Friday, July 2, 2010

I'm really miss my mum

Pagi2 lagi Amjad suruh saya ambilkan album lama dalm almari. Dia suka tengok dan bertanya itu ini. Lepas tu terbiar je lepas dia dah habis tgk.  Saya pula buka dan lihat satu2. Memang begitu banyak kenangan.


Terpandang gambar ni..buat saya betul2 rindukan arwah mama. Saya memang manja dengan arwah. Tengokla tu..buat saya sebak.



"Mama, ayu rindu sangat kat mama. Tak sempat rasanya nak balas segala pergorbanan dan kasih sayang mama. Hanya doa dan al-fatihah yg dpt ayu sedekahkan buat mama  selagi hayat dikandung badan. Allah lebih sayangkan mama. Kalau tidak, tentu sekali mama akan menderita sakit kerana kanser yang membesar dalam diam. Segalanya penuh dengan hikmah. Ayu redha, ma. Sayang mama, rindu mama..."


Al-fatihah buat mama.


Nenek saya masih ada, kat dlm gambar sebelah mama. Minggu depan balik Kelantan lagi, jenguk nenek yang tercinta, nak ziarah pusara mama. Biarlah berhabis duit, yg penting dlm jenguk nenek yg sedang meniti usia.


Buat siapa yg masih punya ibu,  sayangilah. Balaslah segala jasanya walau mungkin tak terbalas segalanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...