengigil sejuk, dan suaranya tak berhenti2 sebut Allah, Allah, Allah..(dgn suara agak keletihan dan pelat). Tak pernah pulak dia sebut Allah sebelum ni. SYUKUR SANGAT pada Allah yang selamatkan Amjad.

Moralnya, kami nak cari rumah bawah secepat mungkin. Kereta satu lagi perlu ada jika ada apa2 hal ketika suami takde kat rumah, saya masih boleh memandu. Pastikan juga minyak kereta sentiasa ada. Syukur juga, kejadian yang berlaku semasa suami ada kat rumah. Saya juga kena kurangkan aktiviti menjahit, kena tumpukan masa untuk Amjad. Pada rakan2 yang sudah menempah, harap sabar menunggu ye. Saya akan siapkan tempahan yang sedia ada.

Ibu rindukan Amjad yag ceria dan aktif.
Ya Allah, kurniakan anakku kesihatan yang baik. Membesarlah dia dengan cerdik berakal, berilmu serta beramal soleh.
Aminn...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...