Monday, March 26, 2012

Giveaway dari Ayesha Ramlee

Assalamualaikum..

Hi semua..

Di waktu kawan-kawan baca entry ni, insyaallah saya tiada lagi di bumi Malaysia. Jika diizinkan Allah, saya akan berada di Mekah Al-Mukarammah dan Madinah Al-Munawwarah selama 2 minggu. Entry ni ditaip ketika saya masih di Malaysia, cuma saya buat late posting ;)

Buat pertama kali, saya sponsor hadiah giveaway untuk rakan blogger. Di bawah ialah hadiah yang saya sponsor untuk giveaway Ayesha.


Ada dua hadiah yang saya sediakan, Box Bottom Clutch design dan pattern dari Keyka Lou. Hadiah kedua  ialah Business Card Holder.

Kat bawah gambar bahagian dalam clutch, memang besar. Muat masuk dompet, make up pouch, hp dan kamera. Tali tak disediakan tapi saya jahit 2 tempat utk letakkan tali. Jadi kalau nak pakai tali, boleh ikat your diy strap atau sangkut tali beg yang tak pakai lagi kat tempat tu. 






Ini pulak bahagian dalam biz card holder. Banyak jugak kad boleh masuk dalam poket tu.



Nak dapatkannya secara percuma kenalah join giveaway Ayesha dan penuhi syarat-syaratnya ^-^. Giveaway ni berlangsung dari 25 Mac - 25 April 2012.

Kebetulan pulak 25 Mac adalah hari lahir saya, jadi bolehlah dianggap hadiah dari saya sempena hari kelahiran buat semua yang bagi sokongan selama ni, alhamdulillah.

Semoga jumpa lagi, wassalam :)

Wednesday, March 21, 2012

Amjad's Thomas & Friends Bed.

Assalamualaikum..

Hi semua,

Amjad memang suka Thomas & Friends sejak umur 2 tahun, ini gara2 dapat hadiah keretapi Thomas & Friends pada birthday yg kedua.(gambar kt post ni dah hilang..huhu, nk kena update balik.)

Tapi tak larat nak layan dia kumpul koleksi, bukannya murah mainan tu. Lepas ni Fateh, cukuplah main dengan mainan Abang Amjad yang 2-3 kotak tu. Amjad dah mula sekolah tahun ni, Abahnya janji kalau rajin pergi sekolah abah belikan katil. (sejak pindah rumah baru dia memang takde katil lagi, lagipun sebelum ni tidur atas katil ibu je). Tanya nak katil apa, jawabnya nak katil Thomas. Uwa, puas mencari. Alhamdulillah, akhirnya abahnya jumpa orang jual online. Call, petangnya terus pergi ambik kat rumah orang tu. Syukur dekat je. Harga RM400+, rasanya oklah harga tu sebab ada yg lagi mahal.




Inilah katilnya. Katil ni for toddler jadi saiznya kecil dan rendah dari katil biasa. Tilamnnya kenalah custom made. Syukur ibunya boleh jahit sendiri :P. Sekarang mula minat Angry bird pulak, ingat nak cari kain angry bird for his mattress. Tapi kedai tu takde pulak, belilah Mickey mouse kesukaannya yg lama. Nanti buat coverlah dengan kain Angry bird. Nak beli Thomas jugak memang tak jumpalah. Kalau ada pun mesti mahal sesangat.



Tilam Amjad yang diisi kekabu. Empuk betul, tapi kekadang masih naik tidur atas katil ibu..hehe. Oklah jumpa lagi. Saya takde 25/3-6/4 ni. Insyaallah, jumpa lagi selepas tarikh tu ye.

Happy day and sewing friends ! ^^


Thursday, March 15, 2012

Cupcake Oven Mitten




Sejak pindah rumah, barang-barang dapur ada lagi yang tak lengkap. 2 minggu lepas buat kek tapi teringat takde oven mitten. Saya lukiskan cupcake, potong dan jahit. Maka jadilah cupcake mitten. Mulanya nak buat banyak, tapi akhirnya dapat buat satu je. Nanti nak buat lagi, bagi present kat sesapa :)

Ok, I hope you all enjoying your week ^ ^

Wednesday, March 7, 2012

Weekend Activities

Beberapa minggu lepas bawa anak-anak pergi pantai. Amjadlah nak sangat pergi pantai, jadi bawa dia pergi Pantai Kelanang jelah. Itu yang paling dekat kat kampung. Kalau balik Kelantan, banyak pantai yang boleh pergi. Macam biasa, dia suka main pasir dan buat istana pasir. Bukan nak mandi sangat pun.




Al-Fateh yang tengok abangnya main pasir. Sat lagi dah besar boleh ikut main sama ye.




Ni gambar Fateh kat rumah. Suka tersenyum dan buat orang lain tersenyum. Biasalah kan, tengok muka anak kecil, fikiran kusut boleh tenang :)





Matahari yang semakin menghilangkan diri. Sebelum magrib kami bertolak pulang.
Jumpa lagi ^^

Thursday, March 1, 2012

New Fabrics and Fabric Swap Update

Semalam lepas hantar Amjad ke sekolah, saya singgah Jakel kejap..sekejap pun ada dalam sejam lebih kot, hehe. Biasanya pergi dgn suami, jadi memang tak dapat nak tengok kain lama2. Kali ni saya dukung Fateh, masuk world of cotton, jamu mata. Ops..sambar gak 3 corak kain, semeter tiap satu. Roses dan corak geometri tu RM9 semeter, yg merah paisley tu RM20. Corak geometri, stripe dan polka dot ada mcm2 warna, harga pun RM9. Ikut hati nak je, tp  tahan2 :).  Harga tu harga diskaun, tapi biasanya walau ada sales, staffnya bagi diskaun lagi. Tapi semalam pergi, staff bangladeshnya dan mengikut je kat belakang pastu tak nak bagi diskaun, hemm..takde rezeki.

Naik tingkat 2 beli lycra denim, kan saya ckp mesti diorang bg kurang lagi. Dari harga RM48, diskaun jadi RM32. Dapat kurang lagi jadi RM30. Kalau beli bnyk dptlah kurang lagi tapi saya beli semeter je. Saje je si B tu taknak bagi diskaun. Maleh plk nk tawar menawar lagi, Fateh pun dah terlentok tidur meneman ibunya beli kain..hehe.

Teringat pulak beli kain lycra masa sale hujung thn hari tu, dari harga RM40 boleh jadi RM10. Bayangkanlah, berapa banyak dia mark up harga. Asal harga berapa ringgit jelah kan. Fuh, mana tak kaya..hehe.


Dah lama nak update pasal fabric swap saya buat thn lepas, skrg baru jumpa balik gambar2 fabric swap tu. Tak ramai pun yang join, tp tetap best sbb kita boleh tukar2 kain dgn rakan kraf yang  lain. Kat bawah ni kain2 dan hadiah yang saya bagi pu3@Tasha. Kain cotton jepun dan us, organizer basket dan 2 in 1 purse. Ingatkan nak buat mcm2 nk bg Tasha tp masa tu tgh sarat, dah tak larat nak menjahit. 


Ini pulak kain dan hadiah saya terima dari Nurul@Sew Love. Suka sesangat, terutama kain owl tu. Fateh pun dapat bib dari acik nurul. Wrislet purse tu pulak saya buat isi bedak, mula tu nak isi dompet tp dompetnya pjglah pulak. Ada dua orang lagi yang join Kak mila dan kak rosh. Jemput singgah ye, diorang semua ni memang kreatif.



Terima  kasih semua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...